30 ❤

11.5K 956 59
                                    

Jungkook menuruni anak-anak tangga. Dia tiba di tingkat bawah dan melihat Jung Yeon sedang bersarapan di meja makan. Tidak seperti tiga minggu yang lalu, meja makan akan penuh dengan makanan dan isterinya akan mempelawanya sekali. Tetapi kali ini, senyap. Dan meja kosong. Hanya ada roti dan jem sahaja.

Jung Yeon memandang Jungkook. Sekilas. Dan kemudian dia bangun mengemas meja. Selesai mencuci tangan, dia mencapai beg galas dan berkira hendak berlalu pergi. Jungkook langsung tidak dihiraukan, Jung Yeon terus menonong keluar rumah dan masuk ke dalam kereta.

Jungkook tercengang. Rasa seperti diabaikan dan tidak pernah wujud dalam dunia ni. Nampaknya, Jung Yeon betul-betul sudah tidak mempedulikannya.

[COMPLETED] Frust 좌절하다 (Jungkook BTS)Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα