90 ❤

7.4K 589 0
                                    

Melihat ada kereta lain bertandang di rumah, hati Jung Yeon semakin dihambat rasa risau.

"Laju sikit, Lisa."

"Sabar, Jung Yeon. Jungkook okey, jangan risau." Kata Lisa. Dia tahu, Jung Yeon risaukan tentang apa.

"Sini je. Tunggu kejap ya. Saya masuk kejap." Setelah Lisa tiba di hadapan rumahnya, Jung Yeon terus keluar. Dia masuk ke dalam kawasan rumah dengan berhati-hati. Pintu rumah terbuka. Dan dia terdengar jeritan-jeritan wanita dari dalam. Semakin laju Jung Yeon melangkah.

Sampai sahaja dia di hadapan rumah, Jung Yeon seakan hendak rebah.

"Ibu..."

Puan Yura dengan tubuh tidak berbaju dipukul oleh suaminya. Wanita itu pantas melarikan diri dan mendapatkannya. Puan Yura berlindung di belakangnya.

"Ayah.. apa ibu buat dekat sini?"

"Jung Yeon, ayah.." lelaki itu nampak serabut. Dia bersalah. Dia baru tahu, lelaki yang ditumbuknya sehingga tidak bermaya tadi ialah suami anak tirinya.

"Ayah, mana Jungkook?"

"Jungkook ada dekat atas. Ayah nak kerjakan ibu kamu. Dia buat benda terkutuk dekat Jungkook. Pergi naik atas. Ayah minta maaf sebab ayah dah tumbuk dia tadi. Ayah tak tahu yang dia suami kamu. Ayah..."

"Jungkook!"

[COMPLETED] Frust 좌절하다 (Jungkook BTS)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora