37 ❤

11.3K 954 33
                                    

Perjalanan mereka berdua pulang ke rumah sunyi sepi. Jungkook diam, Jung Yeon pun diam. Masing-masing sedang berlaga perasaan. Pada Jung Yeon, kenapa baru sekarang Jungkook bersikap 'protection' macam ni? Sedangkan dulu, pandang pun tak mahu. Lagikan hendak bertegur sapa. Tapi sekarang, siap ajak makan tengahari sama-sama dan boleh pula memarahi kerana keluar makan dengan Taehyung.

Pada Jungkook, Jung Yeon agak keterlaluan kerana keluar makan bersama-sama orang lain, sedangkan dia yang bergelar suami tidak pernah pula diajaknya. Terpulanglah apa yang isterinya itu hendak katakan, asalkan dia boleh dapatkan isterinya semula.

"Aku tak tahu kenapa kau suka curang belakang aku." Tiba-tiba, Jungkook bersuara. Jung Yeon yang sedang memandang jalan, tertoleh ke kiri.

"Apa yang awak cakap ni? Saya curang?"

"Yeah.. kau keluar dengan jantan lain."

"Sejak bila awak ada rasa cemburu pula ni, Encik Jeon?" Selamba Jung Yeon menanya tanpa ada rasa takut dan gerun. Dia jelak dengan Jungkook. Dulu tak hairan, sekarang tahu pulak cemburu. Mabuk ke?

"Aku suami kau. Wajib aku cemburu."

"Dan sejak bila... awak mengaku yang awak tu suami saya? Dulu bukan ke awak kata, kita tak payah beria-ria? Awak juga yang cakapkan? Awak jijik dengan saya, awak geli memperisterikan saya sebab saya dah kena sentuh dengan jantan lain. Awak jangan ingat saya tak ingat semua tu, Jungkook. Saya ingat sampai mati. Awak malukan saya sebagai isteri awak..." suara Jung Yeon semakin perlahan pada ayat terakhir dan diakhiri dengan keluhan berat dan sesak.

"Jadi kau tak nak aku jadi suami kau yang sebenar? Macam tu?"

"I'm not saying like that."

"But you have just saying that. Takkan kau tak sedar yang kau cuba nak larikan diri dari aku? Kan?"

Jung Yeon diam. Mata dipejamkan, pelipis diurut lembut.

"Aku cuma kecewa, Jung Yeon. Cuma kecewa. Tapi aku masih... cintakan kau."

[COMPLETED] Frust 좌절하다 (Jungkook BTS)Where stories live. Discover now