2 | prefect

31.3K 1.7K 95
                                    

"Being nice to people you hate is not being plastic. It's called respect and making yourself educated."

🌸

"Woi galah! Kau nak apa ni? Lepaskan aku lah!" Aileen meronta-ronta minta dilepaskan. Lengan berlapik nya yang menjadi mangsa cengkaman Syameer cuba direntap tetapi gagal.

Entah disampuk apa jejaka ini apabila Aileen yang ingin keluar dari perpustakaan itu, tiba-tiba sahaja ditarik menuju ke bilik multimedia yang masih dalam keadaan gelap ini. Takde hujan takde ribut, cari gaduh pula dengan gadis ini.

Keadaan bilik yang tadi gelap beransur cerah apabila lampu dinyalakan. Tubuh kecil Aileen ditolak ke dinding dan pegangan pada pergelangan tangan nya diperketatkan lagi. Langsung tidak dipedulikan kata-kata Aileen.


"Shuhhh, darling hold on. I have something to ask you, sayang." Loya tekak Aileen apabila mendengar perkataan manja yang digunakan oleh Syameer. Mamat ni dah gila agaknya.

"Eh bangang zirafah tak guna-" Aileen dah mula hendak menyumpah. Kalau boleh macam nak ludah jugak dekat jejaka di depan nya ini.

"Eh ada orang kerdil ni tak sedar diri lah." Balas Syameer pula. Merah menyala wajah Aileen jadinya. Dia tak kira, apa yang dia tahu budak ni harus diajar sedikit.

Aileen mendongak memandang tepat kearah muka Syameer dan menghadiahkan satu senyuman sinis. Dari riak wajah jejaka itu, Aileen tahu dia takkan mengetahui tindakan nya selepas ni.

Dengan segala tenaga yang ada Aileen, menghadiahkan high kick pada kaki panjang Syameer. Jatuh tersungkur terus jejaka itu ke lantai. Diiringi dengan suara nya mengerang kesakitan.

Aileen ketawa. Suka sungguh melihat Syameer. Padan muka, baru tahu apa yang dirasa Aileen apabila jatuh dari rak tadi. Rasanya dia tidak menyepak terlalu kuat. Namun, entah kenapa ada bunyi tulang patah sebenar tadi.

"So bubuk-bucuk sayang, what is the thing you want to ask me?" Aileen berkata-kata dengan nada yang lembut. Dia mencangkung di hadapan Syameer yang sudah terbaring ke atas lantai akibat sakit.

"Main kasar nampak? Well, tau tak aku ni berlembut je dengan kau sekarang ni? Sebab kau tu perempuan. Eh bukan perempuan tapi kanak-kanak eh tikus haha." Ucap Syameer. Memang sengaja hendak mengusik Aileen.

"Kau jangan sampai aku sepak kau la-" Belum sempat menghayunkan tapak kaki nya pada muka kacak sangat Syameer.

Jejaka itu bertindak terlebih dahulu. Kaki kiri Aileen disepak ke tepi sebagai cara untuk mengelak dari terkena sepakan Aileen sekali lagi. Tapi siapa sangka tindakan nya memburukkan lagi keadaan.

"Woah! What we have here?" Berdiri nya disitu Hilman Muhammad. Melihat drama sinetron apakah yang cuba dilakonkan oleh Aileen dan Syameer.

Aileen hampir terjatuh pada Syameer akibat dari sepakan jejaka tersebut. Tindakan refleks Syameer yang memegang erat pinggang Aileen membantutkan situasi itu.

Namun, tindakan nya itu menyebabkan Aileen dan Syameer terbaring atas lantai sambil menghadap satu sama lain.

"MasyaAllah! Maksiat!" Dan itulah dia. Suara mamat paling kepoh di sekolah sudahpun kedengaran.

Mulut nya memang tak boleh ditahan daripada bercakap. Hanya rasuah makanan akan mendiamkan nya.

Aileen dan Syameer mula memandang antara satu sama lain.

Habislah kita.

- - -


"Sebelum kau rasuah aku, apa benda nya tadi tu?" Soal Farhan dengan kedua-dua kening nya terangkat. Senyuman penuh bermakna ditunjukkan pada Aileen dan Syameer.

his little princess | √ Where stories live. Discover now