Part 31

2.4K 85 0
                                    

Sebelum mulanya perhimpunan. Aku meronda even aku bukan pengawas tapi aku ingin menolong guru-guru di sekolah ini. Boleh tahan juga masalah displin yang berlaku setiap hari. Boleh dikatakan banyak jugalah.

Sedang santai aku meronda, aku terdengar suara orang dibelakang stor. Belakang stor ini boleh dikatakan tempat lepak group gangster yang kununnya(dikatakan) digeruni ramai. 

Kelihatan Daniel selaku ketua mereka merokok sambil melayan handphone. Dahlah merokok pun macam orang tak yang kusut rabai. Baju dikeluarkan, name tag tak ada, tali leher tak dipakai. Apa nak jadilah diorang ni

"Woi pehal kau kat sini. Dah tak ada tempat nak lepak ke?" Soal Ariana yang agak pedas.

"Ehh ada cik adik cantiklah kat sini. Meh dengan abang" kata Daniel mengejek. Tangannya yang menepuk sebelahnya tanda mengajak duduk. Minta simpang malaikat 44 lah kalau aku nak ikut.

"Better kau pergi ke perhimpunan sekarang sebelum aku yang heret korang berempat" tegas aku memberi arahan. Hilang sudah senyuman manis ditukar menjadi senyuman serupa. Psycho.

"Wow garangnya, ini yang abang suka" ejek Fadhwie. Dia ni pantang nak makan saman. Tunggu tangan bergerak baru nak dengar cakap.

"Well, aku guna cara baik kau taknak, meh sini cik adik tolong ke perhimpunan" kata aku tegas dengan senyuman yang boleh mengerunkan seluruh pelajar mahupun guru di sekolah ini.

Senyuman miang di wajah Daniel dan kawan-kawannya lesap ditukar menjadi takut yang teramat. Langkah Ariana maju perlahan-lahan hingga kehadapan diorang.

Kolar leher diorang serentak ditarik oleh Ariana. Diheret hingga ke depan pentas perhimpunan. Ramai yang menyaksikan persembahan heret itu, muka takut dan simpati terpampang wajah pelajar sekolah.

Pengetua yang berucap berhenti seketika lalu memandang kearah Ariana. Wajahnya serupa psycho yang cantik menahan marah kearah Daniel dan rakan-rakannya. Ditendangnya mereka hingga di hadapan pentas.

Mikrofon yang berada dengan pengetua diambil. Tapi sudah meminta kebenaran pengetua lah.

"Baiklah sini saya mahu memberitahu bahawa mereka saya dapati ponteng perhimpunan dan merokok kat belakang stor. Baru form 3 dah tunjuk belang. Kau nak tengok Ariana yang sisi gelap kau boleh buat kesalahan lagi. Jadi saya mahu beritahu, sesiapa yang saya dapati buat kes lagi kat sekolah yang cemerlang ini. Kau kena hadapi aku" ujar Ariana lalu duduk ke barisan kelas nya kembali.

Cikgu-cikgu yang terkejut selepas mendengar ucapan Ariana memandang tajam kearah Daniel dan rakan-rakannya. Kau cari pasal dengan orang yang salah, dear. Lina dan Aleeya memandang sinis kearah Daniel. Asniza pula acah-acah mengerat leher kearah mereka berempat.

Menahan malu lah diorang. Fireboys dihadapan barisan memandang gerun kearah FlowerGirls. Baru tahu dark side yang disimpan oleh gadis comel itu. GucciLadies yang panas melihat adegan boyfriend tak rasmi diorang memandang musuh ketat mereka.

"Amelia and the geng dah kembali" kata Qaisara sambil meramas rambut panjangnya. GucciLadies mengiyakan kata leader diorang itu. Nampaknya sekolah yang murni ini akan berubah menjadi neraka bagi diorang sebagai pelajar.

Ariana yang terasa diperhati memandang kearah jejaka itu. Irfan tersedar lalu kembali menghadap kehadapan. Entah kebelakang ini perangai dingin Irfan menjadi-jadi.

"Psst, pehal Irfan macam dingin semacam je tu?" Soal Lina. Mungkin dia pun perasaan yang Irfan semakin tidak bertegur dengan kitaorang. Aku pun mengangkat bahu lalu cuma fokus mendengar ucapan guru disiplin.

Selesai perhimpunan aku pergi ke tandas untuk mencuci tangan. Pintu tandas di tendang kuat dari luar. Kelihatan GucciLadies dengan acah gangster nya masuk kedalam.

"Ada pembunuh dah kembali lah gais" ejek Shamirah. Ariana hanya menahan sabar yang bila-bila masa boleh meletup.

"Apasal tandas ini macam bau darah. Mungkin ada orang habis membunuh kot" sindir Qaisara. Tangan jangan cakap. Dah nak melayang kat muka plastik diorang semua.

Muka yang putih melepak itu bertukar merah menyala. Menahan marah yang teramat. Namun otak waras mengatakan tidak untuk membuat masalah. Dengan hati yang panas Ariana keluar dari tempat syaitan itu

Sempat juga dia melanggar bahu minah plastik tu. "Lemah sangat lah tu" ejek Diana. Sengaja suaranya seperti tertelan mikrofon supaya Ariana dengar.

Di kelas habis dimaki hamun semua yang bising. FlowerGirls mengangkat bahu tanda tak tahu apabila FireBoys menanyakan. Ariana yang bengis membuat keputusan untuk melepaskan tekanan.

Tempat lepak asli FlowerGirls. Rooftop sekolah. Angin yang dingin menyapa ke kulit mulus Ariana. Macam semua masalah dilepaskan berlalu bersama angin

Ariana yang tak sedar dilihat oleh Irfan melalui celah pintu. Seperti sebuah masalah di minda Ariana itu. Irfan bukan sengaja bersikap dingin namun ada kepastian daripada siasatan yang dilakukannya. Kalau benda itu betul mungkin tiba masanya untuk dia balas dendamnya.

Setelah masa pembelajaran habis Ariana untuk berdiri lalu turun ke kelas mengambil begnya. Kelihatan FlowerGirls yang setia menunggu walaupun sudah setengah jam berlalu masa tamat pembelajaran. Ramai dah yang balik. Tinggal diorang je.

"Ariana kalau kau ada masalah cuba cerita dengan kitaorang. Mana tahu kitaorang boleh bantu" lembut sopan kata Asniza. Ariana yang mengeluh kasar lalu menangis. Dah tak dapat nak tahan

"Aku dianiayai lagi. Aku bukan pembunuh. Bukan aku yang bunuh. Kenapa semuanya salahkan aku. Perlukah aku terus hidup? Semua orang puas kalau aku mati je"

"Ehh jangan cakap macam tu. Kami perlukan awak. Banyak lagi yang perlukan awak. Ummi,along dan lain-lain. Dah tak mau sedih macam ini" pujuk Aleeya. Aku pun mengesat air mata. Lalu berdiri kembali. Pintu kelas diterjah kasar.

"Psst pembunuh buat drama swasta disinilah gais" sindir Shamirah dengan muka acah takutnya.

"Mungkin ibu bapa dia yang ajar jadi pembunuh kot" ejek Qaisara. Perkataan yang tak sepatutnya dikatakan akhir terluah. Nampaknya Qaisara yang memasukkan dirinya kedalam neraka.

Pang!

Sekali tamparan dapat mengubah Ariana yang normal kepada Amelia yang jahat. Terkejut Qaisara sampai dia terjatuh. Setakat tampar perlahan dah begitu apatah lagi tamparan beraninya

"Kau jangan sampai libatkan parents aku. Jangan bermain dengan api pasal takut kau dibaham Cik Tengku Qaisara. Ini baru yang sikit. Ikutkan hati nak je aku bunuh korang berempat. Yelah aku kan pembunuh. Mestilah membunuh kerja aku kan." Sindir Ariana.

GL yang menampakkan wajah ketakutan diorang lalu cepat melarikan diri namun sempat Ariana menangkap lengan Shamirah.

"Aku lupa tentang kau. Meh sini aku tolong corakkan tangan awak ini" kata Ariana dengan suara yang mengerunkan. Sah seperti psycho yang kejam.

"Jangan kau berani sentuh aku pembunuh aku pastikan kau sengsara kalau kau berani sentuh aku" ugut Shamirah hanya mendatangkan ketawa oleh FG.

FG yang eloknya tadi baik sopan bertukar menjadi mimpi ngeri sekolah diorang.

"Kau habiskan jelah dia ini. Memang tak berhak hidup langsung aku nampak" sindir Aleeya. Kata-katanya itu mengundang ketakutan kepada Shamirah. Tadi bukan main perli sindir orang sekarang baru nak takut

"Berhenti" teriak seseorang dari pintu.

TBC

SORRY GAIS SAYA HIATUS PASAL BARU HABIS EXAM. WISH ME LUCK GAIS. MOGA DAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG. AMIN

KALAU ADA CADANGAN NAK UNTUK JALAN CERITA BOLEH COMMENT DAN SAYA CUBA BUAT JALAN CERITANYA PASAL AUTHOR DAH KEHABISAN IDEA NI. 

BYE SEE YOU SOON. ASSALAMUALAIKUM

Dear FlowerGirls (E)(C) ✅Où les histoires vivent. Découvrez maintenant