Special Chapter II

11.7K 558 31
                                    

Bunyi pintu yang dibuka secara kasar menyebabkan Syameer yang tertidur di atas sofa akibat kepenatan, terbangun daripada tidur lena nya.

Mata yang sembap itu digosok beberapa kali. Selepas beberapa minit barulah penglihatan nya yang kabur kembali jelas.

Syameer kemudian nya menilik ke arah jam di dinding. Tepat pukul empat petang. Dan ketika itu jugalah dia tersedar akan dimana keberadaan Aileen.

Isteri yang ditinggalkan nya seorang diri di tepi jalan beberapa jam yang lalu. Takkan tak balik lagi? Perasaan risau mula timbul.

Kata-kata yang dilemparkan Aileen padanya agak memberikan kesan kepada diri nya. Syameer dan sikap pemarah nya, tak dapat dijauhkan.

Ego nya naik memuncak apabila Aileen seakan-akan melebihkan Danial berbanding diri nya. Tanpa berfikir dua kali, terus sahaja isteri nya itu ditinggalkan.

You freaking idiot. Between Danial, the psycho and yourself, her husband. Who will her choose? Of course you idiot.

Wajah diraup kasar sebelum Syameer bangun dari duduk nya. Kunci kereta yang dibiarkan diatas meja kopi itu diambil. Hanya tinggal diri nya sahaja di dalam rumah sekarang ini.

Datin Dahlia ada di pejabat. Kerja seperti biasa. Syameer pasti Datin Dahlia akan memarahi diri nya jikalau tahu apa yang dia telah buat.

Inipun ketika dia mengambil Aileen dari hospital Datin Dahlia tak tahu. Inikan pula kalau tahu mereka berdua singgah sebentar di mahkamah.

Mata nya terus membulat. Sekujur tubuh yang serta merta menjadi tumpuan nya ketika menoleh, dipangku ke riba nya.

"Aileen!" Jeritan kecil nya kedengaran. Dipukul beberapa kali pipi gebu isteri nya itu.

Wajah Aileen memucat, suhu badan nya yang panas. Serta bibir nya merekah akibat kering itu dah cukup menaikkan rasa cemas di dalam diri Syameer.

"Sana lah saya nak bangun." Dengan penuh kepayahan Aileen berdiri. Tangan Syameer yang hendak menolong nya terus sahaja ditepis.

Marah ke diri nya pada Syameer? Mungkin lebih ke arah kecewa sebenarnya. Setengah jam dia terpacak di tempat Syameer meninggalkan nya. Dengan satu harapan, suami nya itu akan kembali.

Tapi batang hidung langsung tak nampak. Jadi mahu tak mahu terpaksa lah dia berjalan kaki ke rumah. Telefon? Duit? Beg tangan nya tertinggal di dalam kereta.

Setiap otot di badan nya terasa sengal dan lenguh. Dan bahagian perut nya. Sakit sungguh. Tapi digagahkan diri juga untuk balik ke rumah.

Sampai sahaja Aileen di dalam rumah, kaki nya terasa bagai jeli. Kepala nya juga berpinar. Jatuh terbaring dia di atas lantai sebelum Syameer datang memangku diri nya.

"Aileen saya—"

"Mintak maaf? Dahlah tu Syameer. Saya penat. Saya nak tidur. Jangan kacau saya." Tegas Aileen berkata.

Muak sungguh apabila mendengar perkataan maaf yang keluar daripada mulut Syameer.

Langkah kaki nya dituju ke arah bilik tetamu di tingkat bawah. Tak nak dia berjalan naik tangga, tak pasal-pasal jatuh buat kali yang kedua.

"Sayang nak pergi mana? Bilik kita kat atas."

"Stop calling me sayang. Awak fikir saya ni apa? Sampah? Yang awak boleh campak macam tu je kat tepi jalan? Dua jam Syameer. Dua jam masa yang saya ambik untuk sampai rumah."

"But you, senang-lenang tidur atas sofa. Tak peduli langsung tentang isteri awak yang sakit ni kan?" Sinis Aileen menyoal. Syameer dah tergamam.

his little princess | √ Where stories live. Discover now