Part 23

3.2K 116 4
                                    

Baju yang berhamburan menambah stress fikiran aku. Semua baju aku selongkar. Dah serupa kapal hancur closet aku ni.

"Aduu mana baju adidas tu?" monolog aku. Semua almari dah aku check tapi still tak jumpa. Dahlah itu satunya² baju fit kegemaran aku.

"Masyaallah Riri kenapa hambur semuanya ni?!" marah ummi. Jelas muka ummi yang menahan marah. Aku kecut perut dengan cepat mengemas baju² kembali ke tempatnya.

"Apa yang Riri cari ini?" soal ummi.

"Baju adidas Riri hilang." kata aku dengan suara ingin menangis.

"Yeke. Lah yang Riri ini pun satu cuai. Lebih terang bersuluh baju adidas Riri kat hujung tu" ummi menunjuk kearah hujung almari. Kelihatan baju adidas aku elok tergantung disitu.

"Hehehehe sorry ummi" aku tersengih² sambil angkat peace. #peacejanganturun. Ummi berlalu entah ke mana. Beg roda aku tutup dan letak kat sebelah katil bersaiz queen berwarna pink pastel.

❤❤❤

Telefon canggih memainkan Alarm yang menyuruh untuk aku bangun. Dengan kekuatan yang tinggal ada. Aku gigihkan diri untuk bangun.

Mata ini susah nak buka sebab terlampau banyak sangat taik mata berkampung ini. Aku gosok mata aku lalu ke membersihkan diri.

Pakaian harini simple sahaja. Sweater putih jeans fit hitam dan tudung crepe warna hitam. Taik cicak be like.

Telefon canggih itu aku letak dipoket sebelah kanan seluar jeans ku. Kaki ku atur langkah ke dapur. Makanan² berat yang ummi masak aku makan sekadar perut.

Pinggan dan mug aku cuci lalu ke pintu. Kasut adidas superstar aku kenakkan di kaki ku. Kunci kereta Lamborgini aku ambil.

Enjin kereta aku hidupkan dan meninggalkan perkarangan rumah. Sesampai di sekolah, aku diterjah oleh malaun 3 ekor ini.

"Pehal kau lewat beb? Lama kitaorang tunggu kau" gerutu Asniza. Aku buat muka tak bersalah.

"Dahlah malas aku nak jadi patung lilin kat sini. Jom gerak ke dewan sekarang" kata Lina. Kami angguk lalu membawa beg roda masing².

"Baiklah saya nak kelas 5 Amanda (Kelas FG, FB dan GL) dan 5 Blossom ke bas 1. Kelas 5 Crowns dengan 5 Dynamic ke bas 2." kami angguk akan arahan cikgu Anzar.

Bahagian belakang bas dipenuhi oleh kami. FireBoys duduk dihadapan kerusi yang kami tempati. GucciLadies pulak bergedik nak duduk dekat 'crush' masing².

Sepanjang perjalanan hidup aku tak tenang. Irfan dari tadi mengacau ni pehal dah tak ada kerja ke?. Memang pun dia tak berkerja. Bising jer.

Headphone dan telefon canggih aku ambil dari dalam beg. Lagu Telephone by Lady Gaga feat Beyonce menyapa gegendang telinga ku. Lucu betul muka Irfan buat muncung itik panjang sangat. But still cute.

Aplikasi Instagram aku buka dan layan hinggalah tak sedar yang si Irfan ni tiba² ambil telefon dari tangan aku. "Weh bak sinilah telefon aku" marah aku. Macam nak menangis jer tapi dia buat pekak sahaja.

Aku pun benggang sekarang ni. Kepalanya aku ketuk. Pantas dia menyapu kepalanya bagi menghilangkan kesakitan. Aku mengambil telefon aku dari ribanya.

Namun tangannya pantas memegang tangan aku. Aku kalut dan meronta supaya dia melepaskan tangan ku. Akhirnya dia mengalah dan perkara paling memalukan ialah semua yang berada di bas memandang kearah kami berdua.

Dear FlowerGirls (E)(C) ✅Where stories live. Discover now