Part Five

6.7K 232 10
                                    

Suasana sunyi bersertakan tiupan angin yang sejuk menyapa pipi Ariana. Terasa bagai segala masalah hilang diminda seketika. Banyak kenangan pahit yang telah dilaluinya namun dia tak pernah putus asa untuk bangkit semula. Baginya itu semua dugaan dan takdir ujian daripada Allah kepadanya untuk menguatkan rohaninya.

Flashback

Malam ini merupakan anniversary kami yang ke 4 tahun. Segala kata katanya yang dahulunya membuat aku rasa yang dia jodoh ku. Namun sebaliknya, Mujur Allah memperlihatkan sikap sebenarnya dan ternyata dia lah seorang jantan yang tak guna. Hanya berkata manis tapi tak mampu tunaikan. Aku ternampak dia bersama wanita lain pada malam itu. Sumpah demi Allah hati aku sangatlah sakit dan pahit masa tu.

Keesokkan harinya aku minta putus namun dia menolaknya kerana alasannya katanya mereka hanyalah teman tapi semalam mereka bermesraan layaknya dilamun cinta. Aku tetap pada pendirian aku agar tidak mudah jatuh cinta. Setiap malam wajahnya aku mimpikan dan itu merupakan mimpi indah tapi aku sedar yang aku berpijak di dunia nyata.

Terdapat beza antara aku dengan perempuan itu. Dia merupakan seorang yang cantik dan bergaya manakala aku merupakan seorang nerd dan bertudung labuh sehinggakan aku digelar oleh rakan sekelas mata lalat disebabkan aku memakai cermin mata. Namun aku tabah, air mataku menemani setiap malam.

Dear FlowerGirls (E)(C) ✅Where stories live. Discover now