Part 61

2.1K 73 3
                                    

Gelap gelita. Bilik yang hanya diterangi lampu jalan melalui tingkap. Pergerakan aku terhalang dengan gari besi ni semua. Dah 4 hari aku tak mandi.

Entah bagaimana aku tersedar dengan gaun kahwin aku. Tapi sekarang gaun ni sedikit kotor terkena habuk kotoran bilik usang ni. Boleh dikatakan aku dikurung di sebuah rumah usang yang sepertinya di tengah hutan.

Lapar dan dahaga itu aku tahan. Air mata terasa penat untuk mengalir. Aku rindu Irfan. Ya Allah, tolong hamba mu ini. Tangan dan kaki aku di gari besi yang agak besar dan menyukarkan aku untuk bergerak.

Secara mengecut pintu dibuka kasar. Datang seseorang bertopeng datang bersama sebaldi air panas. Aku semakin takut lalu mundur hinggalah belakang ku terlanggar dinding.

'Dia' membuka topeng. Wajah penuh kebencian itu memandang aku sebelum mengambil baldi yang dipenuhi air panas tadi. Aku gelabah cuba melarikan dari tapi hampa tak dapat.

Air panas itu mengalir perlahan ke tangan aku. Ya Allah, sakitnya tak terhingga. Air mata aku mula mengalir laju dari tubir mata. Tangan aku mula berubah merah dan melecur. 'Dia' tersenyum senang kearah aku.

"Tolong berhenti, berhenti Qaisara. Aku tak boleh tahan. Please, sakit" rayu aku. Qaisara menambah lagi air panas ketangan aku. Bilik yang tadinya sunyi dipenuhi teriak kesakitan aku.

Akhirnya Qaisara berhenti sebelum menampar pipi aku. Pedih dan pitam. Badan aku semakin lemah. Itu yang terjadi sepanjang 4 hari ini, setiap hari dipenuhi siksaan Qaisara.

Kemarin tangan kiri aku dihiris tak seberapa dalam tapi mengeluarkan darah yang banyak. Dia mengulangkan perbuatannya hinggalah dia puas dan dibuat sebab dendamnya.

Lenguh badan aku. Rasa macam tak berdaya dah nak bergerak. Mampukah Irfan melihat diri aku yang hampir seluruh badan terluka? Hanya yang tinggal di dada ialah doa dan harapan.

---MEANWHILE---

Irfan yang bermundar mandir di ruang tamu cuba menenangkan hati gusar gelisah. Mana tak ya buah hati tersayang hilang tanpa khabar.

Semua berkumpul di ruang tamu termasuklah FG,FB dan keluarga Irfan dan Ariana. Aleeya cuba meredakan tangisan ummi. Anak tersayangnya hilang begitu sahaja.

Along yang dari tadi meraut rambutnya pening untuk memikirkan cara untuk adik nya itu. Tak masuk akal langsung Ariana hilang begitu sahaja.

Lina, Asniza dan Aleeya berfikir bahawa semua ini mungkin ada kena mengena dengan musuh ketat diorang, GL. Dengan pantas mereka bertiga keluar dari rumah lalu naik ke kereta masing masing dengan berharap dapat jumpa kawan karibnya itu. Diorang taknak kejadian Isya terjadi kembali kepada Ariana.

---ARIANA P.O.V---

Tangan aku masih terasa pedih. Aku mengerut dahi menahan sakit. Dengan tenaga yang tersisa aku cuba duduk dari baringan. Gaun yang dulunya putih bersih sekarang merah akibat darah aku yang mengalir.

Rantai yang berada di leher aku buka lalu meletakkan di tangan lalu digengam sebelum melemparnya ke luar tingkap. Rantai itu pun jatuh ke lantai hutan.

Perut aku kembali sakit akibat lapar. Tekak aku pedih tidak minum hingga aku rasa tak boleh bercakap dah. Rasa penat dah macam kebiasaan bagi ku.

Mata aku terpandang kearah pin rambut usang di hujung bilik. Nasib lah aku ni bekas spy, berhati hati aku mendekati pin rambut itu.

Dengan ilmu yang berada di minda akhirnya aku selamat dari genggaman gari itu. Time to revenge baby.

Separuh baldi air panas tadi aku ambil lalu bawa bersama keluar dari bilik. Apabila aku melihat Qaisara yang nyenyak didalam kereta, langsung tanpa menunggu lama aku membuka pintu lalu menyimbah air panas itu keseluruh badan dia. Bagus sikit supaya dosa dia dihisap sedikit.

Secara mengejut juga Qaisara bangun dan berteriak manakala aku tersenyum gembira. Telefon Qaisara yang berada di dashboard aku ambil lalu mendail number Irfan.

Selesai sahaja aku terus ingin menghidupkan engin namun Qaisara dengan pantas membuka pintu dan menarik aku keluar. Pergaduhan terjadi dan tanpa aku sedar pisau mula mencucuk perut ku.

Sakit aku cuba tahan namun darah mengalir secara desar. Tak guna punya Qaisara. Dia menerus tugas dengan menghempap kepala aku di batu batuan. Darah berlumuran dimana mana.

Pandangan aku semakin gelap sebelum aku mendengar bunyi teriakan dan siren polis bergema di telinga. Akhirnya aku rebah bersama gambar Irfan di tangan.

---SKIP---

Irfan mengambil sekuntum bunga yang berada di belakang rumahnya lalu menghirup wangian bunga ros merah darah itu. Rindu dia terhadap Ariana semakin bertambah dikian hari.

---FLASHBACK---

"Berhenti Cik Qaisara" teriak salah satu anggota polis itu. Dengan pantas Irfan maju ingin mendapat sekujur tubuh yang lemah menyembah tanah namun sempat dihalang oleh pihak polis.

Selepas kejadian itu, Qaisara ditahan atas kesalahan yang dia lakukan. Ariana disahkan koma dan hingga sekarang tak sedarkan diri. Luluh hati semua apabila mendengar berita malang itu. Terutamanya, Irfan

Doktor kata ada peluang untuk Ariana bangun namun akan menjejaskan ingatannya. Irfan sedaya upaya bertawakal tabah menghadapi ujian ini. Mungkin ada hidayah sebalik semua ini.

TBC
SORRY KALAU BAB INI AGAK BOSAN AND MUNGKIN JUGA AUTHOR LAMBAT UPDATE LEPAS NI CAUSE HP MENGANJING GUNG GUNG GUNG. KEPADA WARGA TAWAU, JANGAN LUPA DATANG KE KARNIVAL SMK TAWAU PADA TANGGAL 24/2. DATANGLAH BERAMAI RAMAI KERANA TERBUKA UNTUK ORANG AWAM

FROM,
BELOVED AUTHOR

Dear FlowerGirls (E)(C) ✅Where stories live. Discover now