47 | honeymoon

14.9K 824 34
                                    

"Memories are like photos. You can look back. You can't never go back."

🌸

Syameer yang tadinya ketawa terdiam, mata nya terpaku pada mata isteri nya itu yang mula berkaca.

"Saya tahu. Takde apa kita boleh tentang hal ni sayang. Apa yang kita boleh buat ialah hargai masa yang tinggal untuk kita berdua." Panjang lebar jejaka itu berkata.

"Tapi mesti ada cara lain. Kita boleh lari-" Aileen bangun dari baringan nya apabila isu ini dibangkitkan buat kali yang kelima.

"Awak nak hidup dalam buruan lagi? Saya tak nak awak hidup macam tu lagi. Kita lari mana pun dia boleh cari, jadi kita kena hadapi nya dengan hati yang terbuka. Saya tahu susah untuk awak terima ni tapi tolong buangkan tentang hal ni dari fikiran awak. Esok kita bangun, happy-happy pergi honeymoon okay?"

Pujuk Syameer, tangan isteri nya itu ditarik agar kembali baring di atas katil.

"Esok kalau nak cium takyah mintak kebenaran kan?" Jejaka itu mengubah topik perbualan mereka.

Ini sahaja cara untuk mengelakkan Aileen daripada tahu ataupun bertanya tentang rancangan nya untuk menyelamatkan nyawa mereka.

"Kenapa pulak? Tetap kena mintak kebenaran." Balas nya dengan kerutan di dahi, kan dah kata kalau nak buat apa-apa mesti dengan kebenaran.

"Lah, honeymoon kan. So, saya boleh lah buat sesuka hati saya kan." Kening-kening diangkat-angkat. Terus sahaja tangan nya dipukul kuat oleh Aileen.

"Awak jangan nak talk dirty dengan saya, kita ni masih muda lagi." Balas gadis itu, sesekali tangan nya akan mengipas wajah nya yang bertukar merah akibat malu.

"Tapi kita kan dah belajar dengan mendalam tentang hal ni waktu form three sains, bab empat pembiakan." Terang Syameer satu persatu. Bulat mata Aileen mendengarnya.

"Awak!" Rengek gadis itu manja. Dia ni bukanlah jenis yang suka bercakap tentang hal ni.

Waktu belajar bab empat pembiakan ni, dia seorang je yang sesekali akan menutup mata nya apabila melihat sesetengah gambar yang ditunjukkan.

"Yelah-yelah." Syameer mengalah apabila melihat Aileen bersungguh-sungguh menyuruhnya berhenti bercakap tentang hal ni.

Dan bermulalah sesi Aileen membebel pada Syameer kerana bercakap perkara yang tak patut didengari oleh nya.

Jejaka itu hanya mengangguk tanda mendengar bebelan tersebut sebelum mata nya terpaku pada bibir isteri nya itu yang tak habis-habis membecok. Ibu jari diletak pada bibir Aileen.

"Can I? Just for today." Bisik nya perlahan.

Aileen pada mula nya tidak membenarkan nya tapi apabila melihat pandangan mata Syameer yang penuh pengharapan, dia mengangguk.

Aileen memejamkan mata apabila bibir Syameer lembut menyentuh bibir nya dan entah macam mana dia juga turut membalas ciuman tersebut.

Jarak antara mereka makin rapat. Tangan Syameer dah bergerak merangkul erat pinggang Aileen.

"Greenlight." Ujar Syameer, dia tersengih di sebalik ciuman nya itu. Tangan naik meraba-raba lampu tidur di dalam bilik sebelum keadaan menjadi gelap.

__ __ __


Aileen memeluk Datin Dahlia dengan erat macam tak nak dilepaskan langsung sementara Syameer pula memasukkan bagasi ke dalam bonet kereta.

his little princess | √ Where stories live. Discover now