Part 58

2.1K 88 4
                                    

Tangan aku ditarik hinggalah di belakang blok sekolah. Dahlah kuat sangat gengaman dia sampai berbekas merah. Nasiblah amarah aku masih boleh ditahan.

"Apa Irfan nak sampai tarik kesini?" Soal aku. Semalam punyalah romantik, sekarang bukan main kasar lagi. Aku mengerutkan dahi memandang Irfan

"Sorry did I hurt you?" Tak ada soalan lagi bijak ke yang boleh ditanya. Dah terus terang tangan aku ni dia tarik sampai merah.

"Ehh taklah, tak sakit langsung. Meh sayang tunjukkan macam mana sakitnya" sindir aku. Baru je aku nak tarik tangan Irfan dia dah lebih pantas mundur kebelakang.

"Okay back to topic, Irfan nampak tadi sayang berlawan mulut dengan minah gila tu. Dia ada sakitkan sayang ke?" Soal Irfan.

"Dia tak sakitkan sayang tapi Irfan yang sakitkan sayang sampai merah pergelangan tangan sayang" aku menunjukkan pergelangan tangan kiri aku yang berbekas merah akibat gengaman kuat Irfan.

Irfan senyum sengih memandang aku. Aku tampar kang baru tahu. Nasib future husband ihak. Aku mencubit kuat perutnya yang berketul itu dengan kuat. Biar tinggalkan kesan. Irfan menyapu perutnya untuk mengurangkan sakit.

"Kalau nak tanya itu je bagus sayang balik kelas, dah nak mula kelas pembelajaran ni" kata aku terus meninggalkan Irfan tanpa menghiraukan nama aku dilaung kuat olehnya.

---SKIP---

Akhirnya habis juga masa persekolahan. Sebelum pulang aku melihat calender dibelakang kelas. Tak lama lagi SPM akan berlaku, 3 bulan lagi. Itu maksudnya aku kena lebih fokuskan pembelajaran untuk masa sekarang. Cita cita sebagai pilot mesti dicapai.

Aku turun ke parking lot namun langkah aku terhenti apabila melihat kelibat Ayah, ibu irfan bersama Iris. Aku pun pergi berdekatan. Kenalah baik tegur mak mertua. Salah pulaa.

"Assalamualaikum" sapa aku sebelum menyalam tangan kedua orang tua itu. Iris sengaja aku jeling tajam sebelum memandang kembali kepada ibu.

"Waalaikumsalam, ehh Ariana. Kenapa tak balik lagi?" Soalnya ibu Irfan. Aku senyum manis namun Iris memandang aku dengan pandangan tak puas hati.

"Baru je nak balik. Aunty buat apa kat sini. Barusan Ariana nampak aunty dan uncle datang" kata aku.

"Ohh tadi aunty dan uncle baru je berurusan untuk pemindahan Iris kat sini" aku rasa seperti peluru masuk ke otak selepas mendengar kata Uncle. Matilah aku. Nampaknya musuh aku bertambah ahli.

"Ohhh. Begitu rupanya" aku cuba senyum namun sebaliknya aku memandang tajam kearah Iris yang senyum sinis. Damn that bitch.

"Bolehlah Ariana nanti jaga Iris sepanjang dia belajar kat sini" permintaan uncle itu boleh aku tunaikan tapi bukan dengan menjaga tapi mengenakan Iris adalah.

Aku mengangguk sahaja sebelum meminta pamit untuk balik. Depan keluarga mertua mesti pura pura baik barulah mak mertua berkenan dengan kita. Tips paling rare dari Ariana.

Segera aku memandu balik ke Queen House. Sesampai sahaja aku terus memanggil Lina,Aleeya dan Asniza yang sibuk dengan hal diorang masing masing.

"Okay macam ni. Aku cuma nak beritahu yang musuh kita bertambah. Congratulation" seloroh aku. Diorang diam sahaja mendengar. Tak support langsung member buat lawak.

"Siapa musuh baru tu? Biar kitaorang ajar supaya dia tahu siapa kita sebenarnya" kata Asniza. Aku menepuk dahi mengelengkan kepala. Tak ubah sikap macam kebudak budakan.

"iya, nama dia Tengku Iris Qalisha. Aku boleh je nak kerjakan budak tu tapi ada masalah" Lina,Asniza dan Aleeya mengerutkan dahi. Aik first time nak jahanamkan orang tapi ada masalah.

"Masalah dia adik kepada Tengku Irfan Hakimi" sambung ku. Diorang terkejut pun cover coverlah jangan sampai lalat masuk dalam mulut tu.

"So apa plan?" Soal Aleeya dan Lina serentak. Mereka berdua berpandang sebelum melakukan high hive. Idea jahat mula muncul di benak otak aku yang bijak. Tanpa aku sedar, senyuman jahat mula terukir di bibir.

---SKIP---

Keesokan harinya, aku terus bangun awal ingin membeli barang dapur yang semakin berkurangan. Pakaian tak terlalu menonjol tapi masih sejuk dipandang.

Kunci kereta aku ambil dari rak kunci sebelum memasangkan kasut wedges pink ke kaki. Kereta mercedes itu perlahan lahan mundur dari perkarangan rumah. Lina,Aleeya dan Asniza keluar katanya ada hal keluarga diorang. Tinggal aku je sorang.

Sebelum ke Giant supermarket, aku ke stesen minyak berdekatan. Minyak kereta tak sedar dah nak habis

Sesampai di Giant aku terus keluar dari kereta. Sengaja parking berdekatan pintu utama Giant supaya tak jauh nak angkat barang. Boleh tahan banyak barangan yang aku kena beli.

Troli aku tolak menjelaja seluruh pelusuk kawasan di giant. Selesai semua barang dah ada dalam troli barulah aku ke bahagian makanan ringan, bahagian terpenting dalam hidup kami berempat.

Akhirnya setelah semua barang dah ada dalam troli barulah aku dorong ke kaunter pembayaran. Beg plastik yang dipenuhi barang barang tadi aku angkat kedalam troli untuk memudahkan membawa ke kereta.

Selesai sahaja aku terus memulakan perjalanan namun aku sempat singgah di Mcd untuk beli breakfast.

Aku sampai ke rumah dalam masa 3 pagi. Panas terik mula meresap kedalam badan. Aku mengambil sebakul kecil Oreo ice cream yang masih elok terbeku dalam peti sejuk.

Peluh di dahi aku kesat dengan tuala yang aku jinjing(?) bahu kanan. Rambut yang tadinya terhurai aku ikat dengan style messy bun. Layan movie kat TV lagi best. Takdelah bosan sangat.

Tak cukup dengan ice cream tadi aku terus mengambil lagi banyak snack lalu dibawa ke Ruang Tamu. Tiba tiba bunyi loceng menganggu santai aku untuk berehat depan tv.

Dengan malasnya aku berjalan ke pagar. Aduhai, tetamu tak diundang datang. Kelihatan Qaisara and the geng dan tidak lupa juga adik ipar kesayangan Iris Qalisha.

Aku memandang tajam kearah mereka berlima sebelum membenarkan mereka masuk. 'Welcome to hell' bisik aku perlahan. Biar kita tengok apa game yang diorang nak main terhadap aku. Tapi jangan lupa, aku master segala game jahanam ni. Tanpa aku sedar sisi gelap aku mengawal diri ku. Queen Devil is comeback.

TBC

AKHIRNYA PERANG AKAN MULA. IHAK.TAK SABAR NAK TENGOK APA YANG ARIANA NAK BUAT DENGAN MEREKA BERLIMA. TAK LAMA LAGI SEKOLAH DAH. MUNGKIN BILA LAGI ADA MASA NAK UPDATE. DAHLAH NI TAHUN AUTHOR KENA HADAPI RINTANGAN YANG SUNGGUH BERAT, JUST KIDDING. IT'S PT3 COME AROUND MY HEAD.

VOTE AND COMMENT SUPAYA AUTHOR ADA SEMANGAT NAK UDPATE UNTUK READER KESAYANGAN SEKALIAN

FROM,
YOUR LUCKY HOPE AUTHOR (jhopeeeeeeee)

Dear FlowerGirls (E)(C) ✅Where stories live. Discover now