Part 63

2.3K 72 1
                                    

Rancangan kedua ibu bapa Irfan diikuti memandangkan hari tu plan tak jadi. Dress yang tadi nya tergantung sudah elok di badan slim ku. Mak Andam tempahan khas itu memperhiaskan wajah aku sedikit biar menaikkan seri pengantin. Yup, hari ini hari bersejarah bagi aku dan Irfan. Hari dimana kami bersanding diatas pelamin megah hasil kretif aku.

Bertemakan hitam purple putih itu memenuhi ruangan dewan hotel tujuh bintang ternama di Malaysia. Ramai jemputan artis mahupun orang ternama yang datang. Aku semakin nervous. Ketukan pintu menyedarkan lamunan aku. Kelihatan ummi dan ayah masuk dengan pakaian khas lengkap diorang. Aku suka melihat ayah yang mengenakan suit hitam itu. Nampak macho.

"Cantiknya anak ummi. Akhirnya ummi dapat tengok anak ummi bahagia dengan pilihan hati" kata ummi. Mata aku terasa berair. Takkala juga ayah yang tersenyum bangga kearah aku. Bahagia itu amat lah aku syukuri.

Setelah beberapa minit akhirnya aku diarahkan untuk ke pintu utama oleh penyelia majlis sandingan kami. Bunyi riuh sedikit menambah kegementaran aku. Secara tiba tiba tangan aku terasa digenggam dari sebelah. Hensemnya dia. Suami aku yang kacak lagi bergaya dengan suit putih manakala aku mengenakan dress hitam.

Pengapit aku mestilah tiga orang kawan sehidup semati. Aleeya, Asniza dan Lina yang juga mengenakan dress hitam. Nasiblah dress aku agak kembang dibawahnya jadi nampak sedikit menarik perhatian. Aku suka dress hitam ini. Lagi lagi style rambut aku yang 'mengancam'. Aku terima kasih kepada ummi yang menempah tukang solek yang special dari luar negara.

Masanya dah tiba. Aku dan Irfan berpegangan tangan berjalan perlahan menuju ke pelamin besar yang agak jauh dihadapan. Semua mata fokus kearah kami berdua. Tidak lupa juga keenam enam pengapit. Pengapit lelaki iaitu FireBoys dan manakala pengapit perempuan mestilah FlowerGirls.

Cahaya flash camera tak berhenti henti menangkap momen bersejarah ini. Dress aku sedikit sebanyak membuat orang sekeliling berpegun. Tapi mestilah tuan yang mengenakan lagi cantik. Aku mula dalam mood 'Feelin Myself'. Acah diva berjalan bersama soulmate cukup memberi 'kupu-kupu' di perut.

Dan tak lupa juga kepada rakan rakan sekolah yang lain turut datang untuk memeriahkan acara ini. Agen SSA turut datang tapi berkhimat jadi bodyguard lah. Sesampai di pelamin aku duduk tersipu malu. Irfan disebelah aku pandang dalam kearah matanya. Semoga dia jodoh aku untuk selama lamanya.

Acara selesai kemudian, lenguh badan aku. Dress tadi aku sudah gantung kembali kedalam closet. Tuala yang berada di gantung aku ambil. Kami disuruh bermalam kat hotel ini oleh ibu bapa irfan. Tandas hotel memukau aku seketika. Kalau begini lah cantik tandas hotel memang aku tak nak keluar langsung.

Irfan entah lah menghilang kemana. Aku meneruskan berendam selama sejam. Lilin wangi berwarna purple elok terpasang di sebelah bath tub besar ini. Model tandas boleh dikatakan 10/10 kerana selesa sangat. Dinding nya bercorak marble dan semuanya bertema alah alah victoria.

Setelah selesai aku pun keluar bersama tuala dililit sekeliling badan. Badan wangi, aku happy. Baju hoodie dan seluar sweat aku pasang. Irfan dah tidur akibat penat. Aku pun mengeringkan rambut lalu ikut turut tidur bersama Irfan disampingnya. Goodnight Baby Boo

Keesokkan hari nya, kami bersarapan di ruang makan tingkat bawah. Selesai sahaja breakfast aku menukar pakaian outfit kerana Irfan mengajak dating entah kemana.

"Lamanya sayang bersiap, abang dah lenguh menunggu ni" rungut Irfan dengan nada manja.

"Kejaplah" teriak aku dari closet. Memang lelaki ni tak pernah faham konsep 'ruang dan masa' ke?

Make up pun jadi alah kadar sahaja. Aku terus mengambil beg tangan prada lalu berjalan anak kearah Irfan yang menunggu diluar bilik

"Sorry lambat abang. Pengering rambut tu buat masalah pula" kata aku dengan nada sedih. Irfan senyum nipis lalu senyum. Aku dan Irfan berpegangan tangan hingga ke parking lot. Irfan terus mengeluarkan kunci kereta mewahnya itu. Aku tak heranlah kenapa Irfan boleh guna kereta mewah macam tu.

Akhirnya sampai juga lokasi pilihan dating Irfan. Restoran italy. Kenapalah banyak banyak restoran, restoran italy juga dipilih? Lidah aku hanya pekena dengan makanan melayu lah. Kata irfan nak romantik. Bagi aku cukuplah dating kat gerai mamak. Itu menipu okay.

"Romantik tak sayang? Best tau makanan kat sini" dengan gembira Irfan memberitahu namun aku buat buat gembira. Hanya kerana aku minat cheese, aku membiarkan sahaja dating kat restoran ini.

Kenyang juga perut tapi Irfan kata perut dia tak kenyang lagi. Akhirnya kami pun berhenti di Secret Recipe yang berdekatan sahaja. Tidak lupa juga kek kegemaran aku. Kek Cheese Oreo.  Irfan pula Choco Cheese Oreo. Dah macam keluarga cheesey pula kami ni.

"Apasal muka tu merah merah ni? Lapar? Nak cendol?" aku ketawa melihat Irfan buat parody awek cendol. Tahu tahu jelah aku sekarang tengah craving cendol tapi dipendamkan sahaja. Kek Cheese more penting dari cendol.

Dating Tour kami tidak berakhir lagi hingga kami ke destinasi terakhir. Aku yang mencadangkan untuk mengisi masa lapang berjalan berdua di tepi pantai yang agak terkenal di Malaysia. Keindahan air laut sedikit sebanyak menaikkan mood mesra kami. Bayangkan perasaan apabila kau berjalan berdua duaan dengan manusia yang kau sayang dibawah rembulan bayu. Cehh ada sastera kat situ.

Kedinginan malam tak menghalang aku untuk mencelupkan sedikit kaki ke dalam air laut. Nasib pakai jaket jeans hitam sama seperti Irfan. Irfan ketawa nipis melihat isteri yang seronok memerhati keindahan air laut jernih. Akhirnya kami pun duduk beralaskan pasir bersih sambil memerhati bulan penuh. Baru perasan yang malam ini malam dimana fenomena 'SuperMoon' berlangsung. Aku rasa kami beruntung dapat melihat bersama.

Ketika Irfan leka melihat bulan aku mengambil kesempatan melihat juga muka suami aku yang terlalu kacak ini. Rasa tak percaya dah jadi isteri kepada lelaki yang suka ajak bergaduh dahulu dan juga lelaki yang pernah hancur hati kawan baik aku. Biarlah past is past usah dikenang. Semoga kami kekal ke jannah. Ikatan rambut aku hurai dan dibiarkan berterbang mengikuti tiupan angin yang agak kencang.

Hati semakin berdetak laju seiring mata memandang mata hingga kami hayut dengan dunia sendiri. Bukan buat anak okay tapi cuma adegan mata ke mata sahaja. No cheesey part

TBC

LENGUH SANGAT TANGAN MENAIP. DAN TIDAK LUPA JUGA EXAM YANG BERLAKU ESOK. AUTHOR TAK SANGGUP SUDAH NAK TERUSKAN BERSELISIH FAHAM DENGAN MATEMATIK LAGI. SESIAPA YANG TURUT MENDUDUKI UJIAN, AUTHOR WISH YOU LUCK AND BREAK A LEG YOU ALLS. SALAM SATU MALAYSIA AND BYE BYE

FROM,
BELOVED AUTHOR

1/5 END PART

Dear FlowerGirls (E)(C) ✅Where stories live. Discover now