Part 41

2.5K 88 2
                                    

"Tak sangka kau datang sini kembali yah" kata aku sinis memandang dia tajam.

"Alah kau cari pasal dengan keluarga aku, kau kena berhadapan dengan aku" katanya sambil flip hair kebelakang. Serius aku takut kutu dia berterbangan.

"COUSIN kau yang cari pasal duluan. Aku on je kalau nak war" perkataan cousin itu sengaja aku tekan. Aku memandang dingin kearah Bella yang agak ketakutan dibelakang Qaisara

"Ohh ya? Ada aku kesah?" Sindir Qaisara. Aku terus mengalihkan pandangan tajam kearahnya. Fuhh berani gila dia sindir aku. Hari tu bukan main merayu minta maaf bagai.

"Aku tak suruh kau ambil kesah pun. Kau je yang terhegeh hegeh stalker aku" lantas aku membalas sindir yang tak panas sangat bagi aku.

"Kau!" Bengang Qaisara ingin menampar aku. Aku pun dengan rela hati memberikan kerana..
Belum sempat dia mengangkat tangan, Kak Ainur terus menolak dia kebelakang. Aku senyum sinis lalu maju.

Pang! Aku senyum kemenangan. Pipi yang kemerahan itu dia sentuh. Sedap makan penampar aku?.

"Aku dah warning kau tapi kau yang cari masalah. Ini baru sedikit dah mundur. Dasar pengecut" aku terus pergi meninggalkan dia yang terduduk di lantai bercorak marble black&white itu.

"Wow, Ariana akak makin garang lah" seloroh Kak Ainur sambil menjongketkan keningnya. Aku pun senyum nipis sahaja.

"Biar dia tahu siapa Ariana yang dark side" kata aku lalu berjalan ke taman. Di taman ada sekuntum bunga mawar yang berlainan warna antara yang lain. Bunga itu sahaja berwarna putih manakala yang lain berwarna merah darah.

Aku cuba mendekati bunga itu. Menarik. Tiba tiba bahu aku terasa disentuh dari belakang. Aku pun memusingkan badan ke belakang. Kelihatan kak Ainur bersama Abang Faris. (Nama yang abang farish idham itu akan ditukar kepada Faris Izzat. Hehehe akak ainur yang suruh ;D)

"Ariana. Akak tahu Ariana ada masalah sekarang. Buktinya, Ariana hanya ke sini kalau ada masalah sahaja" kata Kak Ainur sambil mengosok(?) bahu aku. Abang Faris memandang aku sayu. Mereka berdua memang aku anggap seperti abang dan akak kandung aku.

"Ariana tak tahan akak. Ariana difitnah akak. Ariana dah bagi semua harapan kat dia namun dia senang sahaja masuk kedalam perangkap orang. Difitnah Ariana yang membunuh Isya. Isya tu bekas makwe nya. Namun dia yang minta putus dengan Isya dengan alasan sahaja nak mainkan perasaan Isya. Ariana pun tak faham semua ini. Ariana tahu siapa yang tabur fitnah ini semua" kata aku. Langsung tiada air mata lagi yang mampu menitis. Aki rasa aku semakin tabah sekarang.

Kak Ainur memeluk aku lalu memberi motivasi. Aku gembira mempunyai diorang. Abang Faris yang handsome perfect memang sesuai dengan Akak Ainur yang cantik dan baik hati itu.

Sepanjang borak biasa aku rasa diri ini dah mampu untuk move on. Alhamdulliah. Hampir sejam kami bercerita aku terus meminta diri untuk balik ke bilik.

Di bilik kelihatan Aleeya,Asniza dan Lina yang sibuk melayan kdrama diorang dengan snack yang banyak di meja rehat. Aku geleng kepala lalu ke bilik.

Fuhh harini penat sangat. Aku rasa drama aku lebih hebat dari kdrama. Hehehe. Tapi macam mana Qaisara boleh masuk balik kat sini?. It must be impossible. Tak mungkin dia. Aku mengekup mulut alangkah terkejut
Kebetulan sahaja itu Ariana. Jangan fikir.

Aku memandang telefon yang berdering. Nama along terpampang. "Assalamualaikum Riri ku sayang" salam along aku balas.

"Walaikumsalam juga along ku jelek" aku ketawa kecil di hujung talian.

"Along awak ini handsome lah kenapa pulak jelek. Riri lah yang jelek dahlah bau busuk." Kata along. Aku mula cemberut.

"Apani tak. Kenapa call?" Aku terus straight to the point.

"Sahaja nak lepas rindu. Yelah kalau Riri nak Along memang berjanggut lah along menunggu." Kata along sambil nada merajuknya.

"Tahulah kredit dia banyak tak macam kita yang pokai" kata aku sengaja aku meraih simpati untuk diisikan kredit daripada dia.

"Lah kenapa tak kata. Nanti along hantar duit kat Riri" kata Along. Ini yang aku sayang along. Semua yang aku minta selalu dibagi namun aku meminta apabila perlu sahaja. Taknak gadaikan kasih sayang dengan duit ini semua

"Along, hal kerja ok?" Soal aku sengaja nak tukar topik

"Semua dah ok nanti petang baru along balik semula kat jepun sana. Nanti Riri lawatlah along kat Jepun. Best sangat" kata along. Mata aku bersinar sinar.

"Nak nak nak tapi tak lama lagi sekolah" kata aku.

"Alah nantilah cuti" pujuk along. Aku mengangguk lalu memberitahu along untuk mematikan panggilan.

Mata aku terus melihat ke luar tingkap. Kelihatan Qaisara yang mencurigakan di hadapan taman. Aku terus mengambil kasut lalu turun ke bawah.

Di sebalik dinding aku mengintip Qaisara yang sibuk bercakap dengan seseorang. Bait katanya tak seberapa jelas kerana dia seperti berbisik.

Namun ayat itu macam membuat aku terkejut.

"Joe, aku dah masuk kat sini. Kejap lagi nahas lah aku kerjakan dia tu." Kata Qaisara. Aku bengang lalu keluar dari tempat itu.

"Wow hebat game korang ye nak bunuh aku" kata aku sambil memandang sinis kearah dua keorang itu.

"Lama tak jumpa dengan kau, Dear FlowerGirls" sinis joe berkata. Aku pun majulah setapak kearah mereka sambil memeluk tubuh.

"Heroin malaya dah sampailah" sindir Qaisara. Aku memandang tajam kearahnya.

"Woi kecundang abadi" teriak seseorang dari belakang aku lalu aku pun memusingkan badan kebelakang. Kelihatan Kak Ainur, BB dan FG yang lain.

Aku menahan ketawa. Memang Qaisara dan Joe kecundang abadi. Aku mengangkat ibu jari kepada Asniza.

Joe dan Qaisara mula berasa takut ingin melarikan diri namun sempat aku menahan tangan Qaisara dan membiarkan Joe pergi sendirian

"Mana kau nak lari ah?" Sindir aku memandang dia tajam. Qaisara mulai teramat takut. Aku memulas pergelangan tangannya ke belakang.

Aku bawa dia kepada sepupu kesayangannya.

"Woi" teriak kepada Bellas yang sibuk buat gosip murahan diorang.

"APA KAU BUAT DENGAN DIA AHH!" Teriak Bella langsung aku buat tak endah.

"Macam mana dia masuk?" Aku terus straight to the point. Malas nak berselindung lagi.

"Manalah aku tahu" kata Bella manakala matanya memandang kearah lain. Sah takut nak membalas pandangan tajam aku.

"Aku tahulah ini kerja kau better kau mengaku jelah sebelum mampus kau ditangan aku" kata aku. Tangan Qaisara aku ikat mengunakan tali kasut di tiang lampu sebelah aku.

Aku maju kehadapan kearah mereka berempat. Semua menunjukkan wajah takut mereka.

"Aku tanya sekali lagi. Kalau kau tak jawap memang nahas kau aku kerjakan" aku menarik rambutnya. Bengang sangat dah ini.

"Siapa punya kerja ini?" Soal aku dengan nada tegas. Dia menahan tangis langsung tak membuat aku kasihan. Buat cara kasar baru boleh tundukkan perempuan ini.

"Aku" serak suaranya berkata. Belum sempat aku menjawab tiba tiba aku terdengar suara tembakan dari belakang berserta teriakan dari Asniza dan kak Ainur.

"ARIANA!" Teriak diorang namun pandangan aku semakin kabur dan gelap. Aku pun rebah dipangkuan seseorang.

TBC

Dear FlowerGirls (E)(C) ✅Where stories live. Discover now