Part 64

2.2K 67 0
                                    

Pandangan aku alahkan keluar tingkap. Hujan mula menjadi lebat begitu juga tangisan di yang mengalir ini. Rasa rindu yang takkan dapat dilepaskan berdegup pantas di hati.

Berat rasanya mengenang masa lampau yang telah kami berlima lalui namun semua itu berakhir apabila salah satu daripada kami pergi dahulu menghadap ilahi.

"Sayang, sudah sudahlah bersedih tu" pujuk Irfan yang setia menjadi bahu penyokong aku takkala sedih mahupun senang.

"Susah sayang nak lupakan arwah Isya" luah aku. Irfan menghela nafas berat. Beginilah yang terjadi selepas diorang kembali dari melawat pusara Isya.

"Tak elok buat begini. Nanti tak tenang arwah Isya kat sana" balas Irfan sambil menyapu bahu isterinya.

Perkhawinan diorang dah menganjak 4 tahun dan semua rakan rakan dah memulakan hidup masing masing. Macam Asniza yang sekarang telah menjadi Doktor, si Lina pula dah jadi Lawyer manakala Aleeya dah jadi Akauntan. Semua dah berjaya. Aku pula jadi suri rumah berwibawa gitu haha.

Irfan yang sekarang menjadi Pilot jadi susahlah nak berjumpa. Kalau jumpa pun sebulan sekali je. Tapi persahabatan aku dan yang lain masih rapat melalui telefon.

Baru sahaja tadi pagi hati aku terkenang tentang Isya jadi aku terus mengajak Irfan menuju ke kuburan Isya. Disana aku tak berhenti mendoakan yang terbaik bagi sahabat aku. Dia lah penyeri hidup aku takkala susah mahupun senang namun dia dah pergi untuk selama lamanya.

"Sayang, jom makan" Irfan menyedarkan aku dari lamunan. Aku mengangguk sebelum menyapu semua air mata yang tersisa. Makanan di atas meja menaikkan selera aku.

Irfan pandai memujuk aku takkala aku sedih atau merajuk. Senang sahaja, guna makanan mesti cair hati aku. Dia tahu makanan kegemaran aku, minuman kegemaran, makanan sampingan kegemaran. Semua itu Irfan ambil peduli. Suami mithali kan.

"Wow sedapnya" puji aku setelah merasa masakan hasil Irfan. Memang tak pernah mengecewakan langsung. Selalu buat aku nak lebih.

"Hari ini sahaja abang masak, next time sayang lagi okay" Kata Irfan. Aku sengaja tayangkan muka masam. Nak merajuk konon. Padahal memang aku yang masak selama ini. Dia baru hari ini masak dah berkira.

"Okay fine" Balas aku. Irfan ketawa kecil mengelengkan kepala. Nasib Irfan lah dapat isteri macam ini. Kuat merajuk.

"Jadi nak abang pujuk guna starbuck? Big Apple? Atau yang lain?" perli Irfan. Aku ketawa terbahak bahak. Perli Irfan menusuk ke hati auch.

"Nak Big Apple lah" balas aku. Memang pun aku craving Big Apple sejak minggu lalu. Tapi takut gemuk. Memandangkan Irfan dah offer so aku pun on jelah.

"Okay boss, tapi sebelum tu kena kemas rumah. Dah bersepah rumah kita ni padahal kita berdua je kot di rumah" kata Irfan.

Ini yang aku benci sangat. Kemas rumah. Dahlah rumah ini tiga tingkat. Kalau Irfan kata kemas rumah itu maksudnya mesti kemas semua bahagian rumah termasuk tandas, stor, halaman rumah dan lain lain.

"Alah malas ah" getus aku. Sengaja nak tengok apa yang Irfan akan kata. Muka aku sengaja cemberutkan.

"Kalau sayang malas, abang pun malas nak belikan Big Apple untuk sayang" ugut Irfan. Berani dia ugut aku.

"Ok fine sayang nak malas lah" balas aku. Dia fikir aku takleh beli sendiri Big Apple tu. Ini Ariana Amelia lah. Bad Bitch that ever live.

"Jomlah kemas rumah" pujuk Irfan dengan nada sengaja dilemahkan. Hati aku ini baru je nak keras dah lembut balik.

"Okay tapi abang kemas tingkat 2 dan 3. Sayang pula kemas tingkat bawah je" Aku ketawa dalam hati. Puas dapat buli suami sendiri.

Irfan mengangguk sahaja. Kalau diteruskan memang takkan siaplah kerja kemas rumah ini.

-SKIP-

Janji tetap janji. Aku pun berjalan berdua dengan Irfan ke Big Apple kegemaran aku. Sesampai sahaja di Big Apple hati aku bergedup kencang tanda teruja.

"Kalau teruja pun cover lah sayang" bisik Irfan tepat di telinga. Aku memandang tajam kearahnya. Pantang tengok aku nak happy ke?

"Alah donut tu nampak sedap. Yang tu pula nampak cute. Yang tu pula nampak best" banyak songeh betul. Semuanya mestilah sedap. Cuma aku je yang banyak komen.

"Ye sayang, kejap lagi kita beli okay. So diam diam" gertak Irfan. Aku pun diam diam tapi tangan tu tak berhenti henti menunjuk donut donut yang dihidangkan disebalik kaca meja.

"Sayang nak yang tu. Lepastu yang tu pula. Sayang mau yang ini lah. Itu lah. Semualah" kata aku. Irfan mengelengkan sejaklah. Terpaksa mengikut kemauan isteri kesayangan.

Semasa membayar aku terperasan yang banyak mata gadis gadis  muda di hujung meja memandang gatal kearah Irfan.

"Abang boleh cepat tak?" soal aku sambil memeluk erat tangannya biar orang tahu yang dia ni milik aku seorang sahaja. Aku perasan yang mata diorang bertukar tajam kearah aku. Do I fucking care?

"Tunggu kejaplah. Banyak juga orang yang membeli Big Apple hari ini. Sampai berbaris" kata Irfan. Aku pun mengangguk mengiyakan. Memang pun. Banyak betul orang hari ini di Big Apple Cafe ini.

"Abang, sayang rasa banyak sangat lah orang perhatikan abang hari ini" jujur dari aku. Memang pun, aku kena juga beritahu Irfan. Manalah tahu dia ada musuh ke kat sini.

"Abang kan hensem. So tak salahlah jadi perhatian kat sini" mahu muntah aku tengok suami aku puji diri sendiri. Tak menipu pun, Irfan kelihatan kacak dengan baju t-shirt hitam nya tu. Rambut dia tu natural flip ke? Pasal dia tambah hensem dengan rambut lebat alah flip ke hadapan dia tu.

"Jangan nak buat lawak okay. Sayang yang risau tahu tak tapi abang pula yang buat lawak" balas aku.

"Risau nak apa? Diorang tengok sahaja kan. Biarlah, bukan diorang kacau kita pun sayang" balas Irfan. Dia ini kan, kita risaukan dia pula yang relax sangat.

"Ok fine" kata aku sebelum memeluk badan. Aku cuba endahkan pandangan budak hingusan itu. Baru sekolah dah gatal nak tengok tengok suami orang.

Aku pun dengan malasnya ke tandas. Mencuci muka dahulu sebelum memandang pantulan diri dihadapan cermin. Baru sahaja aku mahu memusingkan tubuh keluar, ada seseorang menghalang pernafasan aku. Akhirnya aku terlelap seketika dan berharap Irfan datang untuk menyambut aku.

TBC

HAI GAIS, SORRY LAMBAT UPDATE PASAL BUSY DENGAN SEKOLAH. WISH ME LUCK PT3, OKAY. INSYAALLAH AUTHOR UPDATE LAGI NEXT PART. TAK LAMA LAGI DAH NAK HABIS DEAR FLOWERGIRLS STORY INI JADI BERSABAR LAH. AND JANGAN LUPA BACA STORY YANG BARU AUTHOR TULIS KAT PROFIL TAJUKNYA LITTLE SECRET OF ROSE (LSOR) KALAU NAK TAHU LEBIH LANJUT BACALAH. DIJAMIN BEST DAN THRILLER PUNYA.

SINCERELY,
BELOVED AUTHOR

Dear FlowerGirls (E)(C) ✅Where stories live. Discover now