Part 40

2.6K 91 0
                                    

Alangkah megahnya bangunan dihadapan aku ini. Inilah hasil titik peluh along kesayangan aku. TRA Holdings diberi nama kepada syarikat yang semakin naik diatas kemuncak kejayaan. TRA atau ke panjangannya Tengku Raden Amirul sempena nama sebenar along.

Aku buka sahaja pintu utama kelihatan 3 orang pelayan yang datang menyapa. Aku terus ke kaunter pertanyaan.

"Excuse me, where is Mr.Tengku office?" Soal aku kepada penjaga kaunter ini.

"Ohh, you are Tengku sister right? I pun pandai cakap malay jadi tak perlulah english bagai juga. So, Mr.Tengku office kat tingkat 8. Kejap lagi saya akan inform kepada PA Tengku" katanya. Aku mengangguk lalu ke lif. Punat tingkat 8 aku tekan.

Memandangkan minggu ini Along disuruh untuk bertugas disini jadi ambillah kesempatan untuk berjumpa. Bukan selalu boleh berjumpa dengan Along. Kadang kadang je. Along sepatutnya berkhidmat di syarikat kat Jepun sana tapi harini dia disuruh ke sini katanya ada hal urgent.

Dihadapan pintu besar ini aku buka. Tak apa pasal sekarang ini lunch hour. "Assalamualaikum along ku sayang" sapa aku lalu memeluk erat badan along. Makin sado lah along.

"Ehh walaikumsalam adikku manja. Kenapa datang ini?" Soalnya. Aku merengek lalu duduk di kerusi hadapannya. Saja nak bermanja harini sahaja.

"Sajalah along. Tengah bercuti kat sini" bohong aku. Aku taknak beritahu ahli keluarga aku yang lain bahawa aku ini salah satu ejen spy. Memang naya aku dicincang ummi

"Yeke? Mana yang lain?" Soalnya.

"Ada kat hotel berehat" bohong lagi. Maaf along tapi belum masanya untuk berterus terang

Aku terus duduk di paha lalu memeluk lehernya. Jarang dah aku buat begini dengan along. Rindu sangat kat dia. Dia je satu satunya pendengar dan pelindung aku yang aku ada.

Dulu masa aku sekolah, time tu aku masih berkelakuan sebagai nerd sekolah. Aku selalu dibuli namun along juga sebagai penyelamat. Namun tahun seterusnya apabila along dah habis belajar kat situ aku selalu dibuli. Mungkin kerap kot. Selepas itulah aku berubah menjadi Ariana yang sekarang.

"Still manja macam dulu. Susahlah suami Riri nanti layan Riri" seloroh along. Aku tergelak. Dia pun tergelak. Aku lepaskan rindu yang didalam hati ini. Aku peluk dia puas puas.

"Alah Riri rindu alonglah tulah datang sini" kata Aku sambil memandang mata hazelnya. Memang along aku ini handsome sangat. Kalau aku bukan adik dia dah lama aku ajak couple. Hehehe. Nakal tak aku.

"Btw bila balik kat Malaysia?" Soal Along sambil menaikkan kening sebelahnya. Aku tarik muncung kehadapan. Nak merajuklah tu.

"Macam along nak halau je Riri. Yelah siapalah Riri kan nak dirindui" aku buat ayat minta simpati.

"Elehh tak sedar diri tu masih sekolah ada hati nak cuti lama lama" kata Along lepastu mencubit peha gebu aku ini. Aku pakai baju lengan panjang dan seluar lengan panjang tapi yang penting semuanya hitam cause hitam is perfect to me.

"Alahhh along ini baru je nak semangat cuti, along pula spoil" kata aku. Geram juga dengan along aku tarik hidung mancungnya tu.

"Ish apani main hidung sangat" marah along lantas aku balas dengan menjelirkan lidah. Along terus menangkap aku lalu menarik hidung aku.

Cermin dihadapan pintu aku pandang. Merah sangat macam badut. Belum sempat aku balas ada panggilan masuk. Nama Asniza terpampang dihadapan skrin. Aku pun geserkan jari ke tepi skrin.

"Hello, ariana better kau pergi sini. Urgent now" kata Asniza yang agak cemas. Aku pun mematikan panggilan lalu kehadapan along.

"Along Riri balik dulu ada hal sekejap. Assalamualaikum" aku salam tangan along lalu segera keluar dari bangunan 24 tingkat itu.

Sejurus aku sampai, aku terus ditarik oleh Asniza. Dihadapan kantin aku melihat salah seorang junior aku bergaduh dengan junior Asniza. Aku pun bengang lalu maju. Kolar lehernya dari belakang aku tarik.

"Wehh lepaslah sial" marah dia lalu memusingkan badan kebelakang. Dia terkejut dan aku pun senyum. Senyum sinis.

"Apa kau cakap aku tadi? Sial? Hmm kalau aku sial kau arwah? Nak?" Sinis aku bicara. Pucat menyerbu wajah junior aku ini. Tag nama aku baca. Adrian Firdah namanya.

"Sa..ya min.ta maa.f k.ak" tergagap gagap dia berkata. Aku pun tak adalah kejam tapi mulut dia kena diberi pelajaran sikit.

Memandangkan kami sekarang berada di kantin. Aku terus mengambil cili padi yang teramat pedas itu segenggam. "Better kau buka mulut atau aku suruh kau minum air longkang" ugut aku. Dia dengan tak rela hati membuka mulutnya. Aku kasih ngap dia cili pedas itu.

Berair matanya. Tiba tiba aku merasa kasihan juga. Aku pun segera mengambil coke yang sejuk lalu memberi kepadanya. Dia segera membuang cili yang berada di mulut lalu mendongak seteguk ke mulutnya.

"Aku bukan nak jadi kejam tapi itu pengajaran yang sepatutnya kau dapat" aku menepuk bahu. Baru sahaja aku nak gerak tiba tiba nama aku diteriak dari hujung kantin. Aku pun memusingkan badan lalu memandang tajam

"Well well well, look who here? Ratu dingin? Low class langsung" angkuh Bella berkata. Aku pun memeluk tubuh lalu menghadapnya. It seems like she want to start a war.

"Aku memang ratu dingin. Tapi ingat dingin aku boleh membahayakan nyawa engkau bella. Kau jangan fikir dengan kau berkata angkuh aku boleh takut. Aku dah singkirkan sepupu kau tu si Qaisara so lepas ini mungkin engkau lagi Bella" kata aku sambil menolak dahinya.

"Kau fikir aku takut kah? Kau silap. Kali ini aku akan menang" katanya. Aku pun senyumlah. Senyum yang digeruni ramai. Senyum psycho.
"Jangan kau bermain dengan api pasal takut kau akan dibaham" kata aku lalu mencapai segelas air dimeja. Perlahan lahan, hingga kehabisan air itu aku mengalirkan dikepala.

Dia yang seperti terkejut lalu menolak bahu aku. Aku pun benganglah tapi nasib Asniza tahan. Dia pun dari tadi tahan geram terhadap Bella.

"Bella sudah!" Teriak Kak Ainur yang jalan kesini. Aku dengan kak Ainur pun sama perangai. Tapi aku lebih kejam dan dingin berbanding dia. Dia ayu dan lemah lembut.

"Fuhh menyampah aku tengok perampas murahan ini. Apalah kau jampi si Farish sampai dia nak sama kau" sindir Bella.

Belum sempat kak Ainur angkat tangan aku sudah merasmikan pipinya dahulu. Menahan perit dia memegang pipi yang kemerahan itu.

"Apasal nak lagi?" Aku menanyakan lalu menolaknya. Dah nak meletup dada menahan geram ini.

'Memang nahaslah kali ini aku' bisik bella dalam hati. Aku pun yang mahu maju tiba tiba berhenti apabila sekali lagi nama aku dilaungkan. Famous kan aku.

"TENGKU ARIANA AMELIA" teriak dia sambil memeluk tubuh dan senyum sinis. 'Nice to meet you again. QAISARA' bisik aku dalam hati.

TBC

Dear FlowerGirls (E)(C) ✅Where stories live. Discover now