43 | hurt

11.9K 933 267
                                    

"Life is better when you're laughing."

🌸


Aileen berlari meninggalkan Syameer dengan tangisan nya yang makin lebat. Apabila ternampak Hilman yang sedang berbual dengan Farhan, terus sahaja lengan baju jejaka itu ditarik.

Diseret sekali badan Hilman agar mengikuti langkah nya. Dia tak peduli langsung dengan pandangan orang lain ke arah mereka.

"Where are we going?"

"Place that I can escape."

Tempat yang dimaksudkan Aileen tak lain tak bukan adalah perpustakaan. Apabila mereka berdua berada di tempat yang agak tersembunyi dari sesiapa, barulah Aileen terduduk di atas lantai.

Dinding menjadi tempat sandaran. Dada yang sesak dipegang sebelum Aileen menghamburkan tangisan nya. Teresak-esak gadis itu menangis.

"Kenapa kau nak pergi sini?" Soal Hilman. Dia mengambil tempat berhadapan Aileen.

"Sini takde orang! Budak sekolah kita tak suka baca buku!" Balas Aileen separuh menjerit. Suara nya kelam disebalik tangisan nya.

Hilman memandang sekeliling. Betul lah apa yang dikata oleh Aileen. Tiada sesiapa pun dalam perpustakaan sekarang. Hanya dia dan Aileen sahaja di dalam. Padan lah gadis itu memilih tempat ni untuk menangis.

"Kenapa ni?" Soal nya, dia membelakangkan Aileen agar gadis itu punya tempat untuk bersandar. Bahu Hilman menjadi tempat Aileen untuk menangis.

"Syameer tengking aku, dia curang dengan aku Hilman." Jelas Aileen. Sakit sungguh hati nya bila adegan sebentar tadi terlayar kembali dalam fikiran nya.

"Ini ke apa yang kau rasa bila nampak aku keluar dengan Syameer?" Berubah riak muka Hilman mendengar soalan itu.

Serentak dengan itu, kedengaran satu suara sedang ketawa. Dari celah-celah rak itu, mereka dapat lihat Wajiha dan Syameer berjalan beriringan menuju ke rak novel bahasa inggeris.

Makin galak tangisan Aileen. Kepala dihumbankan pada badan Hilman. Menghalang esakan nya dari kedengaran.

"It feels like that."

__ __ __


Selepas sahaja habis sesi persekolahan, Aileen terus memandu tanpa arah tuju. Apa yang pasti dia tak mahu pulang ke rumah.

Radio yang terpasang dari tadi dimatikan dengan kadar segera oleh Aileen apabila merasakan penyampai radio itu seakan-akan mengutuk diri nya.

Dari tadi asyik tergelak-gelak, lawak hambar pulak tu. Pikir lawak ke? Serabut tahu tak serabut!

Gadis itu memerhatikan keadaan sekeliling sebelum dia menjerit dan memukul beberapa kali stereng kereta.

"Bodoh Syameer bodoh! Bodoh!" Dihentak-hentak hon itu sekuat hati sehingga membuatkan orang sekeliling memandang ke arah kereta nya.

Dia dah persis orang gila dalam kereta itu. Rambut nya menjadi agak kusut. Tingkap kereta yang tak bersalah itu juga dipukul sekuat hati.

"Kenapa aku jatuh cinta dengan orang bodoh macam kau!"

Wajiha sesekali akan memerhatikan jam di tangan nya. Buku yang berada di tangan diramas dengan kuat. Kalau ikutkan hati macam nak menjerit je kat situ.

his little princess | √ Where stories live. Discover now