Part 67

2.5K 79 9
                                    

2 tahun kemudian...

Aku mengangkat anak kecil ku yang baru berumur setahun pada hujung minggu ini. Tak sabar nak sambut. Pakaian kotornya aku letakkan di bakul sebelah tandas.

Nama yang aku beri bersama Irfan ialah Tengku Sara Nishalia. Anak perempuan kami yang manja dan comel. Tersenyum aku sendirian takkala teringat kenangan ketika Aisyah pertama kali di dukungan ku. Rindu.

Nisha yang tadinya seronok main terus merangkak kearah aku. Comel pula anak umi ni. Irfan yang sibuk dengan kerja mungkin akan balik pada bulan depan setelah dia memaklumkan kepada aku kemarin.

"Alolo comelnya anak umi" kata aku kepada Aisyah sambil mencubit manja pipi gebu putih mulus itu. Muka dia sama dengan aku dan Irfan. Cuma kening tu perfect ikut aku lah.

Aku segera mengambil Nisha lalu mendukungnya ke tingkat bawah. Semenjak Irfan pergi bulan lepas rumah ini riuh dengan gelak ketawa kami berdua sahaja. Nisha jadi tempat aku melepaskan rindu aku kepada Irfan.

Aku meneman Nisha bermain dengan permainan yang banyak sangat sampai aku yang mengemas pun boleh letih, ini semua kerja Irfan lah suka sangat belikan mainan.

Kaki aku melangkah kearah sofa berdekatan lalu duduk dengan posisi yang nyaman. Kepala aku mendongak keatas dan tangan ku memegang dahi. Letih sungguh hari ini mengemas seluruh rumah yang bertingkat 4 ini. Nasib engkaulah Ariana dapat rumah macam istana besarnya dan kau kena kemas semuanya 'sendirian'

Jam loceng antik besar di tepi tangga menyedarkan lamunan ku. Jarum jam dah menunjukkan pukul 5 petang. Masa untuk Nisha mandi.

Aku mendukung Nisha walaupun dia tetap berkeras masih nak main. Kasihan anak umi masih nak main tapi jadual waktu Nisha kena ikut. Barulah anak umi baik.

Air tab mandi aku biarkan bertakung sebelum meletakkan sabun mandian kedalam tab mandi. Nisha kalau mandi suka main buih sabun. Gembira pula aku nak tengok dia membesar.

"Nisha, tu bubble" aku menunjukkan buih yang besar di tab mandi. Nisah pantas memukul buih itu lalu buih itu pun meletup disertakan ketawa besar dari Nisha. Aku mengelengkan kepala lalu mengangkat tubuh kecil itu.

"Nisha rindu papa?" soal aku kepada Nisha. Dia pun seakan memahami apa yang aku katakan terus menganggukkan kepala. Aku mencuit hidung mancung ikut papa nya itu.

"Jom telefon papa" aku mengambil telefon bimbit ku diatas meja lalu menekan ikon panggilan. Hati aku gusar mengharap Irfan menjawab panggilan. Dia tu susah sangat nak jawab panggilan busy selalu.

Tak sampai seminit aku mendengar suara garau seperti baru bangun dari tidur. Aku tersenyum memandang Nisha yang bermain sendirian.

"Assalamualaikum, abang baru bangun ke?" soal Aku.

"Walaikumsalam, iya abang baru je bangun lepas sayang call. Kenapa?" aku memegang dagu memandang taman mini diluar rumah. Rindu dihati sedikit demi sedikit terubat.

"Takdelah, Nisha kata dia rindu papa dia tadi tulah nak call abang ni" bohong aku

"Nisha ke sayang yang rindu abang ni. Baik mengaku" kata Irfan. Cis tak boleh ditipu langsung. Terpaksa mengaku.

"Ya, Nisha dan sayang yang rindu sebenarnya tapi Nisha rindu lagi banyaklah" aku tetap tak nak kalah.

"Apa apa jelah sayang. Tapi sabtu depan baru abang akan balik. Jadual tak menentu pula" kata Irfan. Aku mengeluh kecil.

"Takpelah, yang penting abang jaga kesihatan kat sana. Jangan nakal kalau sayang dengar ada berita tentang abang curang, sayang kerat seribu abang" ugut aku. Wow, ice queen masih kekal kat jiwa sis lah.

"Uish sayang nekadnya nak kerat abang. Tahulah dia bekas kak long gangster kat sekolah. Ye abang takkan curang dan akan setia kepada dua orang sahaja" kata Irfan.

"Kenapa dua orang? Abang jangan main main eh. Sayang pergi ke tempat abang sekarang ni" ugut aku. Macam ada api dah membara kat hati ni.

"Of course lah dua orang. Nisha dan sayang lah. Aduhai buah hati abang yang lambat sangat berfikir" kata Irfan. Aku senyum kambing sambil menutup mulut. Malu lah.

"Ohh cakaplah awal awal. Jangan buat macam tu lagi" kata aku sambil memeluk tubuh. Nisha tu dari tadi gelak je. Nasib kau lah Ariana dapat anak yang periang sangat dan suka betul ketawa.

"Sayang yang terlajak terlalu laju sangat sampai tak dengar apa yang abang nak cakap" balas Irfan.

"Yelah, sembang pun ingat juga anak abang yang gelak sorang sorang tu. Seram sayang jadinya" aku memandang Nisha yang gelak menghadap pintu bilik sebelah. Merinding bulu roma. Sudahlah pintu bilik tu terbuka.

"Sayang, okaylah tu kalau anak abang senyum ketawa. Itu namanya dia tubuh besar dengan kegembiraan" balas Irfan. Aku memandang kembali Nisha. Makin teruk pula ketawa dia ni. Aku segera mengambil Nisha ke dukungan aku.

"Kalau ya pun kegembiraan, takkan sampai macam gelak orang gila. Sayang tak rasa benda tu normal" kata Aku sambil memeluk erat Nisha. Nisha tetap memandang bilik sebelah yang kosong itu. Teruk dah anak aku ni. Takkan lah..

"Jangan fikir bukan bukan sayang. Nisha tu normal lagi nak jadi gila. Sayang ni yang overthinking" kata Irfan dengan nada tegas. Dia tidak suka bila dikatakan anaknya itu gila. Sayang anak kan.

"Sayang rasa Nisha dapat kelebihan yang sayang dapat jugalah. Pasal saya nampak apa yang dia nampak" aku taknak memberitahu apa yang aku lihat di bilik itu. Biarlah aku dan Nisha yang tahu. Merinding sekejap.

"Itu maknanya anak kita diberkati Allah. Tulah sampai ada kelebihan. Alah biasalah tu" balas Irfan. Aku mengangguk iya sahaja.

"Okaylah sayang nak gerak buatkan Nisha susu dulu. Assalamualaikum" pamit aku.

"Walaikumsalam. I love you" aku mematikan panggilan lalu membawa Nisha turun ke dapur. Sebelum itu aku mengumpul kekuatan untuk menutup pintu tanpa melihat 'benda' tu. *Ingat tak part yang Ariana boleh melihat?

Aku membuat panggilan ke sepupu aku. Nak minta teman. Takut sendirian di rumah. Kang kena ganggu naya aku.

"Assalamualaikum Bella, datang please kat rumah aku" aku membuat nada memohon. Harap harap dia terima pelawa aku ini.

"Yelah kejap aku gerak. Aku tengah makan ni" balas Bella. Aku bersorak gembira sebelum terdiam mendengar bunyi barang jatuh dsri tingkat atas tepat di bilik tadi.

Aku memasang surah suci Al Quran melalui televisyen lalu menyambungkan ke speaker rumah. Nasib lah speaker rumah ni bersambung ke seluruh pelusuk rumah agam ini. Jadi semua bahagian rumah dipenuhi bacaan al Quran dari ustaz yang terkenal. Barulah aku merasa tenang sebelum reaksi semakin menganas.
Bunyi tangisan Nisha menyentak lamunan aku.

Aku mengambil Nisha duduk di sebelah aku di sofa ruang tamu berdepankan televisyen. Nisha punya tangisan berlainan dari sebelum ini. Semakin teruk dan bunyi barangan jatuh pun kerap aku dengar. Aku menguatkan lagi volume speaker. Aku merasa sesuatu berada di belakang aku. Aku memusingkan badan dan aku terkejut...

TBC

Dear FlowerGirls (E)(C) ✅Where stories live. Discover now