28 | truth

14.7K 1.1K 26
                                    

"She's got a good heart, she really does. It's just been broken, a lot."

🌸


Syameer menolak pintu kayu itu dengan berhati-hati demi mengelakkan gadis yang sedang terbaring diatas katil itu terbangun dari tidur nya yang lena.

Aileen yang sedang tidur itu dipandang dengan keluhan yang berat. Tuala yang sudah agak kering diatas dahi gadis itu diambil. Jejaka itu lalu berlalu pergi ke bilik air dan kembali semula ke katil.

Syameer duduk di birai katil sebelum meletakkan tuala yang telah dibasahkan tadi keatas dahi Aileen.

Kelihatan berkerut sedikit dahi gadis tersebut. Suhu badan nya terlalu panas. Aileen menggigil kesejukan. Jejaka itu segera memastikan seluruh tubuh gadis itu diselimutkan dengan betul.

"Lain kali jangan lari-lari dalam hujan kalau tahu badan tak tahan. Kan dah demam teruk sampai macam ni sekali." Marah Syameer tanpa sedar.

Dia lalu bangun dan turun ke tingkat bawah. Tidak mahu mengganggu Aileen lagi. Dia pasti tak lama lagi gadis itu akan sedar. Biarlah Aileen berehat untuk seketika waktu.

"Syameer! Aileen dah bangun ke?" Tanya Dato Nazman sebaik sahaja Syameer menjejak kan kaki di ruang tamu.

"Belum lagi, teruk sangat demam nya tu." Balas jejaka itu, dia lalu duduk diatas sofa.

Dengan selamba nya dia mengambil sahaja cawan yang berisi air milo itu lalu dihirup tanpa sedar kelakuan nya itu diperhatikan oleh yang lain.

"Kejap lagi terjaga lah tu, biarkan dia rehat kejap. Lepastu baru kita bincang sama-sama." Datin Dahlia berkata.

Masak benar dengan keadaan Aileen yang sentiasa sakit jika terkena hujan. Kali ni lambat sikit lah nak pulih demam nya itu akibat terkena hujan dalam kuantiti yang banyak.

"Ermmm, bincang apa ya?" Soal Syameer keliru dengan dimana perbincangan ni akan pergi.

"Bincang tentang masa depan kamu berdua."

"Ha? Masa depan apa? Berdua? Sape lagi sorang nya tu?" Bertubi-tubi soalan ditanya oleh Syameer.

Sesekali dia akan menggosok-gosok rambut nya yang basah itu. Dato Nazman dah geleng kepala. Sel-sel otak kurang berfungsi agak nya lepas terkena hujan.

"Kami nak kamu berdua, Syameer dan Aileen berkahwin." Terang Datin Dahlia, lama betul rancangan ini disimpan.

Kalau wanita itu berasa lega selepas itu, Syameer pula tersedak air milo yang dia minum. Terbatuk-batuk dia mencari nafas.

Tersembur air itu dari mulut nya sampaikan hampir terkena Dato Nazman dan Datin Dahlia. Terus mereka berdua menjauhkan diri.

"Apa?!" Suara nya naik seoktaf.

Kahwin? Umur aku baru 19 tahun kot. Still young and fresh! Masuk air ke ayah dengan auntie aku ni.

"Tak senonoh betul lah kamu ni Meer." Celah satu suara dari arah belakang. Terbuntang mata Syameer apabila melihat insan yang berada disitu.

his little princess | √ Where stories live. Discover now