27 ❤

10.4K 900 4
                                    

"Jung Yeon, jom balik. Dah pukul 10. Saya tak sedar langsung yang kita terlajak kat office." Kata Lisa sambil mengemas meja Jung Yeon yang turut menjadi mangsa sepahannya. Pejabat ini sebenarnya sentiasa dibuka dan bila-bila masa sahaja semua pekerja boleh keluar masuk memandangkan lampu disetiap ruang dibuka dan pengawal keselamatan tidak pernah lalai dalam menjalankan tugas. Sebab itulah Jung Yeon dan Lisa berani tinggal sehingga pukul 10 malam. Padahal di tingkat bawah, lagi ramai pekerja yang sedang menyiapkan cetakan buku novel dan bahan-bahan bacaan yang lain.

"Dah pukul 10? Patutlah saya mengantuk." Jung Yeon menyusun segala barang-barangnya sehingga licin meja. Beg sandang berisi komputer riba disangkut pada bahu, sementara dia mencari sesuatu.

"Lisa, awak ada nampak handphone saya tak?" Soal Jung Yeon.

"Tu." Lisa memuncungkan bibir ke arah meja kopi. Jung Yeon menjengah dan dia tersenyum nipis.

"Jauhnya dia berjalan." Kata Jung Yeon. Lisa tergelak. Jung Yeon berjalan dan mencapai telefonnya.

"Lah, bateri habis."

"Dah awak abaikan dia tadi. Dia tidurlah." Seloroh Lisa. Mereka ketawa serentak dan keluar bersama-sama dari pejabat.

"Boleh tak awak hantar saya balik rumah? Saya rasa tak ada teksi malam-malam macam ni." Kata Lisa sambil berjalan menuju ke lif. Beberapa pekerja yang lain menegur, disambut dengan senyuman manis di bibir.

"Boleh, Lisa. Lagipun dah malam sangat. Bahaya awak balik sorang-sorang."

"Kalau kereta saya dah elok, lama saya tak susahkan awak."

"Alah tak apalah. Kereta awakkan tengah kat 'hospital'. Nanti dia eloklah." Kata Jung Yeon. Lisa tersenyum manis.

[COMPLETED] Frust 좌절하다 (Jungkook BTS)Where stories live. Discover now