7 ❤

10.4K 1K 0
                                    

Hotel ini semakin lama semakin susut selepas menginjak ke malam. Jungkook dan Jung Yeon sudah letih untuk tersenyum penuh kepalsuan. Terutama sekali, Jungkook. Dia betul-betul nampak penat. Ini baru majlis pertama. Ada dua lagi majlis menanti namun apa yang dia tahu, dua majlis tersebut masih belum ada tarikh lagi.

"Jung," Jungkook tidak menoleh mendengar panggilan isterinya. Malah dia fokus melihat pekerja-pekerja katering membersihkan dewan hotel yang gah ini.

"Jungkook... mama panggil kita ke sana. Jom." Tangan Jungkook diraih. Namun pantas lelaki itu menepis dan terus jalan menonong menuju ke satu meja bulat yang dipenuhi oleh Puan Jeon, Yejin, Puan Kim, dan seorang warga emas yang agak bergaya di meja itu. Jungkook tahu itu siapa. Nenek Jung Yeon.

"Ini dia.. pengantin baru kita." Bersorak nenek Jung Yeon tatkala melihat cucu menantunya melabuhkan punggung di sebalah Yejin. Jungkook tersenyum manis.

"Kejap lagi lamalah. Kakak nak kahwin kejap lagi," sengaja Jungkook memusingkan topik beralih kepada si kakak. Membulat mata Yejin dibuatnya. Segera bahu sasa si adik dilepuk.

"Haa kan dah kena. Berani lagi sebut pasal tu eah?" Yejin mengecilkan mata dengan nada suara cukup geram. Jungkook ketawa mengekek. Namun gelakkannya mati apabila Jung Yeon melabuhkan punggung di sebelahnya. Rapat sehingga kaki mereka bersentuhan.

"Cakap pasal apa ni? Hmm?" Soal Jung Yeon. Nada suaranya cuba untuk diceriakan walaupun dia tahu, Jungkook sekarang mungkin sedang mengutuknya di dalam hati.

"Tak ada apa-apalah, Yeon. Tak penting." Kata Yejin. Jung Yeon mengangkat kening. Dia tersenyum.

"Yeon tahu apa yang kakak nak cakap ni..." Jung Yeon ketawa termasuklah yang lain.

"Aip! Pengantin jangan sakat-sakat orang. Tak baik." Puan Kim menepuk paha si anak perempuannya. Jung Yeon tersengih kecil.

"Nak berbincang pasal apa ni?" Jungkook tegakkan tubuh dan memandang ahli keluarganya. Rimas jika terus dalam mood bergurau tanpa tujuan seperti ini. Lebih-lebih lagi apabila berada terlalu dekat dengan Jung Yeon.

"Ni, nenek nak cakap pasal resepsi tu." Kata nenek Jung Yeon. Kening Jungkook ternaik. Dia memandang neneknya.

"Okay.. then?"

"Nenek ingat nak lewatkan tarikh."

"Bila?"

"Dua bulan lagi. Macam mana?"

[COMPLETED] Frust 좌절하다 (Jungkook BTS)Where stories live. Discover now