Part 20

3.7K 129 2
                                    

Buku latihan add maths aku tutup dan letak kembali ke rak. Entah tiba² mood mahu baca novel datang. Novel Hero Seorang Cinderella. Ok prepare semuanya.

Tilam√
Hot Chocolate√
Kek Oreo√
Selimut√

Semuanya dah ada so let start baca. Ok memang best ceritanya. Lepas aku habiskan novel tu aku ke bilik Lina. Bosan nak lepak. So aku ajak diorang lepak. Diaorang kata 'ok' jer.

So aku pun pergilah ke closet kesayangan. Semuanya aku dah try. But a pakaian ni menarik perhatian aku. So aku sarungkan lah kat badan aku. (Kalau nak tahu lihat kat gambar atas itu ⬆)

Aku pun sempat mirror selfie then post kat ig. FlowerGirls yang lain pun ada yang selfie, sama macam aku mirror selfie then post.
Jam dinding menunjukkan pukul 1 petang.

"Dah siap?" soal aku. Mereka mengangguk dan bergegas ke kereta. Aku duduk dihadapan bersebelahan Lina yang driver. Aleeya dan Asniza duduk belakang. Enjin kereta audi itu dihidupan lalu meninggalkan perkarangan Queen Castle.

Sesampai disana kami parking kat tingkat bawah malas nak parking jauh². Ioi city mall jadi pilihan. Habis berbelanja disana. Semua benda kami beli pun dah mencecah beribu². Well perempuan mana pernah puas shopping ni.

Kedai big apple aku pergi. Lama dah tak rasa big apple ni. Donut walnet, Strawberry, Chocolate dan lain² aku pilih. Yang selebihnya aku makan kat kereta. Tengah best feeling jalan macam model tiba² bahu aku terlanggar. Nasib diorang sempat sambut aku.

Kelihatan 4 mamat yang aku kenal. Mamat ini famous macam kami but sekolah berlainan. Siapa lagi kalau bukan Kingka Boys atau merangkap ex setiap GucciLadies. Hahaha murahan.

Malas nak layan terus kami berambus. Tak minat playboy tu semua. Yang dia tahu tukar wanita setiap minggu. Tak reti nak setia dengan mana² perempuan.

Kereta aku buka dan masuk kedalam perut kereta. Kami mula ke restaurant berdekatan. Restaurant Kopitiam kami pergi. Aku sekadar memesan nasi goreng dan avocado juice.

Diorang? Entah malas nak ingat. Selepas waiter tu pergi baru tenang. Entahlah dari tadi senyum sampai ke telinga. Memang lelaki ni pantang jumpa wanita cantik. Ish³.

Kami pun bercerita tentang segalanya. Dari masalah ayam tak reti masak hinggalah tentang FireBoys. Yes memang penampilan diorang ok but peragai macam setan siapa yang nak?

"Weh kita cerita tentang diorang tak sedar tuannya disebelah meja kita jer" tegur Lina. Kami memandang meja sebelah kelihatan FireBoys memandang kami tajam setajam Parang mak ngah.

"Oh patutlah kami batuk tadi rupanya ada minah ni reti gossip jer dari tadi. Buat dosa petang ini jer tahu." perlinya

Kami mulai gelabah dan acah² dingin. Tak melayan sindiran hafiz tu. Dahlah makan better daripada gosip. Entah kenapa nasi goreng ini terasa tawar. Mungkin letak racun kot. Manalah tahu. Boleh aku simbah asid kat tukang masak ini.

"Kalau makan tak bagus termenung" tegur Irfan. Semuanya memandang aku. Aku cepat tundukkan muka kerana malu kedapatan termenung. Nasi goreng itu aku cepat habiskan begitu juga dengan avocado juice.

Aku membayar makanan kami terus ke kereta. Malas nak kat situ lama². Dah ada orang tak sudi dengan kita. Perli² bagai. Fikir tak terasa ke?. Cakap tu pakai otak jangan nak sakiti hati orang jer. Otak tu letak kat kepala jangan letak kat lulut. Bodoh tu simpan² juga jangan nak showoff bodoh itu. Sedap aku mengutuk diorang. Asniza menampar lengan aku. Sakit doh.

"Kau dah kenapa macam orang cacat bercakap sendiri ini" tegurnya aku terus masuk ke kereta. Sepanjang perjalanan kami lupakan tentang diorang. Menanyi ikut lagu bergema dari radio. Sempat lagi Aleeya mesej Hits FM suggest lagu Despacito by Justin Bieber Remix.

Tak sedar hampir 8 malam baru kami sampai kat rumah. Semua perbelanjaan aku bawa ke bilik. Baju² dan kasut semua aku susun di tempatnya. Penat. Leguh semua badan ni berjalan seharian. Badan pun melekit² dengan peluh. Aku terus mengambil tuala dan mandilah. Takkan masak pulak.

Keluar dari tandas aku mengambil pakaian tidur doraemon kegemaran. Aku pun baringkan diri di tilam. Selimut aku tarik sampai paras dada. Aku pun terbuai di alam mimpi.

❤❤❤

Pagi ini aku tergesa² mengemas barang² ke sekolah. Lambat dah ni. Dengan cepat aku mandi lalu bersiap. Aku pun berlari turun ke bawa. Sandwich Lina aku rampas lalu ke rak kasut. Dengan cepat aku memakai kasut lalu enjin kereta aku hidupkan. Macam 120 km/j dah aku bawa kereta Lamborgini ini.

Lagi seminit aku akan lambat ke sekolah. Diorang? Memang biasa dah lambat tulah tak cemas sangat. Aku parking dihadapan sekolah lalu mengunci kereta. Aku buat larian pecut masuk ke sekolah. Lantak lah orang tengok ke tak. Yang penting aku ke masuk tepat masa.

Alhamdulliah tepat² aku masuk bunyi loceng bergema disekolah menandakan aku sempat. Fuhh penat. Aku mengatur langkah ke kelas. Di kelas aku terus meletak kepala diatas meja. FireBoys mengacau pun aku buat tak layan jer. Tak ada mood ini hari.

Aku terkejut when ada cabuary hazelnut dan ros merah berserta surat berada di dalam laci meja aku. Tanpa buang masa aku terus buka surat tu.

Dear Ariana,
   I'm really sorry about that day. Aku tahu aku salah but please maafkan aku. Janji aku takkan buat lagi. Please forgive me princess.

From,
Your Prince Sweetheart
Aka Tengku Irfan Hakimi

Aww terharunya. Acah² romantic kunun. Minta maaf taik kucing engkaulah aku nak maafkan kau. Kertas itu aku renyuk lalu lempar kembali ke Irfan. Dia menoleh kearah aku. Lalu aku buat acah² flying kiss. Dia tersenyum lalu buat gaya panahan cintanya. Pikir aku cair. No way.
Aku jelir dia kearahnya. Memang sah aku angau sekarang ni layan dia. Senyumannya ahh aku serius berdebar sekarang. Aku sedaya upaya mengawal muka aku hadapannya.

Muka aku tiba² blushing. Apakah?. 'Takkan aku jatuh cinta kat dia' desis hati aku. No. Takkan aku suka mamat senget ni. Ini hanya lakonan bagi dia. So hati keep calm ya. Aku makan cabuary pemberian Irfan tu. Sedap sangat hazelnutnya. Sama seperti matanya yang warna hazel aku tenung. Astafirullah jangan zina mata. Aku tersedar lalu melempar pandangan ke bawah meja

Kring~~

Loceng menandakan rehat. Ramai murid berlari ke kantin membeli makanan. Takkan nak beli simen pulak kan. Entahlah dari tadi si Irfan ni berkepit jer dekat aku. Kang tak pasal² haters aku bertambah. Well dunia sekarang popular lagi penting dari pelajaran. Memang bodoh sangatlah. Gila.

"Kau pehal ikut aku terus ni?" soal aku dengan perasaan geram. "Kau kan my sweetheart mesti ada prince kacak ini jagakan" katanya. Aku buat gaya nak muntah. Angkat bakul sendiri. Malas nak layan aku terus lari ke kafe.

Tbc

Dear FlowerGirls (E)(C) ✅Where stories live. Discover now