Part 21

3.4K 101 0
                                    

Jam dinding aku jeling seketika menunjukkan pukul 12 malam. Pintu slide ke balkoni aku biarkan terbuka menyebabkan angin² sempoi menyapa diri ini. Apa dah nak jadi. Musuh dimana² buat aku rasa tak selamat.

Kadang² aku tertanya kenapa hidup semestinya menjadi kejam. Membunuh? Hanya mainan bagi orang² macam kami. Kekayaan membutakan mata dan hati untuk melutut kehadap Yang Maha Esa.

Aku masih ingat bagaimana diri ini dilayan oleh kekasih pertama yang pernah berpihak di hati ini.

Flashback

"Kenapa awak sanggup buat saya tersiksa. Awak sanggup membagi kasih kepada orang lain sedangkan saya ini orang yang sepatutnya mendapat kasih sayang awak. Kita dah nak bertunang. Tapi tak sangka yang kau ni buaya darat yang reti memainkan perasaan wanita. Kau memang tak guna Airil. Aku benci kau" aku luah semua yang terbuku di hati ini dihadapannya. Air mata yang semakin deras membuat aku rasa hiba. Aku tak kuat. Aku tak kuat hadapi semua ini.

"Aku suka kau sebab harta kau. Aku taknak kau. Yang memang aku buaya dan perempuan bagi aku hanyalah pemuas nafsu aku ini. Kita tunang tak semestinya aku suka kau kan. Selepas kahwin nanti aku akan ambil harta pusaka kau tu barulah aku ceraikan kau. Memang aku bad guy. So tabahkanlah hati kau tu" balasnya. Dasar lelaki mata duitan. Aku takkan benarkan kau berkahwin dengan aku. Dengan bijak aku merakam semua perbualan aku dan dia. Aku mengambil pilihan untuk pergi dari situ.

Aku kembali ke rumah dengan pantas aku masuk ke bilik. Pintu bilik aku hempas dengan kuat. Aku tak kisah kalau ummi perasan. Aku bersandar dihadapan pintu. Aku menangis sekuat hati. Biarlah ini jadi kali terakhir aku menangis disebabkan lelaki. Aku takkan termakan kata² manis dari mana² lelaki. Muka aku tekup dengan tuala. Aku menjerit sekuatnya. Semuanya aku lepaskan pada malam itu. Gambar yang pernah jadi pertemuan kami berdua aku renyuk lalu buang ke luar tingkap.

Segala memori dengannya aku sedaya upaya lupakannya. Gambar² dia di telefon aku delete. Perbualan kami tadi aku hantar kepada ummi dan keluarga Airil. Biar mereka tahu yang aku sekarang menjadi patung untuk mendapatkan harta pusaka keluarga atuk aku. Hanya harta manusia boleh berubah. Hanya harta hati ini boleh tersakiti. Hanya harta. Semuanya sebab harta.

Aku melihatnya bermesraan dengan perempuan lain dihadapan ioi mall. Sungguh perit rasanya melihat kenyataan. Siap perempuan itu memeluk lengan sasa Airil. Dia tak sedar status kami sekarang. Aku lemah dan segera pergi dari tempat ini. Sesampai di bilik tidur aku menatap cermin di meja make up aku. Aku janji berubah dan tidak mudah jatuh cinta. Walaupun apa yang terjadi. Segera aku ambil telefon canggih iphone 6s itu dari dalam beg tangan warna maroon yang aku gunakan. Aplikasi Whatsapp aku buka dan membuat mesej kepada FlowerGirls. Diorang sahaja tempat aku mengadu selain Allah.

Loceng rumah berbunyi menandakan ada orang yang datang. Aku cepat turun kebawah menyambut FlowerGirls yang baru sampai. Aku meminta izin membuat mereka air. Selepas aku membuat air lalu meletaknya diatas dulang. Aku membawa dulang itu keatas meja. Aku duduk disebelah Aleeya. Aku menceritakan aku yang terjadi semuanya. Mereka tekun mendengar. Tanpa aku sedar air mutiara yang aku tahan terpecah mengalir deras.

Mulai hari itu juga. Kami semua berubah sekelip mata. Dingin dan bergaya. Semuanya terdorong akibat peristiwa hari itu. Kecantikan semula jadi kami jadikan sebagai pancingan kepada 'lelaki'. Dari hari itu jugalah nama FlowerGirls melambung keseluruh elite school. Bukan sahaja elite school masyarakat luar pun mengenal akan dengan FlowerGirls.

Asniza menampar lengan aku untuk menyedarkan diri. "yang hang termenung sampai pluto tu kenapa?" soalnya. Aku tersengih² mengaru kepala. Padahlah bukannya gatal pun kepala aku ini.

"Tak adalah cuma fikir tentang peristiwa gelap hari itu jer" kata aku. Asniza mengeluh berat. "Kan aku dah kata yang lepas biarlah berlalu. Jangan dikenang. Nanti luka yang pulih berdarah kembali biarlah hanya meninggalkan parut yang boleh dikenang. Aku taknak kau down. Sebagai kawan sehidup semati kau ni aku nak kau bahagia sama seperti kita semua. Kau kan dah kata yang lepas jangan dikenang. So biarlah perkataan itu jadi pendirian kau." tegurnya. Aku terharu ada yang sanggup bersama aku. Aku bersyukur ada orang yang fahami keadaan aku.

"Baiklah makcik Asniza. Sudahlah membebel itu. Simpan² untuk anak kau nanti" kami ketawa riang. Sungguh kejadian hari ini akan aku kenang. Selamanya.

🌸🌸🌸

Hari ini exam pertengahan tahun berlaku secara drastik dan mengejutkan. Aku dahlah belum ulangkaji. Sekolah ini memang buat aku sakit jantung jer. Nasib aku ada bawa buku rujukan add maths dan bio. Aku pun menghafal buat terakhir kali.

Semoga Allah permudahkan aku menjawab peperiksaan ini. Amin.

Kring~~

"Baiklah kamu boleh berhenti menjawab. Orang belakang sila kutip kertas dan beri kepada cikgu" kata cikgu Mustari. Ya Allah. Lagi 3 soalan aku belum buat. Susahnya. Ni soalan sekolah ke soalan negara. Dah macam orang tak tentu arah aku menjawab.

Aku pun tak pasti semua jawapan aku tu. Lantaklah. Esok aku kena berusah lebih gigih. Moga² ilmu yang aku belajar kekal. Amin

Selesai seminggu kami berperang menghadap kertas kbat duniawi tu. Susah fuu. Nak botak macam najib dah kepala ni berfikir. Lenguh otak berfikir formula² ini bagai.

Aku diberitahu bahawa minggu hadapan sekolah kami akan adakan perkhemahan di entahlah. Cikgu kata nak suprise. Eleh nak rahsia² bagai.

Aku terus kemas barang ke beg roda. Banyak jugalah pasal kami berkhemah 3 hari 2 malam. Aku harap tempatnya bebas dari makhluk paling aku benci sangat. Lipas dan Nyamuk. Dua² sama peragai macam ba...

'Dosa mengutuk ciptaan ALLAH' desis hati ku. Sentap 100%. Siap semua barang aku pun baringkan diri diatas tilam surga ni.

Nyamannya buat aku terbuai dan terbuai hinggalah tak disedari aku terlelap damai di alam mimpi.

Tbc

Dear FlowerGirls (E)(C) ✅Where stories live. Discover now