64 | fire

12.4K 809 106
                                    

"Hell is empty and all the devils are here."

🌸

"Puan? Puan okay tak?" Suara itu menyedarkan nya.

Imbasan yang bermain di fikiran nya terus terhenti sebelum dia kembali fokus dengan orang yang berada di depan nya sekarang ni.

"Ya, saya okay." Datin Dahlia tersenyum hambar. Sempat dia menilik rupa nya pada cermin di atas meja. Pucat dan lesu.

"Kalau takde apa-apa lagi, saya nak keluar." Pembantu peribadi nya, Cik Anna meminta izin untuk keluar. Masih banyak lagi kerja yang hendak disiapkan di luar.

Dengan keadaan Datin Dahlia yang seperti ini, dia tahu yang kerja yang perlu dilakukan akan bertambah. Lebih baik bersedia sebelum terjadi sebarang pergolakan dalam syarikat.

Datin Dahlia mengangguk tanda bahawa pembantu nya itu dibenarkan untuk keluar.

Dia kembali bersandar di kerusi. Bangunan pencakar langit yang berada di luar dipandang dengan penuh minat. Kerusi itu dipusing semula menghadap ke meja.

Frame gambar yang diletak di atas meja diambil. Gambar dia bersama Aileen dan Dato Syed. Air mata mulai turun.

Dua orang yang paling dia sayang. Dua-dua hilang dari pandangan. Sesak dada memikirkan kehilangan anak gadisnya itu.

Mata dihala ke arah telefon nya yang bergetar. Tertera nama Nazman disitu. Sarah juga sesekali akan menelefon diri nya untuk bertanya khabar.

Gadis itu tahu betapa perit nya hilang orang yang tersayang seperti mana kedua-dua buah keluarga itu rasakan sekarang.

Tapi apa yang mereka tahu ialah Aileen dan Syameer masih hidup, dan pasti akan berjuang untuk hidup.

Lagipun Syameer dah berjanji akan menjaga Aileen sebaik mungkin. Jadi takde alasan untuk mereka tidak kembali dalam keadaan selamat sebab janji dibuat untuk ditepati.

__ __ __

Detik semakin mencemaskan. Satu nyalaan sahaja mampu membunuh mereka bertiga sekaligus. Termasuk dengan rumah yang dibina indah ni.

Kisah mereka juga akan berakhir sampai disini. Tiada lagi insan bernama Syameer Anaqi atau Aileen Kirana. Mungkin misteri kehilangan mereka sampai bila-bila takkan terbongkar.

Wajah yang diselaputi dengan minyak itu dibiarkan sebelum gadis kecil itu berjalan mendekati Danial. Setiap pergerakan nya diawasi oleh jejaka tersebut.

Mana tahu Aileen ingin melarikan diri dan cukup senang dia boleh sahaja menjatuhkan pemetik api yang bernyala ke lantai. Dan semuanya akan berakhir.

Tangan Danial ditarik. Telapak tangan yang jauh lebih besar darinya itu diletakkan satu gambar. Seorang kanak-kanak perempuan dan lelaki tersenyum gembira sambil di tangan terdapat sebatang aiskrim.

Tak dilupakan juga dengan mulut yang comot. Suasana di taman permainan itu yang kelihatan sungguh seronok turut dirasai oleh Aileen apabila melihat gambar tersebut.

"Adik awak, Hannah. Dia comel sangat. Dia sebaya saya kan?" Ujar Aileen. Senyuman manis terlakar di bibir nya seketika.

Kalau begini teruk permainan yang hendak dimainkan oleh Danial, terpaksa lah dia menggunakan cara ni untuk menghentikan jejaka tersebut. Main dengan psikologi, tak tahu lah kalau ni sebenarnya idea yang baik.

"Mana kau dapat gambar ni?" Lengan Aileen dicengkam dengan kuat. Semua gambar kisah lalu nya tidak pernah ditunjukkan pada orang lain.

Tersimpan rapi dia dalam bilik yang terkunci dengan semua harta kesayangan nya. Tak patut ada seorang pun yang menjejak kan kaki ke bilik tersebut.

his little princess | √ Where stories live. Discover now