97 ❤

8.2K 608 13
                                    

Jung Yeon celikkan matanya perlahan-lahan. Tubuhnya terasa lenguh dan letih kerana tidur dalam keadaan yang paling tidak selesa. Dia angkat kepala. Matanya memandang Jungkook.

"Sayang..."

Kening Jung Yeon berkerut. Jungkook ke yang bercakap tu?

"Jung Yeon..."

"Awak bercakap ke, Jungkook?"

"Ya..."

"Hah? Kenapa..." Jung Yeon sebenarnya masih bingung kerana baru bangun dari tidur. Melihat Jungkook sedar, lagilah buat dia terkejut dan tidak percaya.

"Jung Yeon..."

"Awak dah sedar, sayang?" Merasa tangannya yang berada di dalam pegangan Jungkook, digenggam, Jung Yeon terus segar. Pada mulanya dia tidak percaya. Tetapi kali ini, dia percaya.

"Doktor! Suami saya dah sedar!"

[COMPLETED] Frust 좌절하다 (Jungkook BTS)Where stories live. Discover now