45 ❤

10.7K 888 7
                                    

Malas hendak membantah, Jung Yeon ikutkan sahaja kehendak Jungkook. Lelaki itu sedang membersihkan muka di tandas. Jung Yeon labuhkan punggung di sofa sambil memegang telefon bimbit dan sebuah novel. Baru dia hendak memulakan pembacaan, dia terdengar sesuatu. Macam bunyi derapan kaki berjalan dan berlari. Serta-merta darah Jung Yeon menyerbu naik ke muka.

"Bunyi apa pulak tu..." dengan kekuatan dan kudrat yang ada, Jung Yeon berdiri dan berjalan terhendap-hendap ke muka pintu bilik Jungkook. Kakinya menapak penuh berhati-hati.

Meow...

Mata Jung Yeon berbulat. Bunyi kucing mana pulak?!

"Yeon,"

"Omma!"

Terduduk gadis ini di atas lantai apabila bahunya disentuh dari belakang. Melihat Jungkook dengan wajahnya yang basah, Jung Yeon menarik nafas panjang. Menggigil tubuh.

"Hei, kenapa ni? Hmm?" Jungkook menarik tangan Jung Yeon supaya berdiri. Tetapi disebabkan kaki Jung Yeon agak lemah, dia tidak mampu hendak berdiri.

"Saya.. saya terdengar bunyi something tadi."

"Bunyi apa pulak?"

"Kucing. Saya dengar bunyi kucing."

"Kuc..."

Meow...

"Yah! Omma!" Jung Yeon pantas berdiri dan memeluk tubuh suaminya dengan erat. Tak sengaja okey, tak sengaja.

"Awak dengarkan bunyi kucing tu?! Jungkook saya takut. Rumah awak ni... berhantu ke apa."

"Hei, apa cakap macam tu." Tubuh Jung Yeon dipeluk erat. Walaupun dadanya sesak gara-gara dipeluk kuat, tetapi dia suka. Jung Yeon memeluknya buat kali pertama selepas berkahwin.

"Habis tu?! Takkan awak pula bela kucing? Awak mana suka kucing dan saya takut kucing dan saya yakin awak takkan bela kucing sebab awak tahu saya ada alahan dan tak suka!" Bebelan Jung Yeon membuatkan Jungkook tergelak. Dalam kesempatan yang ada ni, nak bermesra dengan isteri sendiri pun tak salah.

"Bisingnya mulut! Gigit tahu karang."

"Jungkook, saya serius dan tak ada masa nak main-main." Kata Jung Yeon, geram. Wajah suaminya dipandang dan belakang tubuh lelaki itu ditepuk kuat. Geram.

"Okey, okey, jom keluar. Kita tengok."

"Tengok apa?"

"Hantu."

"Yah!!!"

[COMPLETED] Frust 좌절하다 (Jungkook BTS)Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora