74 ❤

7.3K 652 1
                                    

Jung Yeon melihat jam pada tangan kirinya. 12 tengah hari. Bibirnya tersenyum. Disebabkan dia tidk berapa sibuk hari ini, tergerak hatinya hendak datang ke pejabat Jungkook. Makan bersama-sama. Lagipun hari ini ibu dan kakak Jungkook akan menetap di rumahnya buat sementara waktu kerana sedang mengubah suai rumah memandangkan kakak Jungkook akan berkahwin bulan hadapan. Jadi, hendak melayan ibu mentua dan kakak ipar pasti memakan tenaga.

Jung Yeon dan keluarga Jungkook memang akrab. Tak usah pelik kenapa Jungkook selalu mencemburui hubungan mereka dan boleh dikatakan Jungkook selalu dipulaukan mereka bertiga. Keakraban itu membawa kebahagiaan kepada mereka berdua.

Jung Yeon mula berdiri. Dia mengait beg tangannya dan diletakkan pada pelipat tangan. Dia berjalan keluar dari bilik.

"Lisa, saya nak keluar lunch sekejap." Beritahunya perlahan. Lisa yang sedang menelefon seseorang sekadar mengangguk. Gadis itu nampak sibuk. Sempay Jung Yeon melambai ke arah Lisa dan Lisa membalasnya.

Kaki diatur lembut ke lif sehinggalah dia tiba di lobi. Sebelum ke kereta, dia ke kedai makan dahulu. Membeli makanan dan bungkus. Makan di pejabat Jungkook bersama. Sengaja dia membeli lebih kerana dia tahu, Jimin pasti akan berada di dalam bilik itu juga.

[COMPLETED] Frust 좌절하다 (Jungkook BTS)Where stories live. Discover now