Part 46

2.5K 93 4
                                    

Tidur lena aku diganggu dengan bunyi panggilan. Segera aku mencapai iphone di sebelah meja walaupun masih dalam keadaan mamai. Dengan perasaan geram ditahan di hati aku menjawab panggilan.

"Assalamualaikum Riri. Kal nak bagitahu yang pasal family reunion kita. Nenda dah suruh berkumpul kat Palace. Nanti Riri bagitahu ummi dan along ya" kata Haykal.

"Yelah nanti Riri bagitahu. Dahlah Riri nak tidur" aku terus mematikan panggilan lalu meletak kembali. Jam digital dipandang sekilas menunjukkan jam 3 subuh. Pasal di london sekarang pagi tulah Haykal telefon dia.

........

Aku terus menyusun pakaian kedalam beg roda sebelum mengambil barang barang keperluan yang lain. Selesai berkemas aku terus mengambil tuala lalu mandi.

Sesudah berpakaian aku terus menaik beg roda. Kunci kereta di laci aku ambil. Awal pagi tadi aku dah bagitahu FG yang lain aku balik ke rumah ummi. Diorang angguk jelah.

Kereta Mercedes itu mundur lalu membelok ke jalan besar. Rasa sedih dan bahagia bertandang di hati. Bahagia dapat balik ke palace manakala sedih kerana mengenang kawan baiknya yang selalu bersama aku di Ku Palace. Isya.

Ku Palace merupakan palace milik keturunan tertinggi. Salah satu keturunannya ialah Keluarga Ariana. Isya atau adik kepada Haykal sememang rapat dengan aku semasa pertama kali aku menjejakkan kaki di palace.

Masa itu kami berdua malu untuk bertegur hinggalah aku memulakan conversation dengan menanyakan khabar. Masih segar di minda bagaimana permulaan perjumpaan kami hinggalah ke akhirnya. Semoga arwah Isya tenang disana

Sesampai di hadapan rumah banglo tiga tingkat itu aku terus meletakkan kereta disebelah kereta milik ibu. Aku terus memberi salam sebelum membuka pintu

Alangkah terkejut dan happy apabila melihat dua session tubuh yang aku rindu. Badan sadong itu aku peluk ingin melepaskan rindu yang bertandang di hati.

"Assalamualaikum Ayah" aku menyalam tangan ayah sebelum menyalam tangan ummi dan along. Lengkap family aku.

"Semua dah tahu ke ada reunion di palace?" Soal aku. Semua mengangguk.

"Dah siap packing barang. Ini petang nanti gerak" kata Along. Aku mengangguk sebelum mencubit lengan sasa itu. Dia mengadu kesakitan. Sengaja dah lama tak buli along.

"Ish kenapa buat macam tu kat along. Along kan penat baru je sampai dengan ayah" sampai hati ummi backup Along. Muka aku cemberut diikuti dengan muncung tirus.

Along mengejek menjelir lidah. Malas nak layan. Aku terus naik ke bilik. Merajuk lah tu. Closet menjadi destinasi seterusnya.

Beberapa pakaian dress dan lain lain aku letakkan di tilam empuk sebelum melipat menjadi kemas dan tersusun lalu memasukkan kedalam beg roda yang lain

Tidak lupa juga headphone dan laptop apple kesayangan. Selesai berkemas aku merebahkan tubuh di tilam yang aku rindu ini. Still tak mengecewakan.

Pintu bilik diketuk menghentikan lamunan aku. Kelihatan along yang senyum kearah aku. Aku terus mengambil bantal lalu berpura pura ingin tidur. Alah merajuk manja.

"Macamlah along tak tahu yang Riri tak tidur" along terus mengeletek perut aku. Ketawa yang cuba ditahan akhirnya pecah. Sakit perut ketawa berterusan. Along memang seksa aku.

Aku membalas perbuatan nya dan akhirnya dia pula yang tergelak. Memang tak boleh aku merajuk lama lama kerana along tahu macam mana nak memujuk. He is the best brother ever in the world bagi aku.

"Dah lah masuk bilik orang tanpa kebenaran lepastu geletek orang pula"

"Biarlah adik along juga bukan orang lain" ya allah engkau tabahkan lah hati ini untuk berdepan manusia yang annoying ini.

"Pandai je menjawab" sindir aku. Dia senyum lalu memeluk aku dari belakang. Begitulah macam mana dia pujuk aku.

Sedar tak sedar jam sudah menginjak pukul 5 petang menandakan bahawa sekejap lagi kami akan bergerak ke airport.

"Along dah pukul 5. Cepat bersiap" arah aku. Dia terus bangun lalu pecut lari ke bilik dia. He such a childlish but I like it.

Aku menarik beg roda ke ruang tamu. Ummi dan ayah yang elok duduk di sofa memandang aku.

"Dah selesai semua?" Soal ayah. Aku mengangguk lalu mengambil tempat duduk sebelah ayah. Nak lepaskan rindu.

Aku memeluk lengan ayah lalu menyandarkan kepala ke bahunya. Di sekolah minah gangster tapi kalau di rumah macam anak ummi. Ayu dan manja.

"Riri tu dah besar jangan nak bermanja terus" marah ummi

"Alah ummi ini dengan Riri pun nak jelas ke?" Kata aku. Wajah ummi cemberut dipandang sebelum membisikkan sesuatu ke telinga ayah.

Aku mengangkat langkah ke dapur. Sebenarnya aku menyuruh ayah untuk pujuk ummi. Tu yang lari ke dapur. Taknak kacau ayah dengan ummi bermanja. Aku nak mencari suami yang seperti ayah. I means his attitude

Gelas aku capai lalu mengisikan dengan air minum. Seteguk sahaja air yang dalam gelas itu habis.

Terasa bahu di sentuh dari belakang aku terus memusingkan badan memandang along. Katanya dah nak gerak. Gelas aku letak ke singki lalu bergegas menarik beg roda kedalam kereta.

Pemandu peribadi ayah yang menolong aku memasukkan beg roda ke dalam kereta limousine panjang berwarna hitam itu.

Sepanjang perjalanan banyak juga kami sekeluarga berborak mengenai hal masing masing. Ayah mengubah topik menjadi topik bisnes dengan along. Aku dan ummi sekadar menjadi pendengar.

Akhirnya sampai ke KLIA. Beg roda aku tarik sambil memeluk lengan sasa along yang turut menarik beg roda. Ayah dan ummi masih bercakap dengan pemandu.

Setelah menunggu pengesanan visa dan pasport akhirnya dapat juga berlepas dengan jet private milik ayah.

Mengambil masa 3 jam akhirnya sampai di bumi london. Kami dijemput oleh anak buah ayah. Ayah merupakan jutawan kedua terbesar setelah atok aku. Tulah ayah ada banyak anak buah. Bodyguard ayah sentiasa memerhati dan melindungi kami.

Boleh dikatakan ayah merupakan orang terpenting di dunia. Sebab aku pun tak tahu. Lupa sebenarnya.

Udara dingin. Sentiasa menenangkan hati ini. Along yang menarik aku ke suatu kedai coklat. Bersinar mata biru ini. Hampir semua jenis coklat aku beli sama seperti along. Well kami kan gila coklat ofc wajib beli banyak.

Setelah kami dijemput oleh pemandu ayah, kami sampai di istana megah milik nenek moyang kami. Ku Palace. Aku dan along keluar dari kereta dangan perasaan happy melompat seperti kanak kanak. Kanak ribena.

Aksi kami terhenti apabila terdengar bunyi seperti menangkap gambar. Aku memandang tajam kearah Haykal yang ketawa memandang gambar baru sahaja ditangkap secara senyap senyap. Dia terus lari manakala aku berusaha menangkap dia.

Along mengeleng kepala sahaja memerhati kedua orang yang berkejaran.

TBC

*-Promote Time-*

floweer_21 : 'Instafamous, I love you'

Dear FlowerGirls (E)(C) ✅Where stories live. Discover now