Part 28

2.7K 95 0
                                    

Kaki aku atur ke hospital secepatnya setelah mendapat panggilan daripada Aleeya. Kereta BMW aku pecut di lebuhraya tanpa menghiraukan penguna kendaraan yang sedang memaki hamun aku.

Pintu utama hospital aku tolak kuat lalu berlari ke arah kaunter. Nurse bertugas memberitahu tempat wad dia di letakkan. Dengan pantas aku ke lif lalu menekan punat tingkat 12. Sesampai aku di blok wad VVIP, aku terus ke wad 024.

Didalam wad kelihatan Aleeya dan Asniza yang teresak-esak menangis. Wajah Lina yang pucat terlantas diatas katil wad itu aku dekat lalu mengenggam tangannya memberi seluruh kekuatan tenaga untuk melawan sakit. Air mata aku pecah dari empangan. Susah aku untuk berlakon kuat dihadapannya. Ya, aku memang seorang yang lemah.

"Macam mana ini boleh terjadi. Aku pasti ini kes dendam. Memang cari nahaslah diorang. Awas kau" amarah ku membuak menaikkan sifat pendendam aku yang lama terkubur datang kembali.

"Aku pun tak tahu macam mana nak cakap. Mengikut kata polis, Kecelakaan Lina adalah terancang pasal brek kereta dia hilang dan menyebabkan dia terlanggar tiang elektrik" kata Aleeya dengan nada serak.

"Aku rasa aku tahu siapa penyebabnya. Pasal Lina tak mungkin jalan seorang diri melainkan dia dipaksa atau diugut" ujar Asniza.

Aku pun menganggukkan lalu memandang kearah Lina yang masih tak sedarkan diri. Bilik wad ini boleh dikatakan besar dan mewah. Semuanya disiapkan macam TV 45INCI, Aircond high class dan lain-lain

"Jangan risau Lina, aku pastikan penyebab kau begini akan aku kerjakan setimpal yang mereka buat kepada kau. Aku janji" semangat aku berkobar-kobar untuk 'menghabiskan' semua yang terlibat kes ini.

"Dahlah jomlah balik. Malam dah ni. Esok ada aktiviti penting kat sekolah. Kang lambat, kena gula-gula panjang dari cikgu Tarmizi aku taknak." seloroh Asniza. Memang cikgu Tarmizi garang tapi kadang-kadang baik jugalah. Kadang-kadang je.

"Bai Lina. Assalamualaikum" salam aku lalu menolak pintu wad keluar. Sepanjang perjalan, semuanya senyap ditemani gurau senda johara di radio. Sedaya upaya aku menahan lawak mereka akhirnya tersembur semua hambar ketawa riang di penjuru kereta.

"LAWAK SIAL. HAHAHAHAHA" aku pun menahan perut kesakitan akibat terlebih ketawa. Ketawa kami reda. Semua menarik oksigen seperti habis berlari 500 meter. Penat perut.

Kami singgah sekejap di satu gerai mamak famous ini. Kami pun duduk di bahagian tengah. Pelayan lelaki pun datang dengan menu makanan dan minuman ditangannya. Aku pun memesan sama seperti diorang. Kami pun bercerita dan merancang plan revenge semasa menunggu makanan tiba.

Sesampai pelayan itu kembali menghantar pesan kami, sempat lagi dia mengenit mata kearah aku. Aku pun riak menyampah habis. Dia berlalu pergi dan perut ini memainkan lagu rock metal minta diisi.

Sepanjang makan kami senyap kerana begitulah adab kami ketika makan. DILARANG MAKAN SAMBIL BERCAKAP. Tak elok. Selesai makan aku terus ke tandas mencuci tangan. Tiba-tiba iphone aku berbunyi menandakan mesej masuk.

Unknown:
Hahahaha. Seronok lihat kawan kau terlantar di hospital. Nasib aku ada kasihan dekat dia. Kalau tak memang tinggal arwah dia aku kerjakan. Btw ini baru permulaan. Aku nak kau enjoy dahulu sebelum semuanya berakhir dengan kisah sedih kau. Bai see you again teddybear

Sakit hati? Memang aku sakit hati sekarang. Aku tahu siapa yang hampir membahayakan nyawa Lina. Hanya dia yang memanggilku 'teddybear'. Tak lain tak bukan. Dialah AIRIL. Lelaki yang pernah mengecewa hati perasaan aku. Tapi apa kaitan dia dalam kes ini?

"Ariana kau ok? Aku nampak macam bengang giler kau sekarang ni" kata Asniza. Aku pun cuba cover riak wajah

"Aku ok cuba tulah masih lagi fikir tentang Lina. Aku rasa tak sedap hati. Better aku pergi jaga dia. Korang makanlah dulu" aku terus melarikan diri ke wad dimana lina ditempatkan.

Aku mula tak sedap hati. Aku berlari laju ke wad lalu membukanya. Aku terkejut. Lelaki berpakaian serba hitam dan bertopeng cuba mengerat leher Lina dengan pisau lipatnya.

Aku pun tak boleh tahan lagi amarah ni. Kakinya aku tendang hingga kepalanya kuat terhantuk lantai. Pisau ditanganya segera aku tendang. Dia pun pengsan. Aku cuba perlahan-lahan membuka topengnya. Sekali lagi aku terkejut. Memang tekaan aku betul. Airil yang cuba membunuh Lina.

Entah aku tersilap langkah berjaga-jaga, dia sekadar pura-pura pengsan lalu menumbuk muka aku hingga kepala aku terkena buju katil dan bergegas melarikan diri. Penglihatan aku semakin gelap dan kabur. Aku menyentuh dahi aku. Terasa cecair pekat mengalir. Aku pun rebah.

Kepala aku terasa berdenyut-denyut. Sedaya upaya aku cuba membangunkan diri namun hampa. Aku sangat lemah sekarang. Tiba-tiba datang seorang lelaki berkot putih datang kearah aku.

"Ariana. Sila bertenang. Jangan banyak bergerak awak sekarang dalam keadaan tenat. Dari skala 1 hingga 10 bagaimana kondisi awak"

"3"

"Baiklah mungkin awak terlalu lemah kerana hentakan kuat berlaku dari punca otak awak. Saya sarankan jangan buat diri awak banyak berfikir panjang atau tertekan. Banyakkan rehatkan diri. Baiklah saya kena bergegas rawat pesakit lain. Assalamualaikum" aku pun membalas salam doktor.

Pintu bilik wad dibuka dari luar. Seorang lelaki membawa sejambak bunga rose merah bersama coklat ditangannya.

"Sayang sihat? Risau tau saya dapat tahu awak masuk wad. Bagai nak pecah dah hati ini." Ya allah, kenapa manja sangat Irfan ni. Melting habis.

"Alah awak ini. Jatuh tangan je takkan nak risau sangat" bohong aku

"Awak kat jangan risau? Awak tahu tak. Awakkah nyawa saya tau. Awak sakit, saya lagilah sakit." manis katanya. Aku pun boleh diabetes kalau macam ni setiap hari.

"Mulalah tu mengarut. Awak ini ada-ada je. Ada ke saya ni nyawa awak. Sepatutnya nyawa saya, saya punya bukannya awak punya"

"Tak boleh. Awakkan segala-galanya bagi saya. Takkan lah saya tak ambil kira apasal awak. Sebab saya sayangkan awak" ujarnya

Hati ini rasa berbunga sangat. Terharu. Muka jangan cakap. Membahang habis walaupun suhu hospital ini sejuk sangat.

"Ewah-ewah. Bukan main sweet lagi korang. Bercinta-cinta bagai. Aku pun mau bahagia macam korang" seloroh Asniza. Sekali lagi aku rasa membahang blushing.

"Kalau nak pergilah cari jodoh sendiri. Jangan menyebok je."

"Alah siapalah nakkan aku yang jelek ini. Dahlah pendek, gemuk lagi tu" kami berjemaah buat muka menyampah habis. Ayat novel mana kau curi ini asniza?

"Eleh sayakan ada" celah satu suara garau

Aku pun memandang kedua sejoli dihadapan aku. Memang berani sangatlah si Rafiqal Faruq ini. Asniza pun blushing habis. Kami menahan ketawa akhirnya terhabur. Tak leh tahan lagi dah.

TBC

Dear FlowerGirls (E)(C) ✅حيث تعيش القصص. اكتشف الآن