96 ❤

7.8K 604 2
                                    

Jung Yeon masuk ke dalam bilik ICU ini. Jungkook masih tidur. Dia melabuhkan punggung di kerusi dan menarik nafas panjang. Dia masih letih. Walaupun ibu dan kakak Jungkook sudi membantu menjaganya yang baru lepas keguguran dan menjaga Jungkook yang sakit, tetapi dia bertegas tidak mahu. Dia masih mampu dan dia masih boleh berjalan.

"Jungkook..." tangan Jungkook disentuh perlahan dan dicium lembut.

"Bangun, sayang. Awak dah lama tidur." Wajah Jungkook yang mula surut bengkaknya diusap perlahan. Kepalanya diletakkan di atas birai katil Jungkook dan pejamkan mata.

-

"Jung Yeon..." perit terasa tekak menyebut nama isterinya. Seperti terasa dia tidur beratus tahun tidak sedarkan diri. Melihat Jung Yeon tidur di atas kerusi dengan kepala terlentok atas bahu sendiri, dia seakan hendak merangkul tubuh itu seerat yang mungkin.

"Sayang..." suaranya tidak keluar. Hanya bunyi nafas yang sahaja yang membentuk perkataan itu.

[COMPLETED] Frust 좌절하다 (Jungkook BTS)Where stories live. Discover now