26 | lie

13.8K 996 13
                                    

"People cry not because they are weak, it's because they've been strong for too long."

🌸


Dia merintih kesakitan sehingga menarik perhatian seorang gadis yang tengah bersuka ria duduk diatas sofa lembut itu.

Ibarat seperti rumah tu rumah dia pulak. Sesekali gadis itu akan menyanyi kecil. Sungguh senang hati nya apabila impian nya tercapai juga.

"Our sleeping beauty finally wake up." Lembut suara itu menyapa gegendang telinga nya.

Jejaka itu berasa agak pelik dengan keadaan ini. Dia di mana? Apa yang terjadi dan siapa yang bercakap sebentar tadi.

Pandangan mata nya yang agak kabur menyebabkan dia sukar untuk memerhatikan keadaan sekeliling dengan jelas.

Tangan cuba memegang kepala yang terasa agak pening. Sakitnya mencucuk-cucuk tapi selepas beberapa kali mencuba, tetap tangan nya tidak berganjak.

Dia akhirnya perasan bahawa kedua-dua belah lengan nya diikat ketat dengan ketat. Kesan merah jelas kelihatan pada pergelangan tangan nya. Dirinya pula duduk bersandar pada dinding.

"Aww, boleh lepaskan diri ke tak tu?" Ejek Aileen, tangan nya ligat menekan remote control. Rancangan yang menarik cuba di cari pada channel astro.

Syameer tersentak apabila melihat Aileen, sedang bersenang-lenang di depan mata nya sedangkan dia diikat disini.

Pandangan mata beralih pula kearah Dato Nazman yang diikat pada kerusi yang dirapatkan ke dinding. Buah epal hijau yang terletak diatas kepala ayah nya menjadi tanda tanya buat diri Syameer.

Dia sempat menangkap darah yang mengalir dari hidung ayah nya itu. Amarah mula menguasai diri nya. Apa salah mereka sampai diperlakukan seperti ni?

Adakah selama ni, gadis tersebut sengaja mendekati diri nya kerana hal ni? Hal yang dia sendiri tak pernah faham atau tahu.

"Apa yang kau buat ni ha?!" Jerkah Syameer menyebabkan Aileen terhinjut ke depan akibat terkejut.

Remote control yang dipegang nya tadi terlepas dari genggaman. Jatuh terhempas ke lantai. Nasib baik je tak hancur berkecai.

Sungguh dia terkejut apabila ditengking seperti itu oleh Syameer. Tak pernah jejaka itu menaikkan suara pada nya.

Everybody has their own limit, seems like he already cross it.

"Kau ni pahal? Nak jerit-jerit bagai, terkejutlah aku! Apa aku tengah buat ni? Tanya bapak jahanam kau tu, tanya apa dia dah buat kat family aku." Selamba gadis meneruskan aktiviti nya yang tergelanda sebentar tadi.

Remote ditekan sekali lagi, sebelah tangan pula setia memasukkan coklat ke dalam mulut. Siapa sangka Syameer Anaqi merupakan anak kepada Dato Nazman?Aileen ketawa apabila tahu mengenai hal ini.

Bagi nya ini satu peluang keemasan untuk rancangan nya. Tengok lah sekarang. Rancangan nya berjalan dengan amat lancar. Senang sahaja dia masuk ke dalam rumah ini.

"Ayah, apa yang dia cakap ni? Tell me!" Desak Syameer dari kejauhan walaupun dia tak pasti ayah nya itu sedar ataupun tidak.

"Meer, ni Kira. Anak Dato Syed, abang ayah. Sepupu kamu." Jelas Dato Nazman berkata dengan kepayahan. Sakit betul hidung nya apabila ditumbuk oleh anak buah nya itu.

"Ki.. Kira?" Nama itu meniti di bibir nya. Kira nama panggilan khas yang diberikan oleh Syameer kepada Aileen nya ketika mereka masih kecil.

Mereka pernah berjumpa satu ketika dahulu tapi jarang akibat keluarga Dato Syed yang tinggal di luar negara.

his little princess | √ Where stories live. Discover now