34 ❤

10.9K 854 5
                                    

Jung Yeon mengemas meja kerjanya setelah waktu makan tengahari mula menayangkan angka 12 setengah tengahari. Dia sebenarnya sedang dalam kebingungan. Kenapa Jungkook telefon dan kenapa lelaki itu menyuruhnya untuk tutun ke bawah. Sedangkan selama ini lelaki itu tidak pernah mempedulikannya. Bercakap, tegur, mana pernah.

Dengan perasaan yang berkobar dan berdebar, dia keluar dari biliknya.

"Hai,"

"Oh my! Fuhh..." terhinjut bahu Jung Yeon dibuatnya apabila susuk tubuh seorang lelaki sedang tersenyum manis berdiri di hadapannya.

"Okey, saya terperanjatkan awak and I'm sorry."

"No, it's okay. But... kenapa awak datang sini? Tadi awak cakap, awak tunggu saya dekat kafe bawah?"

"Saja. Tak boleh?"

"Ehemm.." tiba-tiba, Lisa datang dari belakang Taehyung dan mendekati Jung Yeon.

"Encik Kim, jangan usik Puan Jeon ya? Dia dah berpunya." Kata Lisa dengan sengihan. Kening Taehyung terangkat sebelah dan memandang Jung Yeon.

"Really?"

Jung Yeon kaku dan agak teragak-agak hendak mengangguk.

"Kalau dah berpunya pun... saya masih ada peluang juga." Kata Taehyung dan Jung Yeon ambil ayat itu sebagai satu gurauan. Mungkin dia tidak perasan bahawa nama keluarganya bukan Kim. Tapi Jeon. Dan Lisa memanggilnya puan, bukannya cik.

"So, boleh kita pergi sekarang?" Jung Yeon menanya persetujuan Taehyung. Taehyung tersenyum dan mengangguk.

"Let's go."

[COMPLETED] Frust 좌절하다 (Jungkook BTS)Where stories live. Discover now