Part 56

2.1K 87 1
                                    

Seharian lenguh badan temankan kekasih hati dating. Entah dah berapa plastik bag berjenama aku bawa sekarang ni. Aku bukan pisau cukur. Berkali kali aku cuba menolak untuk dia membelanjakan aku barang barang berjenama ini.

"Ish kan banyak dah ni. Bukannya saya nak pakai semua ni" rungut ku. Irfan buat tak dengar hanya fokus membelek dress yang tergantung. Memanglah dia anak jutawan. Suka hati je nak belanja orang barang branded. Aku pun boleh belilah.

"Irfan cukup dah barang barang ni, lenguh sayang nak angkat semuanya" hampir aku menangis di dalam kedai dress itu. Irfan nak perli aku agak agaklah. Tahulah aku ni kaki shopping, tapi tak payahlah sampai nak borong semua benda kat kompleks shopping ni. Orang lain pun nak beli.

"Bagi je kat Shamsul. Dia okay je tapi sayang mengada gada nak angkat semuanya" perli Irfan sambil mengangkat dress pink pastel itu lalu diukurkan kat badan aku.

Aku memandang kat shamsul yang berkerja sebagai bodyguard Irfan untuk hari ni sahaja katanya. Berat hati aku nak beri separuh pembelajaan tadi kepada shamsul. Malu nak minta tolong.

"Sayang ini okay tak?" Soal Irfan dengan memegang dress labuh macam Cinderella punya tetapi warna hitam. Aku mengangguk pasal mengena cita rasa aku. Susah nak tolak rezeki.

"Semua ni untuk apa?" Soal aku. Irfan nampak segak memakai hoodie kegemaran dia. Melting kejap. Irfan senyum. Aku mengerutkan dahi.

"Adalah" eh elek mamat ni nak berahsia pula. Aku tunjuk protes merajuk terus meninggalkan dia yang sibuk membayar dress tadi. Lantaklah dia, suka sangat nak berahsia.

Aku terus berjalan hinggalah di parking lot. Aku menekan punat kunci kereta lalu membuka pintu. Beg plastik berjenama tadi aku letak di tempat duduk belakang. Perlahan lahan kereta Mercedes itu mundur keluar dari perkarangan parking.

Akhirnya sampai juga di destinasi, rumah Queen House. Aku meletakkan kunci kereta ku kedalam rak kunci. Pintu bilik aku buka lalu membiarkan beg plastik yang banyak diletakkan sebelah meja mekap.

Baru je nak ke katil empuk, tiba tiba loceng rumah berbunyi seketika. Aku dengan malasnya bangun dari pembaringan.

Aku membuka pintu secara kasar lalu ke pagar yang terkunci. Aku mengerut dahi menahan panasnya terik matahari ini.

"Apa lagi awak nak?" Soal aku berpeluk tubuh memandang kearah lain tanda merajuk. Dia ketawa. Aku mengerut dahi memandang dia. Dah gila kot mamat ni.

"Alahai macam budak budak sahaja. Kat sekolah jadi kak long tapi kat rumah pula jadi budak kecil yang kuat merajuk" sindir Irfan. Aku membuka pagar untuk dia. Atleast aku tak kejam sangat nak dera anak orang.

Di ruang tamu Irfan terus duduk sofa single hadapan tv. Aku ke dapur menyediakan minuman untuk Irfan. Kasihan dia berpeluh tadi, tapi tambah mengoda. Aik Ariana pandai dah mengatal tenung anak teruna orang.

Air oren aku tuangkan kedalam mug bersama sepotong kek batik. Irfan tak leka memandang aku yang membawa dulang air oren tadi. Boleh jadi Isteri Mithali dah.

"Apa yang nak cakap sebenarnya?" Soal aku tanpa berdahli. Irfan minum seketika sebelum memandang kearah aku.

"Irfan beli semua tu pasal malam ni Irfan nak bawa sayang ke family dinner keluarga irfan" kata Irfan. That means, aku akan berjumpa dengan mak bapa mertua aku. Ehh salah, mak bapa Irfan. ihakk.

"Kenapa pula nak ajak sayang. It's was your family dinner" rungut aku. Malu lah nak datang dinner family Irfan. Aku ni bukannya sama darjat dengan keluarga Irfan. Diorang tengku berdarah melayu, aku tengku tetapi berdarah diraja british.

"Alah nanti future kan sayang salah satu dalam family ni nanti. Katanya, future wife lah" sakat Irfan. Dia ni aku tengah serius boleh pula gelak ketawa.

Aku terus menghantar Irfan hingga di hadapan pagar rumah. Dia senyum manis kearah aku sebelum meloloskan diri kedalam keretanya. Alahai jantung buat hal pula.

---SKIP---

Rasa gementar mula aku rasakan. Cermin besar aku pandang seraya membelek dress hitam cinderella yang tadi dibeli Irfan. Cantik juga aku malam ni. ihak puji diri sendiri.

"Wow cantiknya kawan aku ni" puji Asniza sambil memandang dress yang aku pakai. Janganlah puji takut nanti aku terbang kang.

"Kau nak kemana?" Soal Aleeya. Aku senyum kearah mereka bertiga yang memandang aku pelik.

"Ke family dinner Irfan" excited kejap. Diorang bertiga membesar mata memandang aku. Untunglah dapat jemputan.

Lamunan kami berempat berhenti apabila bunyi loceng rumah bergema. Gemuruh dan gementar datang kembali.

Irfan yang berpakaian formal menaikkan lagi kekacakan dia. Seragam pula pakaian kami. Hitam kedua duanya.

"Meh sini kejap" panggil Irfan. Aku pun turut jelah. Dia mengeluarkan iphone X dia. Update sangat. Aku baru ip 7 plus tapi dia dah update daripada aku

Banyak juga selfie yang kami ambil. Irfan secara senyap mengambil gambar aku memandang kearah lain. Pintu kereta sebelah pemandu aku dibukakan oleh Irfan. Acah sweet kejap.

Sejuk pula tangan ni. Akhirnya kami sampai di Hotel terkenal itu. Lotus hotel. Hotel yang bertaraf 7 bintang. Hotel ini terkenal kerana hanya dua hotel bertaraf 7 bintang di dunia ni dan akhirnya aku dapat juga pergi ke salah satunya.

Aku memandang kelibat orang tua yang pertengahan umur itu dan seorang gadis yang kelihatan lebih muda daripada aku. Gementarnya.

Aku dapat rasakan tangan aku sedikit bergegar. Irfan duduk di sebelah aku.

TBC

SORRY KALAU PENDEK JE UPDATE. INI PUN HASIL SELEPAS MEMIKIRKAN BERIBU KALI. MEMANDANGKAN KAWAN AUTHOR SURUH UPDATE.

VOTE AND COMMENT GAIS

FROM,
BELOVED AUTHOR

Dear FlowerGirls (E)(C) ✅Where stories live. Discover now