21 | slap

15.4K 1.1K 41
                                    

"Every man will shows her or his weakness when the day come."

🌸

"Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Sila-"

"I recognise your voice Leen." Potong Syameer sambil tersenyum kecil di hujung talian. Comel rasanya melihat Aileen cuba berpura-pura menjadi operator telefon.

"You seriously know my sexy voice, aren't you Meer?"

"Or course. Now tell me, why did you called me for several times just now." Soal Syameer. Ingin tahu kenapa Aileen menghubungi nya sebentar tadi.

"Aku rindu kau." Melebar senyuman Syameer jadinya. Aileen yang berada di sebelah talian pula menekup wajah nya pada bantal. Malu apabila berkata sebegitu.

"I miss you too, Leen."

"I miss you three, Meer." Gelak mereka bersatu. Entah kenapa rasa rindu itu hadir, sedangkan baru beberapa hari lepas dah berjumpa.

Cuti sekolah selama dua hari tu dirasakan terlalu panjang sampaikan mereka rasa tak sabar untuk bersemuka.

"Dah siap addmaths?" Kendur terus senyuman Aileen. Bagai dihempap batu besar apabila soalan itu ditanya.

"Nampak sangat belum. Pergilah buat sana. Nak kena marah dengan Miss Lau ke?" Syameer menggeleng kepala. Kenal sungguh dengan perangai Aileen jika disoal tentang addmath.

Aileen menggigit bibir bawah nya. Bukan nya dia tak nak buat, cuma otak nya tidak menyebelahi dalam hal berkaitan matematik. Salah satu subjek yang merosakkan result nya.

"Cuba jelah buat. Tak kenal maka tak cinta."

"Mengarut apa tu. Yelah, nak buat ni. Aku nak dengar suara kau je. Entah kenapa tiba-tiba bersemangat pulak."

"Mengarut. Dahlah, aku nak pergi breakfast. Jumpa kau kat sekolah nanti princess!"

"Okay! See you at school prince!" Talian dimatikan. Aileen melompat dan badan nya menyembah lembut katil itu.

Tak sabar nak sekolah! Nak jumpa prince.

Bantal itu dipeluknya sekuat hati. Dah dua minggu rasanya hubungan mereka terjalin. Dan setiap hari juga lah Aileen aku bersikap begitu. Gedik dan berlagak comel.

Tiba-tiba satu benda timbul dalam fikiran nya. Kejadian yang jadi dua minggu lepas, tangan dikepal menjadi penumbuk. Perasaan marah menular dalam jiwa.

Tak sangka seterang-terang nya konco Dato Nazman akan bertindak mencederakan nya ataupun lagi tepat cuba membunuh nya. Gadis itu tahu sasaran seterusnya selepas dia adalah Datin Dahlia.

Apa lagi yang patut dia buat sekarang? Melarikan diri sekali lagi? Dia sudah penat untuk lari sekali lagi. Cukup lah selama ini mereka berlari.

Sudah tiba masa dia melawan daripada terus menerus bertahan. Aileen tersenyum sinis.

Dato Nazman, you just cannot kill me that easy for sure. Time to let the game begin.

his little princess | √ Where stories live. Discover now