3 ❤

11.1K 1.1K 5
                                    

Jungkook sekadar berdiri di hadapan cermin meja solek. Stylist sedang menyiapkan rambutnya dan pakaiannya yang melekat pada tubuh sekarang. Terlalu cepat masa berlalu. Hari ini dia akan berkahwin. Tetapi, berkahwin dengan perempuan yang dibencinya, namun pernah digilainya suatu masa dulu.

Puan Jeon masih tidak tahu, Yejin masih tidak sedar. Jungkook tetap berdiam diri. Senyuman, tawa, itu semua sekadar lakonan semata-mata! Jungkook mahu menyembuhkan lukanya sendiri. Tidak tergerak hatinya hendak menarik ibu dan kakaknya tercepuh dalam halnya.

"Jung, pusing sini kejap." Pinta stylist itu sambil menarik lengan Jungkook memusingkan tubuh ke arahnya. Jungkook menurut walaupun dia dalam keadaan yang cukup terpaksa.

"Jung nak jumpa Yeon tak nanti?"

"Bila?"

"Sekarang ni. Nak tak?" Soal stylist itu lagi. Bibir Jungkook dioleskan sedikit dengan pelembap dan dibiarkan buat seketika.

"Tak kut," jawab Jungkook, dingin.

"Okey, kalau tak nak, nuna nak terus bawa awak turun ke bawah. Sebab dah lewat sangat dah ni." Kata stylist tersebut. Jungkook mengangguk. Dia sudah selesai. Cermin dipandang buat kali terakhir.

"Nuna turunlah dulu. Saya nak ambil nafas sekejap." Kata Jungkook. Stylist mengangguk dengan senyuman.

"Jangan nervous, Jung. Relaks."

Jungkook tertawa kecil.

"I'm okay. Don't worry. Tak pengsan punya." Dan mereka tertawa serentak.

[COMPLETED] Frust 좌절하다 (Jungkook BTS)Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum