12 | caught

19.4K 1.3K 89
                                    

"I hope that I can read your mind, just to know what do you think about me."

🌸


Keadaan yang lengang di taman itu, meredakan sedikit kemarahan yang dapat dirasa di dalam hati. Syameer mengerling kearah jam tangan rolex hitam yang dipakai.

Rambut diramas dengan kuat tanda stres dengan keadaan yang sedang dihadapi. Peristiwa tadi kembali berlayar di dalam fikiran nya.

Memang playgirl betul lah budak tu, tak guna. Suka nak main-main kan hati aku!

Dia sebenarnya datang ke sini sebab Farhan mahu berjumpa dengan nya. Kata nya rindu dengan dia. Sedangkan semalam dah jumpa.

Tak sangka pulak akan bertembung dengan seseorang yang amat dia kenali sedang beramah terlampau mesra di khalayak ramai.

Syameer duduk di bangku yang berdekatan dengan air pancut. Dia mengeluh.

Farhan, takde tempat lain ke nak jumpa aku? Apapun aku berterima kasih dengan kau, sebab kau lah aku tahu perangai sebenar perempuan tu.

Lamunan nya terhenti apabila telinga nya menangkap satu suara yang menjerit halus.

"Aaaa!" Terus jejaka itu berpaling ke belakang. Kelihatan seorang kanak-kanak perempuan terjatuh.

Aiskrim yang dipegang telah selamat mendarat di atas tanah. Syameer memerhatikan keadaan sekeliling.

Pasti budak tu terjatuh sebab ada kanak-kanak lain yang berkejar-kejaran tanpa lihat dulu sana-sini. Syameer membuat andaian nya sendiri.

Dia lalu bergegas untuk melihat keadaan budak perempuan itu. Takut budak tu akan menangis apabila melihat riak wajah nya atau lebih tepat mata nya seperti bergenang dengan air mata.

"Adik okay?" Tanya Syameer lembut.

"What do you mean by adik?" Berkerut dahi budak perempuan tu apabila dipanggil seperti itu.

"Wait a second." Syameer kembali memerhatikan budak itu. Dari atas sampai bawah. Cara berpakaian nya membuatkan Syameer sedar umur sebenar gadis itu.

Tergelak dia apabila mengetahui bahawa sebenarnya budak perempuan tu bukanlah kanak-kanak tapi remaja.

Pendek sangat, sampai orang lain salah faham. Gadis itu menghadiahkan muka ketat kepada Syameer.

Dia lalu bangun dan menepuk-nepuk seluar nya yang dipenuhi dengan debu tanah.

"What is your name?" Tanya Syameer apabila ketawa nya reda.

"Sorry, my mum said. Don't talk with strangers." Gadis itu menjawab sarkastik.

"What about the ice cream? Nak tak saya belanja awak, aiskrim yang baru?"

"Nope, mama saya kata jangan terima apa-apa dari orang asing." Gadis itu lalu melangkah pergi.

"Wait! Please, just tell me your name." Gadis itu mengeluh. Dia berpaling menghadap jejaka yang berada di depan nya.

Dahlah tadi gelakkan aku, lepastu nak tahu nama aku pulak. Pahal dia ni?

Gadis itu memerhatikan Syameer, atas bawah sebelum dia berkata.

"Aileen. My name is Aileen Kirana."

__ __ __

"Diminta ketua pengawas dan penolong ketua pengawas I dan II untuk berjumpa dengan pengetua di pejabat sekarang. Terima kasih." Suara itu bergema di pelosok sekolah. Dalam tandas pon boleh dengar.

his little princess | √ Where stories live. Discover now