Special Chapter III

16.6K 574 60
                                    

› This beautiful banner are made by akak awan❤ nurflwr

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

This beautiful banner are made by akak awan❤ nurflwr

AILEEN & SYAMEER


[ 5 Tahun Kemudian ]

Mata nya tidak lepas memerhatikan setiap tingkah laku suami nya dari kejauhan. Senyuman itu, ketawa itu. Ah semua tentang diri Syameer membuatkan dia tidak keruan.

Tangan nya mula membelek cincin perkahwinan nya yang disarung cantik di jari manis nya. Kalau dulu dia hanya mampu memakai nya sebagai rantai.

Tapi kini, jari nya tidak akan sesekali tidak dihiasi dengan cincin tersebut. Aileen tersenyum. Baru sekarang dia berani untuk menyatakan dia bahagia.

Dengan semangat yang tinggi serta sokongan oleh keluarga dan kawan, diri nya mampu bangkit daripada masa silam nya yang dulu kerap menghantui nya.

Walaupun hampir tersungkur di pertengahan jalan, pasti akan ada tangan seseorang yang akan cuba menggapai tangan nya dari terus tersungkur.

Siapa lagi orang itu kalau bukan Syameer Anaqi? Suami nya.

"Termenung apa tu?" Satu suara mematikan lamunan nya. Tersenyum lebar Aileen apabila melihat Syameer berada di sebelah nya. Pinggang jejaka itu dirangkul erat.

"Teringat kisah dulu-dulu." Berubah riak muka Syameer mendengar nya. Rambut Aileen dibelai lembut.

"How many times I need to tell you? Stop talking about the past. Saya tak nak awak rasa tertekan dengan benda yang dah berlalu tu."

"I am fine lah Mr. Anaqi." Hidung Syameer dicuit kuat. Mengaduh kesakitan jejaka itu dibuat nya.

Jejaka itu yang geram terus sahaja mencubit pipi gebu Aileen sekuat hati. Memerah pipi itu jadinya. Aileen yang tak puas hati, mengembungkan pipi nya.

"Tak comel pun." Sengaja Syameer menguji Aileen sedangkan isteri nya itu hari-hari pun kelihatan comel.

Chup! Syameer yang tak bersedia terbuntang apabila Aileen tanpa segan silu mencium sekilas pipi nya.

Gelabah jejaka itu jadinya, takut ada orang terlihat aksi terlebih mesra mereka ini. Kang ada juga yang menyakat nya.

"Amboi, bersemut nya mengalahkan Hilman dengan Sarah. Sape yang bertunang sekarang ni. Korang ke diorang?" Kedua mereka menoleh.

Berdiri nya disitu Farhan sambil bercekak pinggang. Syameer dan Aileen hanya mampu tersengih. Tak sangka lah pulak, kemesraan mereka bersama akan mengganggu majlis ini.

Hubungan Hilman dan Sarah sekarang akhirnya diikat dengan tali pertunangan. Dan majlis perkahwinan itu, dijangkakan akan berlangsung dalam beberapa bulan lagi.

his little princess | √ Where stories live. Discover now