Part 59

2.1K 86 6
                                    

Aku mengangkat dulang air ke ruang tamu. Sebelum itu aku sempat juga menelefon Lina,Aleeya dan Asniza untuk segera datang balik. Takut aku terlepas emosi, ada anak orang mati kang.

"Jemput minum datin datin sekalian" sindir aku. Qaisara dalam hati mula geram namun diselindungi. Takut lakonannya tak berjaya. Iris dari tadi aku tengok dia pandang aku tajam je. Lantak dia lah.

"Tak perlulah susah susah nak buatkan air. Yelah manalah tahu kau nak racun kitaorang yang baik ni" ada baldi tak, nak muntah kejap. Baik kat mana?

Gelas yang baru sahaja Qaisara angkat berakhir apabila dia membaling ke lantai. Amarah aku ni ada tahap tapi cuba ditahan. Biarlah nanti aku lepaskan semua amarah aku ini.

"Better kau pungut balik sebelum aku suruh kau jilat" ugut aku memandang Qaisara yang selamba buat muka tak bersalah. Kalau cantik tak apalah ni muka macam punggung kuali.

"Ini ke cara kau nak layan tetamu, tak sesuai sangat jadi kakak ipar aku. Better lagi Kak Qaisara" sindir Iris. Dia ni sengaja tambah minyak ke bara api. Tumbukan aku gempal sekuat hati. Sabar Ariana, future sister in law kau tu.

Penyapu aku ambil di dapur sebelum kembali ke ruang tamu. Aduhai lambat pula diorang sampai. Dengan tak puas hati yang masih bertandang aku terpaksa menyapu bekas kaca gelas tadi.

Air milo yang tadi dibuat khas untuk diri sendiri aku minum. Muka Qaisara dan yang lain tersenyum aku buat tak layan. Gila mungkin minah minah tu.

Aku mengangkat penyapu dan pencedok itu kembali ke dapur. Kepala aku berasa pusing dan berat. Barang barang yang berada di dekat aku cuba capai namun tak dapat.

Aku berasa rebah dan tak bermaya. Hanya bunyi teriakan yang aku dapat dengar sebelum pandangan aku menjadi kabur dan gelap.

---SKIP---

Mata aku terasa berat untuk dibuka namun aku tetap gagahkan untuk dibuka. Pandang hanya berwarna putih cerah disekeliling. Bunyi seperti degupan dan bau ubat obat menyapa deria aku.

Aku memandang kanan takkala nama aku dilaung kuat. Lina yang bergegas memanggil doktor yang bertugas. Pening masih belum surut. Kepala terasa berpusing pusing berkeliling.

Aku mula cuba ingat perkara yang terjadi sebelumnya. Patutlah Qaisara, Iris dan gengnya datang ke rumah. Ada agenda rupanya. Nasiblah aku tak sedarkan diri kalau tak memang dah pecah muka minah sotong tu.

"Ariana kau okay ke?" Soal bonus dari Lina. Cubalah dia tanya aku dah makan ke belum, ni terus soal itu.

"Kalau aku okay, aku takkan terlantar kat sini" aku jeling manja si Lina. Asniza dan Aleeya ketawa kecil takut dimarah lah tu.

Aku cerita semuanya dari A hingga Z. Biar diorang faham sikit apa yang berlaku sebenarnya. Aku merasa pening kembali menekup dahi.

---SKIP---

Sedar tak sedar dah nak dekat SPM. Gemuruh pelajar tingkatan 5 semakin menaik takkala mendengar nasihat dan tips dari guru serta senior lepasan.

Tinggal seminggu sahaja lagi untuk kami mengisi segala ilmu sebelum diperah keluar. Latihan Add Math yang diberi oleh Cikgu Syuhadah atau kami panggil sebagai cikgu wawa aku buat secara tekun.

Jam dinding pun menunjukkan pukul 5 petang dan bermakna dah 4 jam aku belajar 5 subjek teras ini. Rasa lapar pula. Perut pun sudah buat konsert tak berbayar.

Kabinet aku buka lalu mengeluarkan bahan bahan. Dah lama tak makan makan berat. Ayam Masak Merah jadi pilihan. Lincah tangan aku mengikut resepi yang diberi oleh ummi beberapa hari lalu.

Akhirnya siap juga masakan yang aku masak ini. Tak sabar nak makan hasil titik peluh sendiri. Entahlah enak atau tak. Selesai makan aku mencuci barangan yang telah diguna. Selebih ayam tadi aku letak sahaja di dalam peti sejuk. Kalau nak makan nanti boleh di kasih panas kembali.

Aku berlalu ke balkoni bilik aku. Cincin di jari aku pandang. Aku dah secara rasmi menjadi tunang kepada encik Irfan dua minggu lalu.

Time tu baru je sampai kat rumah Ummi, tak sampai sejam berehat datang rombongan Irfan katanya nak melamar gadis cantik ini. Setelah dipujuk Ummi oleh ibu Irfan akhirnya ummi pun setuju sahaja. Aku boleh lihat betapa bahagia wajah mereka semua kecuali Iris yang tak puas hati.

Keesokkan harinya barulah acara berlangsung. Tak sangka aku boleh menjadi tunang orang pada umur yang boleh dikatakan belum matang untuk mendirikan keluarga. Nasiblah acara perkahwinan berlangsung apabila kami berdua dah habis belajar.

Tapi sebelum itu aku memberi syarat kepada Keluarga Irfan. Syaratnya tunangan kami haruslah dirahsiakan dari orang luar. Biar pun aku mengharap Iris rahsiakannya daripada Qaisara atau orang lain.

Pintu dibuka menghentikan lamunan aku. Kelibat Asniza yang masuk dengan senyuman lebar. Tahulah aku dah jadi tunang orang tapi diorang pula yang terlebih teruja.

"Untunglah dah jadi tunang orang. Aku just nak kau jadi matang sikit. Kalau marah tu cuba selesaikan elok elok. Jangan nak tinggikan ego tu sangat takut kau yang menyesal nanti. Macamlah aku tak kenal kau yang dingin, keras kepala, ego, panas baran" ceramah berpadu dari ustazah Asniza.

Aku mengangguk jelah. Tapi ada betul juga apa yang Asniza kata. Takkanlah aku nak terus begini perangai macam lelaki. I need to comeback the old Ariana yang baik, ayu, pemalu dan sopan.

Tapi tak semudah itu aku akan berubah. Dengan sikap ini aku boleh melindungi diri daripada dipijak orang lain. Mungkin dengan sikap ganas itulah yang buat aku menjadi diri aku sendiri.

Aku juga sudah memberitahu kepada Along semalam tentang tunangan kami. Pertamanya along tak percaya tapi selepas aku tunjuk cincin kat jari dia diam seketika lalu memutuskan panggilan skype.

Mungkin dia terkejut kot. Tapi ummi kata Along nak balik minggu ni juga tapi entahlah bila baru dia sampai.

Aku hanya memandang sahaja Asniza yang keluar. Keluhan dilepaskan. Betul ke keputusan yang aku buat ni. Rasa dilema muncul di tangkal hati.

TBC

TODAY IS THE DAY OF ARIANA MENJADI TUNANG IRFAN. BANYAK YANG REQUEST #ARIANAIRFAN SO APA SALAHNYA DIPERCEPATKAN PERNIKAHAN.

VOTE AND COMMENT FOR ANOTHER REQUEST YANG MUNGKIN AUTHOR AKAN TUNAIKAN.

FROM,
BELOVED AUTHOR

Dear FlowerGirls (E)(C) ✅Where stories live. Discover now