44 | prank

11.8K 919 106
                                    

"Hold on, pain won't last forever."

🌸

Lena Syameer terganggu apabila terdengar bunyi telefon nya bergegar beberapa kali. Mata dikerling kearah tempat tidur di sebelah nya.

Kosong, masih tiada tanda bahawa Aileen ada baring di sebelah nya sebentar tadi. Atau lagi tepat balik ke rumah.

Merajuk lagi lah tu. Hmmm perempuan.

Mata digosok-gosok perlahan, dia masih mamai dan kepala nya terasa agak berat serta pening. Telefon yang dari tadi tak berhenti berbunyi dicapai.

Aplikasi WhatsApp dibuka apabila mengetahui itulah punca mengapa telefon nya berbunyi. Ada nombor asing yang menghantar tiga video kepada nya.

Dia berfikir yang mungkin yang menghantar ni tersalah hantar jadi jejaka itu berkira-kira untuk mendelete chat tersebut sebelum caption yang tertulis pada video itu menimbulkan tanda tanya pada diri nya.

Say hi to your husband, girl!

Video itu ditekan agar di download dengan kadar segera. Beberapa saat kemudian, video itu selesai di download. Syameer menjadi tak sedap hati apabila mula menekan video tersebut.

Telefon nya terlepas dari genggaman nya apabila melihat ada seorang gadis diikat pada satu kerusi. Hanya satu mentol sahaja yang menerangi diri gadis tersebut. Dia kenal gadis tu. Tu Aileen.

"Hey girl, your husband is watching you know? Say hi." Satu suara garau lelaki dapat didengari dalam video tersebut.

Tapi Aileen tetap senyap. Diam dan riak wajah nya mempamerkan muka yang kosong.

Lelaki yang berpakaian hitam itu naik berang apabila Aileen hanya mendiamkan diri. Tangan lelaki itu naik mencengkam pipi mulus Aileen.

"Kau ni pekak ke apa? Just say hi little girl!" Pipi Aileen ditampar beberapa kali lantas rambut nya ditarik dengan kuat.

Gadis itu mengerang kesakitan tapi masih tidak bercakap. Macam nak gugur jantung Syameer melihat video tersebut.

Dia tak mampu nak buat apa-apa, jejaka itu cuma boleh melihat video tersebut. Baju kemeja putih Aileen koyak sedikit di bahagian lengan dan tidak dilupakan juga bibir nya yang terdapat kesan luka.

"Kau ni betul-betul degil lah perempuan!" Marah lelaki tadi. Pisau lipat dikeluarkan dari dalam poket nya sebelum ditekapkan pada leher Aileen.

Ditekan sedikit hujung pisau tu ke dalam leher gadis itu menyebabkan Aileen meronta minta dilepaskan. Darah merah mula keluar.

"Just say hi and smile too. Atau kau nak aku buat lagi teruk?" Ugut lelaki tadi separa berbisik pada telinga Aileen.

Akibat tiada pilihan lain, terketar-ketar gadis itu memandang ke arah kamera yang sedang merakam diri nya sekarang ini.

"Hi Syameer." Ucap Aileen dengan senyuman di bibir. Sejurus selepas itu, keadaan menjadi gelap sebelum video itu tamat.

Wrong step girl.

Caption video seterusnya dibaca sebelum ditekan. Sama seperti tadi keadaan gelap dan hanya ada satu mentol sahaja yang menerangi tapi apa yang berlainan nya ialah tempat.

Bilik air itu menjadi kecoh akibat dari tengkingan dan jeritan yang datang nya dari luar bilik.

Kelihatan lelaki tadi yang memakai topi dan mask hitam menarik rambut Aileen dan mengheret gadis kecil itu ke bilik air.

Paip air dibuka besar bagi memenuhi tab tersebut. Dapat dilihat dari riak muka Aileen bahawa dia berada dalam keadaan ketakutan sekarang ni.

Gadis itu tidak berapa gemar bermain dengar air dan dia takut apa yang bermain di minda nya bakal terjadi sebentar lagi.

"Kau ni saja je nak cabar aku kan? Ada hati nak lari dari sini? Dasar celaka punya perempuan!"

Rambut Aileen ditarik sebelum kepala nya ditenggelamkan ke dalam tab. Berbuih-buih air itu jadinya. Aileen menjadi sesak nafas, air mata nya gugur.

"To...long ber... henti. Huk... huk" Gadis itu cuba mencapai tangan lelaki tadi.

Apabila berjaya mencapai nya, terus dia memukul sekuat hati tangan tersebut. Aileen ditekan lagi ke dalam tab. Dada dia semakin sesak.

"Aku dah cakap baik-baik, jangan berani nak lari dari sini. Kau dah buat salah kau lah yang kena tanggung sayang."

"Ja...ngan..." Rintih Aileen, hidung nya penuh dengan air.

"Nak lari kan tadi? Lari lah!" Tengkingan demi tengkingan dan lagi tanpa ada tanda bahawa makian itu akan berhenti.

Aileen hanya menahan telinga. Rambut nya ditarik ke atas dan ditekan ke dalam tab itu. Ditarik dan ditekan, berulang kali

Apabila gadis itu merasakan nyawa nya hampir ditarik, baru lah lelaki tadi menarik nya keluar daripada tab tersebut.

Tubuh kecil yang kebasahan itu ditolak kuat ke dinding. Aileen yang tak mampu untuk bangun hanya dibiarkan terbaring diatas lantai bilik air yang basah itu.

"Lain kali jangan berani nak cabar aku bodoh!" Kepala Aileen sempat ditunjal sebelum lelaki itu pergi dengan senyuman sinis.

Sama seperti tadi, video itu habis begitu sahaja. Jari Syameer terketar-ketar apabila membuka video yang terakhir. Sudah cukup segala seksaan yang ditunjukkan dalam video ini menyesakkan dada nya.

Thank you, it was a lovely night girl.

Apa yang terjadi di dalam bilik tidur yang senyap sunyi itu dipaparkan juga. Badan Aileen dicempung dan dibaling dengan kasar ke atas katil.

Walaupun muka ditutup dengan mask dan topi, gadis itu dapat melihat wajah lelaki itu yang membengis.

Aileen tahu lelaki itu tidak dapat menahan marah nya lagi apabila dia buat kali yang kedua cuba untuk melarikan. Dan entah apa yang silap nya, rancangan itu gagal.

"Tolong, tolong jangan buat aku macam ni! Aku tak nak! Aku merayu dekat kau! Tolong lepaskan aku!" Rintihan Aileen bergema di dalam bilik itu.

Namun, lelaki tadi tidak menghiraukan nya langsung malah makin kuat pegangan tangan nya pada Aileen. Kedua-dua tangan gadis itu dihempas ke katil.

"Diamlah sial! Aku dah kata kalau buat salah tu, tanggung lah semuanya sendiri!" Pipi nya ditampar berulang kali lalu dicengkam.

"Jangan buat aku macam ni please." Air mata membasahi pipi Aileen. Dari pandangan mata lelaki itu terhadap diri nya dia tahu apa yang lelaki itu mahukan.

Nafsu mula menguasai diri lelaki itu, mata nya nakal menatap seluruh wajah Aileen seraya menghidu bau rambut Aileen.

Walau seberapa banyak gadis itu merayu dan meronta, dia tidak mampu menghalang lelaki tadi daripada melakukan perbuatan terkutuk itu.

Pandangan Aileen makin kabur, dia langsung tak berupaya untuk melawan kudrat lelaki. Dia seorang perempuan, perempuan yang lemah.

Syameer terus sahaja menutup video tersebut. Dia tak sanggup untuk melihat apa yang seterusnya. Dalam hati dia memohon agar video ni cuma lah satu prank yang dirancang oleh isteri nya itu untuk menarik perhatian nya.

Ini cuma prank, prank. Prank semata-mata!

Beberapa kali dia mengingatkan diri nya agar tidak tertipu dengan helah Aileen ketika ini.

Pintu bilik tidur nya dibuka dengan cara kasar. Syameer menarik nafas lega kerana menyangka orang yang membuka nya ialah Aileen, isteri nya.

Senyuman nya mati apabila orang yang berada di depan muka pintu nya ialah orang lain.

Datin Dahlia berada di situ dengan muka yang cemas. Dan apa yang dikatakan oleh mak mertua nya itu membuatkan pandangan nya menjadi kabur.

"Aileen hilang!"

his little princess | √ Where stories live. Discover now