14 | sleep

18.4K 1.3K 23
                                    

"Her eyes, make the stars look like they are not shining."

🌸


Dua jam dah berlalu sejak semua peserta dari pelbagai sekolah bertolak menuju ke tempat kem. Riuh rendah juga pada mulanya bas tersebut. Tapi selepas satu jam semua bosan menunggu.

Ramai yang dah tertidur sebab lama sangat nak sampai. Sebilangan kecil pulak sibuk melayan video dekat telefon bimbit masing-masing.

Earphones sentiasa menemani mereka yang lain. Keadaan dalam bas senyap sunyi, takde satu suara pun. Cuma sesekali ada orang terbatuk dan terbersin.

Nadia dan Syafiq melayan perasaan masing-masing, siap berkongsi earphones lagi. Lepastu dengar lagu sedih. Riak muka feeling-feeling sedih terpancar kat muka.

Aileen dan Syameer pulak dah tidur lena. Diorang dua ni kalau bosan sikit je mesti tertidur, entah macam mana boleh jadi Top Student pon tak tahu lah.

Muka bila tidur innocent gila tapi kalau depan-depan. Mulut bising, kuat bebel, kuat gaduh! Memang sepadan.

Syameer terbangun apabila terasa seperti bahu dia agak lenguh. Dia membuka mata nya perlahan dan rupa nya kepala Aileen terlentok atas bahu nya. Jejaka itu tersenyum.

Mesti dia excited gila kalau tahu yang dia tertidur atas bahu aku. Ehhh, bahu aku bukannya free. Nanti kena claim dengan dia ni.

Syameer hanya membiarkan Aileen seperti itu, tak mahu mengganggu tidur gadis tersebut. Aircond diperlahankan sedikit apabila melihat gadis itu menggigil perlahan.

Syameer lalu merenung wajah Aileen, mata nya asyik terpandang akan parut kecil yang masih tidak hilang dari pipi gadis itu.

Perasaan bersalah masih menghantui jiwa nya. Disebabkan dia, habis calar muka Aileen.

Tak guna punya Zack!

Rambut Aileen diusap perlahan. Makin bertambah rasa bersalah nya pada gadis kecil itu. Macam lah dia tak perasan air mata Aileen bergenang apabila dimarahi oleh nya.

Digelar diri nya bodoh kerana terlalu mengikut emosi sampaikan dia terguris hati Aileen dengan kata-kata nya.

"Baiklah semua! Kita akan sampai ke destinasi kita tak lama lagi. Kejut partner kamu yang dari tadi berdengkur. Sebelum saya yang kejut dia." Ugut Cikgu Hasliza.

Sepanjang perjalanan ada seorang pelajar yang berdengkur dengan kuat. Nasib baik ada earphones, boleh sumbat telinga.

"Cikgu! Dia buat peta kat pipi dia!" Satu suara berkata dengan lantang.

Semua pelajar yang dah terjaga dari tidur tergelak termasuk dengan guru tadi. Faham benar dengan apa yang diberitahu sebentar tadi.

"Peta dunia ke peta Malaysia?" Celah Hisham, Ketua Pengawas Starship High School.

"Kita dah sampai. Kejutkan jelah kawan kamu yang buat peta tu." Riuh rendah bas tu jadinya hingga menyebabkan sesiapa yang tidur terbangun tapi masih dalam mood mamai.

Semua dah bangun kecuali sorang. Aileen je yang tak bangun lagi. Puas dikejut tetap tak nak berganjak jugak. Tak bergerak langsung. Syameer menggaru kepalanya.

Macam mana nak aku nak kejut dia ni?

Tiba-tiba timbul satu idea dalam fikiran nya. Buat cara baik tak bangun kita buat cara jahat.

Syameer dengan berhati-hati menyumbat telinga Aileen dengan earphones. Video orang menjerit nyaring dicari lalu ditekan. Loading.

One, two, three.

his little princess | √ Where stories live. Discover now