Part 55

2.3K 91 0
                                    

Aku sumpah seranah dalam hati kepada tiga manusia hadapan aku. Hampir aku nak sakit jantung akibat terkejut. Bertuah punya kawan.

Aku memandang tajam kearah Lina,Aleeya dan Asniza. Fikir diorang lucu lah nak kenakan aku. Memang diorang dah lama hidup kot. Aku memeluk tubuh menjeling wajah wajah yang tunduk bersalah.

"Korang fikir lawak ke buat macam tadi. Kalau aku arwah tadi macam mana?" Sinis soalan ku. Diorang terus mengangkat kepala memandang aku dengan mata terbuka luas macam kucing puss in boots.

"Alah sorrylah kitaorang buat untuk ceriakan kau" ada ada je alasan kawan aku ni. Aku menaikkan sebelah kening macam ziana zain. Ceriakan aku ke nak bunuh aku?.

"Apa apa jelah" malas nak panjangkan masalah aku terus kembali ke bilik. Bersiap untuk esok hari. Baju sukan yang kotor aku letakkan di bakul hadapan closet.

Iphone aku hidupkan lalu letakkan diatas meja. Aku memandang nofication yang masuk. Semuanya miss call dan mesej. Ada juga surat cinta dari Maxis. Ihak.

Apa sebenarnya yang Irfan mahu. Dia pinggirkan aku tapi dalam masa yang sama dia nak aku tetap di setia disisinya. Dia fikir aku patung ke tiada perasaan?.

Ini lagi satu, mamat pscyho yang tak pernah makan saman. Dia yang dulu beria putus sekarang mengejar balik cinta dia yang dah basi. Memang sah dapat julukan psycho pasal dia gila. Gila dengan nafsu cinta sendiri.

Apabila hati merasa perasaan sayang, susah untuk dinafikan. Biarlah takdir tentukan semuanya. Aku dah penat untuk pertahankan dan terus setia di sisinya.

"Awat temenung panjang. Macam nak tembus iphone tu kau pandang" terjah Asniza. Dia ni masih tak mau dengar cakap. Aku tak suka di terjah. Terkejut tau tak.

"Kau ni pun kalau masuk beri salam sikit. Ingat rumah ni penghuninya islam" sindir ku. Asniza mengaru keningnya tanda janggal. Dia keluar kembali lalu memberi salam. Aku pun membalas salam tu.

"Kan elok kalau begitu" Asniza mengangguk sebelum duduk di sebelah ku. Aku memandang Asniza dengan pandangan pelik. Dia seperti teragak agak memberitahu sesuatu.

"Cakap jelah atau kau nak jadi patung cendana kat sini?" marah aku. Dia ni nak bisu seharian ke?. Meh kak Ariana tolong.

"Tadi kat sekolah kan. Farhan cari kau. Dia tanya kitaorang tapi aku cakap kau sakit. Aku tak perasan yang Irfan kat situ. Irfan marah pasal Farhan ambil kisah tentang kau. Pertamanya Irfan warning Farhan tapi Farhan degil tak dengar cakap. So Irfan bengang then terjadi perbalahan antara diorang dua. And Aleeya yang hentikan. Dia tendang perut mamat dua orang tu sebab buat sepah kat meja dia." Aku ketawa part Aleeya tendang perut diorang. Tulah pergi sekolah belajar bukan bergaduh. Ariana tak sedar diri sama je dengan kau.

"Tulah balasan nya bergaduh lagi dengan meja Aleeya. Kan kawan aku tu dah mengamuk baru nak diam" sindir aku. Rasa lucu pula Aleeya yang ayu menendang perut perut dua mamat tegap perfect tu. Eww terpuji pula.

"Ish kau ni sepatutnya kasihan. Diorang begitu disebabkan ambil kesah kat kau. Ini duk sindir bagai kenapa?" Kata Asniza. Betul juga Asniza cakap. Tapi still bukan aku yang minta perhatian lebih dari diorang.

"Ada satu lagi nak aku bagitahu" kata Asniza. Aku kembali fokus mendengar apa yang akan disampaikan boleh dia.

"Minggu depan sekolah buat camping kat Sabah. Katanya sempena merehatkan minda. Tapi best juga pasal first time sekolah kita buat kat Sabah. Cikgu Fairus kata kita camping kat bahagian hutan." Kata Asniza. Argh struggle sangat. Apa yang perlu aku bawa. Aku manalah tahu benda untuk camping ni semua. Selalunya along yang sediakan. Adik manjakan.

"Wehh nanti tolong aku packing. Aku manalah tahu benda apa yang disuruh bawa" Asniza mengangguk sebelum keluar dari bilik aku. Katanya ada hal dia perlu urus di bilik tidurnya. Aku tahu urusan apa, Urusan ngantuk lah.

Jam baru menunjukkan pukul 5 petang. Mendung sahaja langit aku pandang. Sejuk dingin pula aku rasa. Aku mengambil sweater tebat untuk aku balut diri ku.

Sweater pink elok di badan ku membantu untuk menebat haba. Kurang dah rasa dingin. Demam pun aku rasa semakin sembuh. Tak seteruk tadi sampai mengigil.

---SKIP---

Aku jalan sendiri ke salah satu shopping compleks yang agak terkenal di kawasan sini. Aku ke Secret Recipe. Lama dah craving kek Oreo. Menunggu akhirnya sampai makanan yang dipesan tadi.

Selesai itu aku pergi melaburkan duit dengan shopping dress, woman stuff dan tidak lupa juga snacks. Big Apple aku singgah sebelum ke Victoria Secret. Salah satu produk perfume kegemaran aku.

Kedai popular juga tidak lupa untuk dimasuk. Beberapa buku novel dan keperluan sekolah yang kurang aku beli. Alah novel tu bukan untuk aku je so tak salahlah beli banyak sikit. Bukan banyak sangat tapi 8 buah buku novel je. Lagipun semuanya best best dari penulis terkenal macam Melur Jelita.

Hampir penuh tangan mengangkat barang barang shopping semua. Aku terasa semakin letih hingga tak dapat seimbangkan badan.

Tapi pelik, kenapa aku tak rasa lantai langsung. Aku mengangkat kepala lalu membuka mata. Omg. Aku berada di pangkuan dia. Pangkuan Irfan.
Muka dia sedikit lebam but still kacaknya tak berkurang namun machonya bertambah.

"Apa awak kat sini?" Soal aku tanpa memandang dia. Malu sangat sampai nak blushing. Dia senyum manis kearah aku. Dah lama aku tak merasa senyuman itu. Aku balas balik senyuman nya dengan senyum sinis. Dia fikir aku boleh maafkan dia? Tidak mudah begitu sahaja. Hati aku emas kaca yang perlu dijaga seeloknya macam permaisuri.

"Nothing just jalan jalan bosan duduk kat rumah. Sayang sendiri ke?" Soal dia?

"Ehh awak ada nampak manusia lain sebelah saya? Maksudnya saya sendiri" aku memandang dia dari atas kebawah. Wow, macam terlalu hensem hari ni. Dengan tshirt lengan dilipat menampakan lengan tegapnya. Boleh cair makcik jiran sebelah aku.

"Jom dating" ajak dia. Aku memandang pelik. Dia ni kena rasuk jin ke tiba tiba ajak dating. Pelik sangat.

"Berfikir lah sikit. Bagilah saya letak barang kat kereta dulu" marah aku. Dia sesedap adabi je tarik tangan aku tadi. Nasib aku sayang dia. Upss terlepas. Irfan mengaru belakang tengkuk menahan ketawa.

Kami bersama sama ke kereta aku untuk meletakkan barang sebelum ke Hiyocuts Cafe. Tanpa disedari sepasang mata memandang dengan cemburu yang membuak. Sedih sangat ke tu nampak crush jalan dengan orang lain. Sakitnya tuh disini.

TBC

TADAAAAAAA UPDATE BERSUNGGUH SUNGGUH UNTUK READER TERSAYANG. DATA PUN DAH NAK HABIS SO SABAR LAH KALAU SAYA HIATUS.

VOTE AND COMMENT GAISS

FROM,
BELOVED AUTHOR

ESOK ADALAH HARI SAYA! ×_×



Dear FlowerGirls (E)(C) ✅Where stories live. Discover now