8 | together

20.6K 1.3K 105
                                    

"I am not afraid of falling for you. I am afraid of not being good enough for you."

🌸

Semua mata memandang kearah kereta berwarna putih bersinar yang meluncur laju masuk ke perkarangan sekolah. Monyet- atau perempuan dah menjerit bagai orang gila.


"Omg! Syameer is back!" Suara itu datang nya daripada group-group bajet living la diva kat sekolah tu.

Kain diorang lah yang paling pendek kat sekolah ni, nasib baik pakai stoking panjang kat dalam. Kalau tak naya angin tiup. Seorang jejaka keluar dari kereta dengan senyuman terukir di bibir.

"Home sweet home." Gumam nya. Makin kuat suara pelajar perempuan. Yang lelaki, buat tak endah je. Biasa dengan perkara ini.

Dah siap berbaris pelajar perempuan untuk menyambut kepulangan Syameer ke sekolah, selepas dia cuti sakit selama dua minggu.

Disangkakan bahawa Syameer akan terus melangkah masuk ke sekolah, tapi apa yang disangkakan salah sama sekali.

Pintu sebelah pemandu dicapai dan Syameer membuka pintu itu dengan berhati-hati.

Segala jenis bunyi terhenti. Tak keluar satu bunyi langsung bila melihat gerangan siapa yang keluar dari kereta itu.

Gadis pendek yang lengkap berpakaian uniform pengawas itu keluar dari kereta dengan muka yang masam.

Lautan pelajar itu dilepasi, dia sedar semua orang tengah memerhatikan nya sekarang. Siap bagi jelingan maut lagi. Syameer ditinggalkan begitu sahaja di belakang.

"Aileen, tunggulah!" Jejaka itu menjerit, mengarahkan gadis itu agar berjalan ke kelas bersama nya. Tetapi langkah Aileen makin cepat adalah.

Kelas 4 Violet dituju dengan fikiran nya melayang. Minda Aileen kembali fokus apabila mendengar sesuatu kenyataan tentang dirinya yang agak menyakitkan hati.

"What?! Budak ketot Aileen tu, pergi sekolah ngan Syameer? Gila betullah. Kenapa tak mati beku je dalam tu. Menyemak betul lah!" Aileen dah panas hati.

Fikir aku nak sangat ke tumpang dia pergi sekolah? Tak nak tau tak!

__ __ __

"Mama, Aileen dah siap. Jom!" Aileen kelihatan ceria. Kejadian dua minggu lepas dah lama hilang dari akal fikiran.

Rambut nya yang melepasi bahu diikat satu. Kebiasaan nya dilepaskan tapi saja dia nak tukar style. Biar orang perasan perubahan dirinya.

"Tapi sayang, betul ke kamu dah okay ni? Mama risau lah." Balas Datin Dahlia. Tangan anak nya itu diurut perlahan.

"Ish, mama ni! Aileen okay lah. Dan Aileen lebih daripada okay tau!"

"Aik? Yang kamu ni, macam ceria semacam je kenapa?" Pelik Datin Dahlia melihat kelakuan Aileen.

Beberapa hari lepas, dia kelihatan murung. Mungkin ingatan lalu tentang kejadian pahit itu bangkit mengganggu emosi nya.

"Sebenarnya mama. Aileen happy sangat! Sebab tinggi Aileen naik 3cm!" Gadis itu terlompat-lompat girang, macam arnab.

153cm, lebih daripada apa yang aku harapkan.

his little princess | √ Where stories live. Discover now