Part 60

2.3K 69 2
                                    

Hari ni merupakan hari bermakna bagi aku. Kertas peperiksaan aku lempar ke udara. Rasa bebas dari beban belajar. Tak lama lagi title sebagai pelajar sekolah menengah akan bertukar menjadi isteri orang.

"Syoknya rasa habis exam. Finally aku tak perlu risau tentang spm" luah Lina sambil tersenyum memandang langit yang cerah.

"Aku pun tak sangka dah habis perjalanan sekolah menengah kita. Rasa baru semalam aku masuk form 1" seloroh Asniza. Memanglah patut dia rasa macam tu pasal dia tu kerdil comel. Lah pendek sikit daripada kita orang ni yang tinggi macam hantu galah.

Aku mengeluarkan 3 keping kad undangan kepada mereka. Awal semua pelik siap membelek lagi tapi selepas baca isi kandungan kat semua buat muka terkejut sampai mulut tu ternganga boleh disumbat tayar truk lori.

"Omg kawan aku ni dah nak jadi bini orang doh. Tak sangka ada juga nak ratu gangster ni" kata Aleeya. Aku menjulingkan mata keatas. Memerli lah tu.

"Korang bila lagi. Takkan tunggu Rafiqal,Lukman sama Hafiz jadi milik orang baru menyesal" sindir aku. Diorang tersengih memandang aku. Macamlah aku tak tahu crush diorang semua.

"Weh gais Farhan nak ke sini lah" tegur Lina sambil memandang kearah belakang aku. Debaran di dada cuba ditenangkan.

"Hye semua" sapa Farhan dengan ceria. Muka tu jangan hensem sangat boleh tak?. Boleh diabetes aku tiap hari. Even dia ex aku. ihakkk.

"Walaikumsalam" sindir serentak dari kami berempat. Rasa macam bunyi tembakan pula kat hati Farhan. Kan dah sentap.

"Sorry, hmm gais nak hangout tak minggu hadapan" ajak Farhan dengan kesungguhannya. Dia nekad pada minggu hadapan dia akan mendapat kembali cinta Ariana dahulu.

Lupa pula, aku mengeluarkan lagi sekeping kad undangan kahwin aku dan Irfan dari beg lalu beri ke Farhan. Dia pun awalnya pelik tapi selepas baca ada sedikit air mata yang nak mengalir tapi cuba ditahan.

"I'm sorry Farhan. Kalau dulu perangai awak tak mengecewakan saya mungkin semua ini tak terjadi kepada kita. Saya nak awak ingat perkara tu semua sebagai iktibar. Dulu awak yang buang saya dari kehidupan awak selepas bertahun kita berhubungan. Saya sendiri lihat kecurangan awak dibelakang saya. Masa tu hati saya dah rasa macam mati. Heartless untuk awak. Mungkin kita bukan jodoh. Saya tahu pasti akan ada perempuan yang akan membahagiakan awak daripada saya. Peristiwa awak 2 tahun lepas saya dah maafkan. Harap awak berubah dan menerima semua ni dengan hati terbuka" ikhlas dari tangkal hati aku menasihati dia.

"Semoga awak bahagia dengan dia Ariana. Kalau ada masalah biarlah saya menjadi pendengar awak" kata Farhan berlalu pergi. Aku dapat lihat sejernih cecair mengalir dari tubir mata itu. Aku doakan kau menjumpa kebahagian kau Farhan.

Tidak lupa juga aku memberi kepada Qaisara secara senyap senyap kad undangan itu. Biarlah dia tahu. Aku taknak kalau aku berahsia masalah ni akan lebih teruk. Biarlah Qaisara nak buat apa pun yang penting dia dah tahu.

Beg Qaisara yang masih berada di dewan peperiksaan aku buka. Dengan berhati aku selit kad itu dibahagian dalam buku lalu menutup beg itu kembali. Harap dia bacalah.

---SKIP---

Bunyi ketukan kompang bergema di laman rumah. Hari ini dimana aku sah duduk di pelamin bersebelahan kekasih hati aku Irfan. Selepas acara akad nikah tadi kami meneruskan acara bersanding. Rasa penat tu jadi belakang cerita. Dress dibadan pun sesuai menaikkan kecantikan badan aku yang seperti model.

Tangan Irfan aku genggam sekuatnya agar dia dapat menyalurkan semangat bagi ku. Senyuman kacak Irfan sedikit sebanyak menolong menenangkan aku.

Dia kelihatan segak dengan baju melayu gabungan warna pink pastel dan blue sky sama seperti gaun aku. Tema yang disetujui oleh kedua pihak. Awalnya keluarga aku mencadangkan warna pink pastel tapi keluarga Irfan berkeras nak warna blue sky. Akhirnya aku pun cadangkanlah untuk gabungkan sahaja kedua warna itu menjadi satu tema. Akhirnya hasilnya cantik juga. Thanks otak.

Tema acara tunang dulu mengikut adat british dan Chinese siam dari nenek moyang aku. Dan harini mengikut adat melayu nenek moyang Irfan. Rasa nak ketawa bila mengenangkan wajah Irfan bila disuruh memakai baju tradisional diraja British. Tapi sumpah aku melting habis. Kacak dia fuhh menaikkan bulu roma aku.

Lamunan aku terhenti apabila Irfan mula menarik tangan ku. Dengan debaran kencang dan kawan aku menjadi dayang dayang mengekori belakang aku perlahan lahan aku mengikut rentak perjalanan Irfan ke pelamin megah yang agak jauh dihadapan kami.

Lina,Asniza dan Aleeya dengan rasminya menjadi dayang kayangan aku aka pengapit. Bunga Rose merah darah ditabur serayu perlahan lahan mengikut langkah aku. Hafiz,Rafiqal dan Luqman juga jadi pengapit setia Irfan.

Aku pun melambai lambai kearah kawan sekolah aku yang hadir. Tidak lupa juga paparazi television terkenal yang sibuk merakam dan mengambil gambar kenangan berharga ini.

Kelibat Farhan yang elok duduk bersama seorang muslimah alim disebelahnya aku lambai dan senyum manis. Calon isteri dia kot. Yang penting dia sudi hadir.

Mata aku memandang sekeliling mencari dia. Takkanlah Qaisara tak ada tapi kawan kawan dia datang. Mungkin dia belum boleh terima kenyataan kot.

Sampai sahaja dipelamin kami terus dipenuhi lampu flash camera paparazi itu. Actually ayah yang ajak semua ni. Katanya anak bongsu dia dah kahwin so apa salahnya disebarkan melalui tv dan media. Kalau aku memang taknaklah pasal aku malas nak besar besar perkhawinan ini. Tapi kalau aku tolak pasti ayah tetap akan paksa. So aku setuju walaupun Irfan tak setuju.

---SKIP---

Lenguhnya badan melayan tetamu yang hadir. Rasa macam semua tetamu nak ajak bercakap dan bergambar. Aku pun turuti sejaklah tapi Irfan sampai sekarang menghilang entah kemana.

Tadi Shamirah ada beri aku kad entah apa isi nya. Belum sempat aku baca diorang dah pergi jadi terbantut niat aku nak baca. Sampel kad tu pun masih elok belum terbuka diatas meja.

Ummi tadi suruh aku tidur kat bilik tetamu. Tapi tak sangka pula ummi sempat hias bilik tetamu ni jadi bilik pengantin. Rasa terharu pasal hiasan bilik mengena taste aku. Black And Pink.

Dengan gagah aku mandi lalu menukar pakaian. Sesudah itu baru lah aku mengambil kad itu dari meja lalu dibawa bersama ke katil.

From:Tengku Qaisara Mia
To:Tengku Ariana Amelia

Aku membuka isi kandungan dengan tekun. Terkejut dan sedikit takut aku membaca isi surat itu. Tiba tiba elektrik rumah terpadam dan seorang menekup mulut aku. Aku terlelap dan pengsan menghidu cecair di sapu tangan itu.

TBC

SORRY FOR HIATUS SEBAB SEKOLAH DAH MULA SO MAKNANYA KESIBUKKAN PUN BERTAMBAH. INI JE MASA YANG DAPAT UNTUK UPDATE LEPAS INI ENTAHLAH BILA LAGI BOLEH. WISH ME LUCK PT3.

VOTE AND COMMENT FOR SUPPORT THIS STORY INSYAALLAH AUTHOR BALAS.

FROM,
BELOVED AUTHOR

Dear FlowerGirls (E)(C) ✅Where stories live. Discover now