95 ❤

7.8K 611 18
                                    

"Puan Jeon, menurut pemeriksaan tadi, puan nampakkan, kita tak dapat detect baby? Saya ambil kes ni sebagai kes janin hilang atau keguguran."

Dugaan entah kali yang ke berapa, Jung Yeon tidak pasti. Tetapi berita ini sangat mengejutkan. Hadiah Jungkook...

"Hilang ke mana?" Jung Yeon tidak boleh berfikir. Otaknya kosong. Baru dia menerima berita gembira semalam, Jungkook baru sahaja melepasi tahap kritikal dan sekarang lelaki itu masih tidur.

"Puan ada rasa sakit perut tak sebelum ni?"

"Ada."

"Dan puan ke tandas?"

"Ya."

"Berkemungkinan janin keluar masa puan buang air."

Jung Yeon menekup mulut. Patutlah dua hari lepas dia rasa sakit di situ ketika buang air. Selepas itu, perutnya seakan rasa kosong tak berpenghuni.

"Ya, puan gugur ketika membuang air. Hanya satu sebab janin boleh keluar macam tu. Janin puan dah tak bernyawa."

"Maksud doktor, anak saya mati dalam perut?"

"Ya..."

Jung Yeon diam. Dia tidak mahu menangis di hadapan doktor.

"Terima kasih doktor,"

"Ya, sama-sama. Tapi puan jangan risau. Puan masih boleh mengandung." Kata doktor itu. Masih faham dengan perasaan Jung Yeon yang gundah gulana.

Jung Yeon keluar dari bilik pemeriksaan ibu mengandung ini dan bergerak ke ICU semula. Ketika dia berjalan, dia menangis. Mana kekuatannya semua? Mana? Kenapa dia menjadi seorang yang kuat menangis?

Hadiah Jungkook... hilang.

[COMPLETED] Frust 좌절하다 (Jungkook BTS)Where stories live. Discover now