54 ❤

8.9K 941 22
                                    

Jung Yeon mencapai beg tangannya di atas meja selepas memberitahu kepada Lisa bahawa dia mahu menemani Jungkook makan tengah hari. Sebenarnya, bukan dia rasa terpaksa. Tapi dia cuma terkilan sahaja. Dia pun tidak mahu perkara ini berlarutan, jadi ada baiknya jika dia dahulu yang bertolak ansur sebelum ada hal lain yang berlaku.

Tanpa berfikir lama lagi, Jung Yeon masuk ke dalam perut lif usai dia mengambil segala barangnya. Setibanya dia di lobi, jelas kelihatan kelibat Jungkook sedang berdiri di sebelah kereta.

"Sorry lambat." Jung Yeon menyapa apabila tiba di kereta. Jungkook menggeleng perlahan.

"Kau memang selalu lambat. Dari dulu." Kata Jungkook. Jung Yeon sorokkan senyuman. Tanpa menjawab soalan Jungkook, dia terus memboloskan diri masuk ke dalam perut kereta. Jungkook menggeleng kecil dengan senyuman di bibir. Kemudian dia pula yang masuk ke dalam perut kereta.

"Kita nak makan dekat mana?" Jung Yeon mengerutkan dahi lalu menoleh memandang si suami.

"Terpulang. Saya tak kisah."

"Aku ingatkan nak pergi restoran baru."

"Ada restoran baru ke kat sini?"

Jungkook mengangguk. Senyuman manis lelaki itu menyebabkan Jung Yeon tertanya-tanya.

"Kenapa senyum-senyum? Bagitahu apa nama restoran tu."

"Restoran ni, aku sorang je yang tahu."

"Yelah, apa dia?"

"Rumah kita."

Jung Yeon ternganga. Apa laki aku merepek ni?

"Awak, saya tahu awak lapar. Tapi boleh tak jangan melalut?"

"Apa pula melalut. Betullah."

"Jungkook, saya tak ada masa nak bergurau." Jung Yeon menjeling. Jungkook ketawa kecil. Dia mula memandu perlahan-lahan.

"Aku tak bergurau pun dengan kau."

"Awak nak makan apa sebenarnya?" Jung Yeon perlahan suara. Pasrah.

"Aku nak makan masakan kau. Kita balik rumah, kau masak, kita makan. Boleh?"

Jung Yeon ketap gigi. Tak guna punya suami.

[COMPLETED] Frust 좌절하다 (Jungkook BTS)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant