Part 36

2.6K 118 1
                                    

Media:Tengku Aidil Riwansyah

Awal pagi lagi aku dah mulakan hari dengan bersenam. Dah lama aku tak bersenam semenjak last day di SSE. Tangan kanan aku regangkan berbalas seterusnya tangan kiri.

Banyak juga senaman yang aku buat hinggalah aku rasa puas. Selesai itu aku pun mengetuk pintu bilik FG yang lalai dibuai mimpi.

"Korang bangunlah. Kata nak ikut balik rumah" aku teriak. Akhirnya mereka pun dengan muka yang masih mamai terpaksa bangun lalu mandi. Aku pun berlalu ke bilik sendiri dan membersihkan diri.

Segar rasanya selepas mandi. Kaki aku langkah ke bilik closet milik ku. Baju sweater supreme hitam aku ambil bersama skinny jeans hitam aku sarungkan di tubuh kecil aku.

Selesai berpakaian aku pun keluar dari bilik tidur bersama beg roda. Kelihatan yang lain sudah bersedia menunggu leader diorang di ruang tamu.

"Aleeya dengan Asniza nanti naik kereta Aleeya lepastu Aku dengan Lina naik kereta" arah Aku lalu beredar ke almari kasut. Kasut nike black pattern aku sarungkan di kaki lalu mengambil kunci di tempat kunci lah. Takkan jamban kan.

Hampir mengambil 2 jam ke rumah ummi. Almaklum rumah ummi punyalah jauh daripada Queens House. Aku melaungkan salam lalu membuka kasut dihadapan pintu

"Walaikumsalam. Dah sampai pun akhirnya Alhamdulliah. Tadi perjalanan ok?" kata ummi yang aku rindui.

"Ok je ummi cuma kami mengantuk. Almaklum awal pagi dah bangun" kata Aku dengan sengih. Ummi yang memahami keadaan membantu kami. Bukan menyuruh ummi tapi ummi yang paksa untuk menolong.

Aku pun rebahkan diri di katil kesayangan aku.  Aleeya dan Asniza di bilik sebelah manakala aku dengan Lina sebilik. Kelihatan Lina yang juga kepenatan terus merebahkan diri di sebelah aku. Akhirnya kedua dua terbuai mimpi.

Aku bangun daripada mimpi selepas mendengar nama aku dilaungkan di luar pintu.   Dengan keadaan mamai, aku terpaksa membuka pintu.

Aleeya yang bersiap berbaju outfit seperti nak keluar aku pandang. "Jomlah Ariana. Kita orang nak jalan jalan kat kawasan sini. Tolonglah kami mana tahu jalan kat sini. Kau sejak harapan kitaorang" rayu Aleeya dengan muka seposen nya.

"Arggh yelah" aku mendengus kasar lalu menutup pintu. Tuala mandi di belakang pintu tergantung aku ambil dan ke bilik mandi untuk mmembersihkan diri.

Baju serba hitam aku tema kan hari ini. Jam DW hitam aku pakaikan di pergelangan tangan dan perfume Victoria Secret aku kenakan di tubuh. Rambut aku yang panjang lagi lembut aku hurai.

Turun sahaja di ruang tamu kelihatan Along yang segak duduk di kerusi sofa berhadapan TV. "Ehh, along kesayangan Riri bila sampai?" sempat nada perli aku berkata kepadanya.

"Baru saja tadi cuma tulah ada yang tidur mati sampai along yang kacak pun tak disedar di rumah" sindir Along. Aku ala ala merajuk terus pergi ke rak kasut.

Kasut hitam adidas three lines kegemaran aku sarungkan dikaki. "Ummi, Riri jalan dahulu nak bawa diorang jalan² kat sini" teriak aku.

"Yelah, hati² bawa kereta itu. Nanti balik bagitahu ummi. Jangan lewat pulang pulak. Ummi cincang kamu hidup²" kata ummi serta ugutannya. Aku pun sengih lalu menyalam tangan ummi sahaja tak mau tangan along. Alahai merajuk pulak adik comel aku ini. Tulah terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa.

Aku pun terus meloloskan diri kedalam kereta. Diorang yang elok di tempat masing masing aku pandang tajam lalu kembali menghadap hadapan. Skrin radio kereta aku tekan menukar mode kepada bluetooth mode lalu mengeluarkan iphone daripada poket kanan aku.

Bluetooth antara iphone dengan radio aku sambung lalu membuka itunes. Lagu No Lie by Sean Paul dengan Dua Lipa berlaung disetiap penjuru kereta. Aku pun mengundurkan kereta daripada kawasan hadapan rumah.

Kereta along. Along yang hadapan rumah melihat keadaan kereta kesayangannya. Risau beb. Adiknya tu kalau merajuk boleh hancur kereta dikerjakan. Nasiblah adik kesayangan.

Aku pun membawa diorang keliling kawasan perumahan ku. Wajah wajah jakun ditayang oleh diorang. Aku sengih lalu memusingkan kereta ke salah satu tempat menarik di kawasan elite ini. Taman Lestari diberi nama kepada keindahan alam ini.

Selesai parking di hujung kawasan taman. Kami pun dengan perasaan gembira keluar dari dalam kereta. Diorang? Dah siap berselfie bergambar bagai. Memang sesuai kerana taman ini terdapat banyak kawasan yang cantik. Antaranya yang aku suka, tasik mentari.

Nak tahu kenapa namanya tasik mentari? Tasik ini dapat mematulkan mentari pada waktu senja dan awal pagi. Dengan keadaan yng tenang mampu membantu melepaskan tekanan. Haruman bunga segar di seluruh kawasan boleh membuat pengunjung tertarik untuk datang ke tasik dan salah satu manusia yang tertarik ialah Aku.

"Gais jomlah ke kawasan kegemaran aku" ajak aku lalu menarik tangan mereka ke tasik mentari. Kan aku dah kata. Sampai ternganga diorang melihat keindahan kawasan ini. Aku pun senyum namun senyuman aku mati apabila bertembung mata dengan dia. 

Aku pun sengaja laga bahu aku ke bahu Aleeya agar dia memandang aku. Aleeya pun yang bingung memandang aku. Aku pun memuncungkan mulut kearah dia. Aleeya yang sama seperti aku terus berubah murung dan sedih. Sungguh dia rindu dengan mereka. Aku pun turut terasa rindu untuk berbicara dengan dia.

Aku terus menarik tangan mereka kembali ke kereta. Asniza dan Lina yang bingung hanya redho ditarik. Didalam kereta aku menarik nafas cuba untuk menenangkan hati lalu dengan hati berat aku memberitahu keadaan tadi.

"Tadi aku jumpa FireBoys tapi.." belum sempat aku sambung sudah berteriak mengalahkan kak ponti. Nak meleleh taik telinga aku dengar.  Nasib kawan kalau orang lain memang pecah muka dia aku kerjakan.

"Kejap aku nak sambung. Aku nampak FireBoys dan AIDIL! Macam mana diorang berkenal? Aku tak sangka yang lelaki itu berkenalan dengan FireBoys. Serius tak sangka" kata aku dengan nada terkejut. Rasa tak puas hati masih bertandang di jiwa ini

"Apasal mamat sengal itu datang balik? Ish kalau aku datang memang cincanglah jawapannya" ujar Asniza. Serius bukan menakutkan tapi comel mukanya menahan amarah. Memang tak silaplah mengapa Rafiqal boleh jatuh cinta.

"Yang penting sekarang kita kena MOVE ON!" Kata putus muktamad daripada aku mendapat anggukan daripada diorang. Kami pun keluar kembali ke tasik mentari itu. Dengan hati yang gementar dan sedikit sedih aku cuba untuk kembali. Kembali mengenang penderitaan yang dilakukan oleh dia yang pernah berlaku terhadap aku. Aku berharap hati lebih kental dari sebelumnya. Aku harap.

TBC

Best tak? Kalau best votelah mana tahu author nak double update. Cak yehh.

Memandangkan sekarang musim cuti jadi mungkin mood Author untuk update makin membuak kot. Ada kot tu. Yelah siapalah nak baca hasil author ini. Hm. Namun author still nak update untuk yang ikhlas membaca dan terima kasih atas 6k nya. Author sangat hargai walaupun author buat novel ini untuk meluangkan masa lapang saja.

Jadi sebagai ganjaran author akan insyaallah kerap update untuk pembaca yang dikasihi sekali

Love,
Syammy

Dear FlowerGirls (E)(C) ✅Where stories live. Discover now