79 ❤

8K 745 52
                                    

Jungkook masih lagi menatap komputer ribanya walaupun jam sudah menginjak ke angka 12 tengah malam. Matanya mengantuk juga. Tapi demi hendak menyelesaikan segala kerjanya bersama Jimin melalui Skype, dia sanggup. Lagipun, kes tentang Puan Yura tak terhabis lagi. Masih banyak benda yang perlu diselesaikan.

Tubuh disandar lemah. Berehat seketika. Bahu yang sakit diurut sendiri.

"Jungkook, tak tidur lagi?" Tiba-tiba, Jung Yeon bersuara. Jungkook menoleh. Dia menggeleng lemah.

"Belum. Banyak kerja belum siap." Kata Jungkook. Dia menguap. Jung Yeon duduk dari baringnya. Dia membetulkan rambut sedikit dan bergerak turun ke lantai.

"Tidurlah. Dah lewat. Esokkan awak kerja." Arah Jung Yeon. Dia memeluk leher Jungkook dari belakang dan sengaja dibenamkan hidungnya pada leher lelaki itu. Jungkook senyum. Tangan Jung Yeon dipegang.

"Esok boleh masuk lewat. Awak pergilah tidur. Saya nak siapkan kerja sekejap." Kata Jungkook pula. Dia tahu, Jung Yeon merinduinya. Tetapi sengaja dia mahu menguji pertahanan gadis ini.

"Degil." Jung Yeon mengangkat kepalanya. Dia berdiri tegak dan berkira hendak ke tandas. Tapi hasratnya itu terbantut apabila tangannya diraih lembut oleh Jungkook. Dia berpaling.

"Ya?"

"Nak ke mana?" Soal Jungkook.

"Tandas. Nak apa?"

"Buatkan air."

"Nak air apa?"

Jungkook kerutkan hidung sekejap.

"Entahlah. Apa-apa jelah."

"Okey."

"Oh ya.. lagi satu.."

Sekali lagi Jungkook berpaling. Dia melemparkan senyuman manis kepada Jung Yeon.

"Apa senyum-senyum ni?"

"Dalam air tu, tolong letak kasih sayang awak sekali."

"Dia dah mula dah..."

Jungkook tergelak. Jung Yeon masuk ke tandas dahulu dan selepas beberapa minit, dia keluar semula. Dia turun ke bawah dan membancuh air coklat panas buat suaminya. Setelah selesai, dia kembali naik ke atas dan masuk ke bilik.

"Tuan Jeon, air dah siap." Selorohnya. Jungkook menoleh dengan senyuman.

"Terima kasih, Puan Jeon."

"Pleasure..." tangannya berhati-hati meletakkan mug di atas meja asing dari meja kerja Jungkook. Bimbang ianya akan tertumpah di atas meja kerja pula. Lagilah naya.

Jung Yeon masih berdiri di belakang Jungkook. Lelaki itu sedang menaip sesuatu. Tetapi, moodnya hendak bermanja dengan lelaki ini sangat hebat. Lantas sekali lagi dia merangkul leher lelaki ini dan meletakkan kepalanya di atas bahu lelaki itu.

"Kenapa, sayang?"

"Tak ada apa-apa."

"Tidurlah. Esok awak kerjakan?"

"Hmm.. tapi saya takut kalau ibu..."

"Ibu dah tak ganggu saya. Buat apa nak risau?" Kata Jungkook. Dia menarik tubuh Jung Yeon sehingga gadis itu terduduk di atas ribanya. Pinggang itu dipeluk. Lehernya juga masih menjadi mangsa pelukan Jung Yeon.

"Risaulah. She will do what she want."

"And I will protect myself."

"Tapi dia tu..."

"Kenapa cakap lagi pasal ni?" Jungkook menyoal lembut. Jung Yeon diam. Dia menegakkan tubuh dan berdiri.

"Awak benci saya tak?" Soal Jung Yeon.

"Tak."

"Awak benci ibu?"

"Disebabkan dia ibu saya juga, saya tak boleh derhaka dengan dia."

"Kenapa awak angel sangat, Jungkook?"

"Sebab saya ada isteri angel macam awak, Jung Yeon."

[COMPLETED] Frust 좌절하다 (Jungkook BTS)Where stories live. Discover now