Part 62

2.2K 86 3
                                    

Mata terasa berat untuk dibuka namun dengan tenaga yang tersisa aku cuba gagahkan diri. Lenguh dan sakit menguasai badan aku. Semua pandangan tertumpukan warna keputihan dan aroma ubat menyapa deria hidung.

Wajar berwarna semua berada di sekeliling badan. Kelihatan lelaki yang agak kacak bersama wanita tua dan lelaki pertengahan abad memerhati kearah aku. Pelik. Itu aku rasa sekarang

"Maaf, encik dan puan ni siapa?" soal aku. Wajah diorang yang tadinya happy bertukar kendur. Aku ada salah cakap ke? Betullah aku tak tahu siapa diorang ni.

"Ini ummi sayang, Takkan Riri tak ingat?" soal wanita itu. Aku mula ingat samar wajah wanita ini. Aku terus memeluk ummi dengan ketat. Air mata Ummi mengalir deras hingga belakang aku basah kuyup

"Awak ingat saya tak?" soal lelaki itu. Aku mengelengkan kepala. Aku betul betul tak dapat ingat siapa lelaki ni. Dia senyum nipis namun riaknya seperti kecewa dan hampa. Aku buat tak perasan jelah. Maybe lelaki tu dokter bertugas.

"Sayang Riri, itu suami Riri, Irfan" kata Ummi sambil menunjuk kearah lelaki tadi. Aku mengerut dahi. Sejak bila aku kahwin ni?

"Tak mungkin, Riri belum kahwinlah ummi" tegas aku berkata sambil memandang Irfan dan ummi penuh dengan tanda tanya. Ini semua mustahil terjadi. Aku masih muda. Tak kanlah aku dah kahwin. Kalau kahwin pun kenapa aku tak boleh ingat?

"Betul sayang itu suami kamu" ummi tetap tak mengalah. Kepala aku semakin sakit dan berdenyut denyut namun tetap aku tak dapat terima kenyataan ini.

Muka dia boleh tahan hensem macam kacukan. Putih dan tinggi lampai sesuai dengan style lelaki idaman aku. Heaven kot kalau aku kahwin dengan lelaki ini. Dia turut memandang aku tetapi debgan riak yang muram dan kelam.

Akhirnya aku pasrah. Kalau betul dia suami aku mesti dia tahu apa sebenarnya yang terjadi sampai aku tak dapat ingat langsung.

"Ummi mana kawan-kawan Riri?" soal aku. Ummi mengangkat bahu. Aku kembali muram dan sedih. Sampai hati diorang tak nak jumpa aku yang terlantar di hospital.

Tiba tiba pintu wad privasi aku dibuka dan muncul tiga minah kesayangan aku. My fellow FlowerGirls. Aku senyum hingga ke telinga. Aleeya menghulurkan aku sebakul buah buahan manakala Asniza memberikan sejambak bunga ros merah. And the most favourite is Lina membawa Coklat yang baik sangat. Ini yang bikin aku semakin sayang kat diorang.

Aku buat huge hug dengan diorang tak menghiraukan Irfan yang masih memandang aku. Merajuk lah tu aku buat tak layan. Aku masih perlukan bukti yang dia suami aku. Kenal pun tidak tup tap tup tap dah jadi suami. Nasib aku tak ada heart attack. Atau aku yang hilang ingatan?

"Rindu siot nak jumpa kau" adu Asniza. Aku pun mengiyakan sahaja. Asniza dan Lina serentak memandang Irfan yang berada dihadapan pintu

"Kenapa suami engkau, kau buat tak layan?" soal Lina. Aku mengerutkan dahi. Aik. Diorang pun kata aku dah suami. Yang mana patut aku percaya sekarang ni?.

"Betul ke aku dah kahwin?" soal aku kepada diorang bertiga. Serentak itu juga diorang menganggukkan kepala. Aku semakin pening. Kusut bruh. Bangun sahaja terus orang cakap yang aku dah kahwin. Rasa macam nak pengsan balik.

"Kau mengalami Amnesia, tu yang sampai suami sendiri pun tak ingat" kata Aleeya. Sah memang aku ni amnesia. Aku memandang kasihan kearah Irfan.

Yang lain aku suruh keluar dahulu supaya aku boleh talk face to face dengan suami terchenta secara privasi. Ihak.

"Hai sayang" sapa Irfan memecahkan sunyi. Aku perhatikan Irfan dah atas hingga kebawah. 'Kalau betul dia suami aku, bertuah siot!' monolog aku dalam hati.

"Hai too" malu malu aku menjawab. Tapi aku memberi senyuman manis semanis madu kepadanya. Hati aku berdegup laju apabila dia senyum kembali. Bayangkan suami korang tu comel then tambah lagi macho then plus kacak lepastu macam model. Heaven perfect sangat dah. Gatal aik Ariana lepas amnesia.

"Sayang ada rasa sakit ke? Kalau ada beritahu. Meh abang tengok" kata dia. Omg caringnyaaa. Hati please jangan terlalu laju takut terbang pula. Dia senyum cair aku mengalahkan ice cream. Meh Ariana usik sikit cik abang kita.

Aku pura pura sakit kat perut. Then tak sengaja aku betul betul rasa sakit kat perut. Tadi nak main sangat sekarang kan dah betul betul kena. Nak menangis je rasanya. Pedih sakit lagi tu.

Risau Irfan melihat isteri dia kesakitan terus memanggil Doktor yang bertugas. Nasib kau lah Ariana dapat suami serba perfect. Bangga kejap.

"Ehh tak perlulah panggil doktor, sakit sikit je ni" kata aku. Aku tersengih sengih memandang Irfan.

"Sakit sikit sayang kata? Tu sampai nak terguling dari katil abang tengok" kata Irfan dengan nada cemas. Aku menepuk dahi. Boleh sempurna hidup aku dengan dia ni. Akhirnya Irfan mengalah juga apabila aku pujuk.

"Abang, sayang nak minta sikit boleh tak?" soal aku berhati hati. Kang dia kata tidak, malu tujuh keturunan aku. Nasib Irfan mengangguk dan senyum. (Senyum tu bonus okay) Ini lah masa untuk aku manja sikit dengan Irfan

"Nak makan mcd burger please" rayu aku. Harap dia boleh belikan. Aku nak sangat makan Big Mac burger sekarang. Harap dia memahami aku.

"Tak boleh pasal makanan macam tu boleh menjejaskan kesihatan sayang. Abang tak benarkan sayang makan makanan begitu. Kalau nak tunggu dah sihat" kata tegas Irfan. Ni yang buat aku nak merajuk. Cehh. Bersyukur lah kau Ariana author bagi suami caring macam Irfan. Ikutkan hati nak je buat sad ending hehe. Just kidding.

"Alah please sayang nak sangat makan burger tu" aku still tak putus asa nak berharap supaya Irfan benarkan. Kedengaran keluhan halus dari Irfan.

"Alright tapi ni kali terakhir okay makan fast food" amaran Irfan aku buat tak dengar. Asalkan beta dapat rasa McDonald punya burger dah cukup.

Dengan segera Irfan keluar dari wad untuk membelikan princess nya makanan burger itu dengan hati yang tak seberapa rela. Ariana hanya menghantar Irfan dengan pandangan sahaja hingga ke hadapan pintu wad. Lepastu aku memejamkan mata akibat ngantuk sangat. Pengaruh ubat kot atau aku ni memang habit macam ni. Entahlah

TBC

SWEET SIOT DIORANG TU SAMPAI AUTHOR PULA JELES DOH. HM JELAH. BTW STORY INI DAH NAK SAMPAI KE ENDING. SO RINGANKAN TANGAN UNTUK VOTE DAN COMMENT PASAL ITU DAPAT MENAIKAN SEMANGAT AUTHOR UNTUK UPDATE LAGI. K BYE MUAHHH

FROM,
YOUR BELOVED AUTHOR

Dear FlowerGirls (E)(C) ✅Where stories live. Discover now