61 | girlfriend

11.4K 762 78
                                    

"They've promised that dreams can come true. But forgot to mention that nightmares are dreams too."

🌸


Riak wajah Qayyum masih terpamer kekosongan dan pandangan mata yang kaku. Langsung tidak memberi reaksi apa-apa apabila pisau yang diberi oleh Danial menusuk masuk ke dalam lengan nya. Aileen pula dah menjerit kuat untuk menyedarkan suami nya itu.

Danial tersenyum puas. Kelaran demi kelaran pada lengan Qayyum membuatkan dia terasa bahagia. Darah yang terpancut keluar membuak-buak menjadi tontonan nya.

"Tolong! Tolong lah lepaskan dia. Syameer tak buat apa-apa kau. Tolong lah! This is all my fault! Please." Rayuan demi rayuan dibuat oleh Aileen.

Namun Danial tetap berpeluk tubuh serta tidak berganjak langsung daripada menadah cecair merah pekat itu.

Gila! Dia memang gila! Ingat darah tu air ke?!

"Qayyum, mana organ kegemaran kau yang sesuai untuk ditikam dengan pisau ni? Pilih cepat."

Tangisan Aileen mulai pecah apabila Qayyum mengacah pisau tersebut tepat pada bahagian jantung.

Danial pula tersenyum riang. Dia tak sangka yang jejaka ini akan memilih bahagian jantung. Sekali tikaman dan semuanya akan berakhir. Takde peluang untuk survive lagi.

"Danial! Tolong lah berhenti!" Jerit Aileen sekuat hati. Dia meronta minta dilepaskan. Gadis itu baru sahaja bersatu kembali dengan suami nya. Kini, dengan satu arahan sahaja.

Dia mungkin akan kehilangan dan terpisah dengan Syameer buat selamanya. Sudah cukup dia kehilangan Dato Syed, takkan Syameer turut mahu dirampas darinya?

"Do it Qayyum Haikal. Stab yourself." Selamba sahaja Danial memberikan arahan tanpa dia sedar, apa yang dia lakukan sekarang ni. Akan memberikan impak yang besar pada orang lain.

Qayyum mengangkat pisau dan hanya beberapa cm sahaja tinggal untuk pisau tersebut menusuk masuk tepat ke dalam jantung nya yang berdegup. Detik yang mencemaskan.

Masa seakan-akan terhenti apabila pisau itu hampir terkena pada badan Qayyum.

"Aku akan buat apa-apa je yang kau nak. Suka hati kau lah nak buat apa kat aku. Tapi lepaskan dia. Tolong lah. Ni semua salah aku, bukan Syameer."

Bersinar-sinar mata Danial apabila mendengarnya. Pisau yang dipegang Qayyum dirampas. Langkah dituju Kearah Aileen yang masih basah dengan air mata.

"Seriously? You will do anything for me?"

"Yes." Sepatah kata itu sahaja sudah cukup membuatkan jejaka psiko ini menjerit girang di dalam hati.

Danial yang tadinya melutut di depan kerusi Aileen, berdiri dan memutuskan ikatan tali pada tangan gadis tersebut.

Dan tak semena-mena tubuh kecil itu ditarik masuk ke dalam pelukan nya. Lemas Aileen dalam pelukan itu.

"Be my girlfriend." Terpinga gadis itu mendengarnya.

Lagi-lagi dengan pelukan mengejut daripada Danial. Tanpa sedar dia menuturkan ayat yang mampu membuatkan semua yang mendengarnya lemah lutut.

"Ooo...okay." Makin ketat pelukan Danial padanya. Air mata gadis itu gugur lagi.

Dia sempat melirik kearah bahagian bahu nya yang terdedah akibat baju yang dikoyakkan sebentar tadi.

Kesan darah dan mungkin sahaja air liur pada bahu nya membuatkan dia berasa jijik dengan dirinya. Geli dan jjik. Itu apa yang dia rasakan sekarang ni. Semuanya jijik!

his little princess | √ Where stories live. Discover now