93 ❤

7.7K 624 7
                                    

3 jam berlalu. Masih tiada tanda-tanda lagi bilik pembedahan menayangkan isyarat hijau. Jungkook di dalam. Dia bersendirian menanggung di sini. Perut yang pedih dibiarkan. Tidak rasa hendak mengisi makanan ke dalam perut kerana dia terlalu sedih.

"Jung Yeon!" Tiba-tiba, panggilan seseorang menyapa telinganya. Jung Yeon menoleh ke kiri.

Jungkook?

"Jungkook? Awak.."

"Eh, saya Jimin. Jungkook kan..." Jimin agak tersentak juga. Jung Yeon terdiam. Matanya.. terlalu ingin melihat Jungkook sehingga semua manusia di sini dia lihat adalah Jungkook.

"Minta maaf. Saya.. saya tak boleh.." Jung Yeon menangis lagi. Jimin serba salah. Dia labuhkan punggung di atas kerusi bersebelahan dengan Jung Yeon. Bahu wanita ini pegang perlahan.

"Jungkook belum keluar lagi?"

Kepala Jung Yeon tergeleng sambil mengelap air mata.

"Teruk ke dia?" Soal Jimin. Mendung juga dia. Rakan sepermainan dari kecil, menanggung sakit di dalam bilik pembedahan, mustahil dia tidak sedih.

"Jantung dia bermasalah. Usus dia koyak. Tulang pipi dia retak."

"Oh my... macam mana dia..."

"Ayah tiri saya tumbuk dia sebab salah sangka. Sebenarnya..." Jung Yeon menceritakan ringkas apa yang berlaku terhadap Jungkook, Puan Yura dan ayah tirinya kepada Jimin. Jimin mendengar khusyuk.

"Sampai macam tu sekali Puan Yura nakkan Jungkook." Kata Jimin. Melihat air mata Jung Yeon masih mengalir, Jimin menarik nafas panjang. Dia tahu, Jung Yeon tiada tempat mengadu dan meluah. Walaupun Lisa tadi tetap ada, tetapi dia tahu Lisa juga perlukan rehat.

"Jung Yeon, saya dah anggap awak macam adik saya sendiri. Kita kenal bukan baru semalam. Dah lama. Saya bukan nak ambil kesempatan, tapi kalau awak dah tak ada tempat mengadu, meluah, awak boleh... peluk saya. Saya bukan.. bukan ambil kesempatan tau. Saya cuma.."

Jung Yeon terus memeluk tubuh Jimin. Dia menangis lagi dan kali ini tangisan Jung Yeon lebat. Jimin mengusap belakang tubuh Jung Yeon perlahan-lahan.

"Sabar, Jung Yeon."

"Pembedahan Jungkook 50/50. Saya takut kalau dia..."

"Hei jangan fikir bukan-bukan. Dia okey. Dia kuat. Jangan risau."

[COMPLETED] Frust 좌절하다 (Jungkook BTS)Where stories live. Discover now