56 | pain

9.7K 808 78
                                    

"I think that was my biggest fear were going to be some sort of like or stuck being invisible."

🌸


"Aku tanya kau sekali lagi. Kalau aku kata aku Syameer Anaqi, apa kau akan buat."

Sama seperti tadi, gadis itu kekal senyap dan hanya memandang Qayyum dengan pandangan yang tidak dapat ditafsirkan. Dia menarik nafas panjang sebelum mula berkata-kata.

"Izinkan saya." Jejaka itu mengangkat kening tanda tidak faham akan apa yang ingin disampaikan oleh Aileen sebenarnya.

Soalan sepatutnya dijawab dengan jawapan yang betul bukanlah jawapan yang tidak ada kaitan langsung dengan soalan yang ditanya.

"Bukak baju awak." Membulat mata Qayyum apabila mendengarnya.

Dia bergerak menjauhi Aileen dan menghadiahkan satu pandangan pelik buat gadis tersebut. Tangan naik melindungi baju t-shirt putih nya.

Dia ni dah kenapa?

"Ehh tak- tu bukan maksud. Bukak baju awak untuk saya, aaaa saya nak. Ish apa kau ni Aileen." Dia cuba membetulkan ayat nya tapi makin teruk pula.

Kepala diketuk dengan kuat. Mata memandang Qayyum yang semakin menjauhkan diri daripada nya. Tangan jejaka itu ditarik.

"Satu cara je saya nak pastikan awak ni Syameer."

"Macam mana?"

"Dia ada parut kat bahu dia." Ujar nya lalu tanpa segan silu menyelak bahagian bahu kanan Qayyum terlebih dahulu.

Tapi kosong, bersih dan tiada tanda-tanda bahawa ada kesan parut disitu.
Bau minyak wangi jejaka itu yang terlalu serupa dengan Syameer membuatkan jiwa nya tidak keruan.

Aileen amat berharap bahawa Qayyum lah suami nya yang telah hilang selama ini.

Bahagian bahu kiri diselak dengan dengan perasaan berdebar-debar. Kejadian tembakan yang berlaku tahun lepas betul-betul meninggalkan kesan mendalam pada mereka. Dan entah kenapa Qayyum juga turut berasa gementar.

Dia sendiri tidak tahu reaksi nya jikalau betul dialah Syameer Anaqi yang disebut. Kalau betul dia lah suami kepada Aileen, kenapa tiada satu memori pun pasal dia bersama gadis tersebut?

"Kau kenapa senyap je?" Beberapa minit berlalu tapi gadis itu tetap kaku setelah melihat bahagian bahu kiri Qayyum.

Air mata Aileen bergenang dan menunggu sahaja untuk jatuh. Perlahan-lahan tangan nya naik menyentuh bahu kiri Qayyum.

"Syameer." Terkejut jejaka itu mendengar nya. Tangan Aileen ditepis dengan kasar. Parut yang ada disitu dilihat.

Tak mungkin, bila masa aku ada parut ni?

"Kau mengarut apa ni? Kalau betul aku ni Syameer Anaqi. Kenapa takde satu memori pun pasal kau dalam kepala aku?"

Makin sesak dada Aileen mendengar butir-butir ayat jejaka itu. Sepintas lalu melihat parut itu dia dah tahu bahawa Qayyum Haikal dan Syameer merupakan orang yang sama.

"I don't lie to you! You are Syameer, my husband!" jerit gadis itu sekuat hati. Sudah cukup dia menahan segala rindu nya sekarang ini.

Dia dah hilang suami nya buat beberapa bulan dan itu sudah cukup untuk membuatkan dia hilang arah. Dan kini apabila sudah berjumpa semula, dia tak akan hilangkan peluang itu begitu sahaja.

Aileen membuka cardigan hitam nya. Baju t-shirt putih lengan panjang nya diselak pada bahagian bahu kanan, menampak kan bahu dan leher nya yang putih bersih tapi diganggu dengan satu kesan parut kecil.

Dia naik ke atas katil lalu duduk di sebelah Qayyum.

"Saya pun ada parut macam tu jugak. Awak tengok sendiri. Kita dapat parut ni tahun lepas sebab ditembak, awak yang selamatkan saya daripada maut. Takkan awak tak ingat langsung?"

Terang Aileen bersungguh-sungguh. Jejaka itu menggeleng-geleng menandakan bahawa dia tidak percaya dengan apa yang sedang terjadi sekarang ni.

"Stop, you are just lying." Tangan naik memicit kepala nya yang mulai berdenyut-denyut.

Pandangan nya sekejap kabur sekejap jelas. Aileen yang mendengarnya tidak mengalah, dia tak sedar apa yang dia tengah buat makin memburukkan lagi keadaan.

"Tengok saya Syameer. Cincin ni." Rantai yang dipakai ditunjukkan pada Qayyum yang semakin teruk keadaan emosi nya sekarang ini.

"Ni cincin perkahwinan kita. Awak dah janji nak datang balik untuk saya. Untuk cincin ni kan?"

Tangan Aileen yang cuba meraih pipi nya ditepis, pergelangan tangan gadis itu dipegang dengan ketat sehingga akan meninggalkan kesan.

Please, don't make it even worse for me.

Saya kan datang balik untuk dapatkan cincin ni.

Janji.

Ayat tu bergema di dalam fikiran nya. Berbagai imej bermain, hujan lebat. Kilat bersambung. Sejuk dan juga air mata? Bunyi tembakan. Darah membasahi baju.

Apa, ni semua apa?

Kepala nya makin sakit sehingga dia mula memukul kepala nya dengan kua serta dihentak pada dinding.

"Awak! Stop!" Aileen cuba memberhentikan tindakan Qayyum. Dia panik melihat jejaka itu bertindak sedemikian.

"Jangan sentuh aku!" herdik Qayyum. Imej demi imej masuk dan menyesakkan dada serta minda nya.

Hari dia hilang gigi pertama nya, hari dia hilang ibu nya, hari dia pertama masuk ke sekolah, hari dia diejek kerana terlalu tinggi, hari dia dilantik menjadi seorang ketua pengawas, hari dia berkahwin, hari dia bergembira, hari dia menyediakan hadiah, hari dia meninggalkan Aileen. Semua itu masuk secara mendadak.

Dan tiba-tiba muncul satu imej asing di dalam fikiran nya. Memori asing yang menaikkan adrenalin nya.

"Awak kenapa ni?" soal gadis itu, rasa takut menyerbu masuk ke dalam.

Dia kenal pandangan mata tersebut. Sama seperti sewaktu dia didera selama ini! Qayyum menerkam naik ke atas Aileen.

Terbaring gadis itu di atas katil. Jejaka itu mencekik Aileen tanpa ada seberang tanda bahawa dia akan berhenti berbuat demikian.

"Kau! Ni semua salah kau! Kau yang buat akan macam ni! Kau yang seksa aku selama ini! Orang macam kau ni layak mati lah!" Tengking Qayyum sekuat hati. Urat nya menegang.

Aileen pula merayu minta dilepaskan. Kekuatan yang ada cuba digunakan dengan meronta dan memukul tangan jejaka tersebut yang sedang mencengkam leher nya.

"Ber...henti..huk..Syameer." Pandangan Aileen makin kabur sebelum semuanya gelap.

Apa yang dia dapat bawa sekali dalam kegelapan tersebut ialah bunyi orang ketawa dengan kuat. Qayyum atau sudah terbukti bahawa dialah Syameer persis orang gila sekarang ni.

Dia turun dari katil dan duduk di sudut yang agak tersorok lalu memeluk lutut nya kuat. Rambut diramas dengan kuat. Peluh membasahi diri.

"Arghh sakit." Ayat itu diulang beberapa kali.

Kepala dihentak, dihentak, dihentak pada dinding. Imej Aileen yang sedang terbaring lemah diatas katil menyesakkan lagi fikiran nya.

Perempuan tu sape? Kenapa dia buat aku macam ni? Aku sebenarnya siapa? Siapa Qayyum Haikal? Siapa Syameer Anaqi?

his little princess | √ Where stories live. Discover now